Friday, February 11, 2011

Kembalilah..

Salam,



Kita marah bila orang hina Islam dan nak bakar Al-Quran,akan tetapi sebenarnya kita sendiri lebih dahulu menghina Al quran dengan mengabaikan al-quran, tidak mempelajari Al quran,tidak cuba memahaminya...

Allah yang maha mengetahui telah lebih dulu berfirman dalam surah AlFurqan : 30 "Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". 

Mengingatkan kamu bererti mengingatkan diri ini juga.. - kerapkali aku ucapkan ini agar diri ini sentiasa tawaduk dan memahami bahawa - syaitan itu musuh yang nyata yg tidak jemu menyesatkan hingga hari Akhirat..meminjam kata-kata Abu saif - Syaitan itu jauh lebih sabar daripada dirimu. Ia tidak tergesa-gesa pada mengheret anak Adam tersimpang daripada jalan kebenaran..perhatikan saja bisikan-bisikan yang licik - bila kita nak baca quran, dilengah-lengahkan, timbul rasa mengantuk, malas dan sebagainya. Akhirnya tertangguh-tangguh hingga lupa... Alquran tidak diendahkan..dibiarkan sepi dan hanya dijadikan perhiasan malah diletakkan ditempat yg tinggi hingga sukar hendak dicapai.

Haruslah diperbetulkan haluan. Tujuan utama hidup sebagai muslim adalah sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada tuhannya.
   
Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya; "Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)". (39: 11-12)


Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT :
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Jika tidak faham isi kandungan Al-quran, bagaimana hendak beramal soleh?
Jika tidak beramal soleh, bagaimana hendak menjadi muslim sejati?
Jika bukan muslim, bagaimana hendak menuju syurga?
Sedang ancamanNya sangat gerun..

Aku hanya menyampaikan atas dasar Cinta kepadaNya..

Sayang Nabi, Ikut sunnah nabi..



"Tubuh wanita itu seluruhnya aurat."
(H.R Tirmidzi dengan sanad yang shahih)


Mengertilah menutup aurat bukan sekadar bertudung - fahami perintahNya dan taati sunnah nabi - bukti anda cinta nabi..

Sahabat Nabi: Ammar bin Yassir

Yasir bin ‘Amir, ayahanda ‘Ammar, berangkat meninggalkan negerinya di Yaman guna mencari dan menemui salah seorang saudaranya. Rupanya ia berkenan dan cocok tinggal di Mekah. Bermukimlah ia disana dan mengikat perjanjian persahabatan dengan Abu Hudzaifah Ibnul Mughirah.

Abu Hudzaifah mengawinkan dengan salah seorang sahayanya bernama Sumayah binti Khayyath, dan dari perkawinan yang penuh berkah ini, dikarunia seorang putra bernama ‘Ammar.Keislaman mereka termasuk dalam golongan yang pertama, sebagaimana halnya dengan mereka yang pertama masuk Islam. Mereka cukup menderita dengan sikap kebiadaban dan kekejaman kaum Quraisy.

Orang-orang Quraisy menjalankan siasat terhadap kaum muslimin sesuai suasana: seandainya mereka ini golongan bangasawan dan berpengaruh, mereka hadapi dengan ancaman dan gertakan. Abu Jahal, misalnya, menggertak dengan ungkapan, “Kamu berani meninggalkan agama nenek moyangmu padahal mereka lebih baik daripadamu! Akan kami uji sampai dimana ketabahanmu; akan kami jatuhkan kehormatanmu; akan kami rusak perniagaanmu; dan akan kami musnahkan harta bendamu!” Setelah itu, mereka lancarkan kepadanya perang urat syaraf yang amat sengit. Sementara, sekiranya yang beriman itu dari kalangan penduduk Mekah yang rendah martabatnya dan yang miskin; atau dari golongan budak belian, mereka didera dan disulutnya dengan api bernyala.

Keluarga Yasir telah ditakdirkan oleh Allah SWT termasuk dalam golongan yang kedua ini. Maka, masuklah keluarga Yasir ke dalam kelompok yang mendapat perlakuan yang zalim dari mereka. Setiap hari, Yasir, Sumayyah, dan ‘Ammar dibawa ke padang pasir Mekah yang demikian panas, lalu didera dengan berbagai adzab dan siksa.

Dengan cobaan itu, Sumayyah telah menunjukan kepada manusia sikap ketabahan, suatu kemuliaan yang tak pernah hapus dan kehormatan yang dipamerkannya tak pernah luntur; suatu sikap yang telah menjadikannya seorang bonda kandung bagi orang-orang mu’min disetiap zaman, dan bagi para budiman sepanjang masa.

Pengorbanan-pengorbanan mulia yang dahsyat itu tak ubahnya sebagai tiang yang akan menjamin bagi agama dan ‘aqidah yang teguh dan tak akan lapuk. Ia juga menjadi teladan yang akan mengisi hati orang-orang beriman dengan rasa simpati, kebanggan dan kasih sayang; ia adalah menara yang akan menjadi pedoman bagi generasi-generasi mendatang untuk mencapai hakikat agama, kebenaran dan kebesarannya.

