Tuesday, April 5, 2011

Perkongsian bacaan: Dituntut menziarahi orang sakit serta dipatuhi adabnya

Baca harakah last week dan terpandangkan artikel tulisan Tuan Guru Nik Aziz. Semoga bermanfaat dan pelajari adab-adabnya demi kemaslahatan muslim.


Sesiapa jua berfikir mengikut cara Islam, tidak dapat lari daripada memikirkan ehwal akhirat. Jika dia sedar dengan sikap malas belajar ilmu dan ibadat, akhiratnya pasti akan terjejas. Nescaya dia berjuang mkungkin untuk jadi rajin.

Rajin belajar ilmu dan beribadat rajin membantu orang serta rajin dalam segala lapangan, agar selamat kehidupannya di akhirat. Tiada cara lain, mesti dengan redha Allah SWT melalui pahala yang disiapkan sendiri bekalannya didunia ini. Tiada pihak lain yang akan memberi pahala percuma di Mahsyar kelak.

Hanya amalan soleh semasa didunia akan menjadi sumber pahala. Jika berfikiran begitu, tiada perkara berat dan malas untuk melakukannya. Ingat kepada pahala akhirat akan mendorong seseorang rajin berusaha menuntut ilmu atau mengajar ilmu, serta rajin beramal berdasar ilmu yang dimiliki.

Allah SWT tidak beri kuasa mengampun dosa makhluk kepada pihak lain, hatta kepada nabi s.a.w. Tetapi apabila Tuhan sendiri beri jaminan ampunkan dosa. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk merebut keampunanNya, dengan bertaubat Nasuha dan mohon ampun dengan bersungguh-sungguh.

Antara manusia yang akan diampunkan dosanya, ialah mereka yang sanggup melepaskan apa jua bala yang menimpa seseorang dan menggembirakan hatinya. Alangkah baiknya jika dapat menolong segala permasaalahan sepenuhnya atau seberapa yang terdaya, asalkan usaha tersebut wujud dalam program hidupnya. Sukar untuk menemui orang memberi pertolongan hingga sepenuhnya. Yang pentingnya tetap ada walaupun dengan kallimah yang baik ( Kalimatin toiyyibatin ), yang dapat menyenangkan hati orang yang mendengarnya.

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud " Sebaik - baik amal yang disukai oleh Allah SWT ialah mendatangkan rasa gembira ke hati orang Mukmin ".

Antara amal yang disukai oleh Allah SWT ialah melepaskan kerunsingan seseorang, samada tolong selesaikan hutangnya atau beri makan pada yang dalam kelaparan. Setengah daripada tanggungjawab orang islam ialah melawat atau menziarahi orang sakit. Samada dengan tangan kosong dan memadailah untuk mendapat pahala melawat. Ataupun dengan membawa buah tangan yang munasabah untuk orang sakit, ia akan menambah rasa gembira dihati orang yang dilawatinya.

Antara adab menziarah orang sakit ialah tidak terlalu lama menziarahinya. Melawat acap kali digalakkan tetapi sekejap sejenak sahaja. Jika terlalu lama duduk menziarahi akan menimbulkan kegelisahan dihati orang yang sakit. Mungkin sebahagian masanya akan digunakan untuk perkara perlu sebagai orang sakit. Kurangkan pertanyaan kepada pesakit, mungkin jadi beban bagi pesakit menjawabnya. Kena tunjuk rasa simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh pesakit. Menunjuk wajah gembira buleh menimbul salah anggapan, seolah sukacita atas musibah yang menimpa sahabat itu.

Sayugia doakan pesakit agat segera disembuhkan oleh Allah SWT, disusuli dengan harapan agar tuhan mengkafarah dosa kecilnya, dengan adanya penyakit yang melanda dirinya.
Semoga doa orang yang melawat akan menjadi punca penyembuhan kepada penyakit yang ditanggung, setelah pelbagai rawatan yang kurang memberi kesan. Hindari daripada melihat ke arah sudut yang orang sakit itu merasa malu. Misalnya pada pakaiannya yang lusuh dan kotor, atau cadarnya yang cemar disebabkan sesuatu daripada penyakitnya. Waktu beri salam dan minta izin untuk ziarah, usahlah ketika dia berada diambang pintu rumahnya.
Jika berbuat demikian mungkin menimbulkan perkara yang menyulitkan diri pesakit yang belum sesuai untuk dilawati pada saat itu.