Untuk meletakkan dasar, memancangkan tiang-tiang, dan memperkokoh agama-Nya, Allah memperlihatkan model contoh melalui para pemuka dan tokoh-tokoh utamanya dengan sikap pengorbanan harta dan jiwanya agar menjadi teladan istimewa bagi orang-orang beriman yang kemudian. Sumayyah, Yassir, dan ‘Ammar adalah termasuk teladan istimewa, sampai-sampai Rasulullah SAW setiap hari menghampiri tempat dimana mereka mendapat siksaan dari orang-orang zalim.

Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW mengunjungi mereka, ‘Amar memanggilnya, katanya, “Wahai Rasulullah, adzab yang kami derita telah sampai ke puncak.” Maka, seru Rasulullah SAW, “Sabarlah, wahai Abal Yaqdhan… Sabarlah, wahai keluarga Yasir?Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga!”
Betapa beratnya siksaan yang dialami ‘Ammar oleh kaum yang zalim, dilukiskan oleh kawan-kawannya dalam beberapa riwayat: berkata ‘Ammar bin Hakam, “Ammar itu disiksa – sampai-sampai ia tidak menyadari apa yang diucapkannya.”

Salam Menerbitkan Cinta membuahkan Ukhuwah..

Salam,

Bersama barakah pada penghulu segala hari - Yaumil Juma'ati....Saya menebarkan salam dan doa - Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh..semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian wahai saudara-saudaraku...

Sesama muslim sememangnya digalakkan menyebarkan salam - sebagai tanda erat persahabatan dan silaturrahim serta menyuburkan kasih sayang. Malah ganjarannya syurga!

Sabda Baginda :
“Sebarkanlah salam,berilah makan,sambunglah tali silaturrahim,solatlah dimalam hari ketika manusia tidur, dan masuklah syurga dengan selamat”  [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]
Orang yang menyebarkan salam dijamin pula dengan keselamatan.
Sabda Nabi Shallallhu ‘Alaihi wa Sallam :

“Sebarkan salam, niscaya kalian akan selamat”  [Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad]

Pesaudaraan Islam antara asasnya adalah cinta. Oleh itu Nabi Shallallhu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :

 “Demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya, kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman dan kalian tidak akan beriman hingga kalian saling mencintai.Mahukah kalian aku tunjukkan sebuah amalan yang apabila kalian melakukannya, nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian” [Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim]
Pemberi salam juga diampunkan dosa..

Sabda baginda: 

 “Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin lainya mengucapkan salam kepadanya dan mengambil tangannya lalu menjabatnya, maka berguguranlah dosa-dosa mereka berdua seperti gugurnya daun-daun dari pepohonan” [ Hadith Sahih Riwayat at-Thabarani]

Justeru amalan yang baik perlu disegerakan. Ayuh! Sebarkan salam kamu..! Mudahan-mudahan dengan asbab salam ini menjadikan kita lebih bersatu hati..

Thursday, February 3, 2011

Cuka epal murah

Salam,

Aku mula mendekati produk ini sejak mengetahui kebaikan cuka epal..malahan cuka buah merupakan antara makanan kegemaran rasulullah. 


Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Cuka! pencelupan yang terbaik. ” [ "Minuman": Shahih Muslim. 1051]. 


Bila nabi kata elok...mesti confirmed kebaikannya kerana kata-kata nabi adalah wahyu...


Bekalan yang mudah dan murah setakat ini aku perolehi dari kedai-kedai arab yang ada di Ampang Residensi dan Taman Putra Sulaiman- (Barakah) & (At-tawseer) 


12 Makanan Kegemaran Nabi Muhammad S.A.W | Kami Malaysia


12 Makanan Kegemaran Nabi Muhammad S.A.W | Kami Malaysia

Perkongsian: Rahsia Ketenangan Jiwa

Jiwa perlu tenang - fizikal akan ikut tenang..terbaca artikel ini untuk dihayati dan muhasabah diri. 

DALAM menjalani kehidupan penuh cabaran dan tekanan, tidak dinafikan bahawa aspek kesihatan memainkan peranan penting bagi memastikan seseorang itu tabah dalam meneruskan kehidupan penuh ranjau dan pancaroba ini.


Kesihatan fizikal sememangnya diperlukan bagi menjamin kelangsungan hidup tetapi selain fizikal, aspek lebih penting bagi manusia melepasi satu persatu dugaan mendatang ialah ketahanan mental. Kete­nangan jiwa dan kemantapan mental menyebabkan manusia mampu mengatasi segala cabaran malah mampu untuk meneruskan hidup secara positif.



Cara untuk tenangkan hati dan memantapkan minda sudah diajar Allah dalam al-Quran dan terbukti sangat berkesan; tonik paling berkesan itu ialah berzikir. Allah s.w.t berfirman:



“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang".


Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...