Sayugia ketuk daun pintu dengan lembut bersopan, ketukan yang keras boleh memeranjatkan pesakit yang sedang berehat melelapkan mata. Perbuatan itu menjadi suatu gangguan, yang bercanggah dengan tujuan melawat orang sakit, ziarah untuk menyenangkan hatinya. Apabila tuan rumah bertanya siapakah yang datang itu ? Janganlah jawab " Saya " ( Ana ) sahaja, tanpa menyebut nama sebenar. Kerana jawapan begitu terlalu umum sukar diketahui oleh pesakit tuan rumah itu.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud " Apabila seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit, maka Allah SWT berfirman dengan pengakuannya : "Sesungguh engkau seorang yang baik sepanjang perjalananmu, kamu sudah menempah sebuah mahligai dalam taman Syurga".

Menziarahi orang sakit diiktiraf sebagai orang baik, kerana terpaksa melapangkan masa untuk tujuan tersebut. Mungkin terpaksa menangguhkan pekerjaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Semuanya berat belaka, tetapi ia menjadi ringan dan mudah, kerana mengharapkan Syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Berkata Sayyidina osman bin affan : " Bahawa nabi s.a.w berziarah ketika aku sakit dengan berdoa :


" Aku mohon kepada tuhan yang Esa, yang serba cukup, yang tidak beranak dan tidak diberanakkan, tuhan yang tiada tandingan, minta pelindung daripada semua keburukan yang kini kamu tanggung".

Kata Sayyidina osman : " Nabi s.a.w acapkali berdoa begini ketika menziarahiku.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sunday, March 27, 2011

Jangan ikut jejak langkah syaitan

Salam,


Bila sebut penyakit hati..memang selalu menjadi topik utama..di mana sahaja kelas-kelas/kuliah agama diadakan mesti ada sebut pasal penyakit hati..Justeru hati itu memang wajib dijaga..menjaga pintu hati sama lah analoginya seperti menjaga pintu rumah kita - jangan sampai ada orang lain yg masuk rumah dan mencuri!! Kalau ada orang masuk rumah tanpa kebenaran pun kita akan marah kan..? So kalau setan masuk dalam hati kita wajib halau.. So halau dengan apa..? penyapu? mana kita nampak dia hehe..


Sabda nabi:
عن ابن عباس  رضى الله عنهما قال : قال الرسول e : الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ    ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا )
Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.

Saturday, March 26, 2011

Ramalan nasib dan tuah badan..

Dalam zaman teknologi yang semakin canggih ini, perbuatan ramalan nasib juga canggih - selaras dengan kemajuan. Tengok saja di FB ada aje aplikasi-aplikasi yang meramalkan bentuk badan, ramalan tapak tangan, jenis darah, horoskop, tuah nombor tertentu, warna-warna dan bulan kelahiran. Ada yang melalui iklan, SMS, dan pelbagai jaringan sosial yang lain.

Tak perlu keluar rumah untuk bertemu dukun atau tukang tilik..semuanya telah ada di depan mata dan dihujung jari sahaja..so berhati-hati dengan aplikasi di FB..walaupun niatnya hanya untuk suka-suka..

Sabda nabi:
Sesiapa sahaja yang mendatangi tukang ramal, lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam (HR Muslim)

Thursday, March 17, 2011

Cerita beg yg hilang (sebenarnya tak hilang)..

Alhamdulilah..setinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaMu Ya Allah..yang memberikan rezeki, kesihatan yang baik serta peluang. Kami datang lagi..kali ini membawa Ayah, ibu serta anak kami. Perjalanan bermula pada 25 Februari 2011 ke Jakarta dengan menaiki Garuda Indonesia..transit selama 2 hari - disediakan makan minum dan tempat tinggal serta melancong ke Mangga Dua dan Tanah Abang..sangat mengagumkan hingga bercita-cita akan kembali lagi ke Jakarta..Insyallah..kalau uangnya mengijinkan hehe

9 jam 30 minit terbang dari Soekarno Hatta Airport ke Jeddah - sangat meletihkan tambah pulak air-cond tak berapa elok bertambah panas..kejap2 aku bangun utk meredakan sakit pinggang sbb duduk lama..

Sebaik tiba di King Abdul aziz airport dan selesai urusan imigresen, kami dibawa pula ke Madinah dengan menaiki bas. Pain killer menjadi teman..untuk meredakan kesakitan. Aku sayu bila sampai ke madinah..alhamdulilah - aku dijemput lagi untuk berziarah ke makam nabi. Sepanjang perjalanan tido tapi sesampai saja di Madinah, bagai dikejutkan dan tidak sabar untuk menatap tempat yang sentiasa dirindui...rindu yang meruntun hati..

Monday, March 14, 2011

Kasidah: Kasih sayang bunda

Kasih sayangnya bunda..
Tidak ada batasnya..
Siang malam di jaganya
Dipangku dan ditimangnya..
Dengan kasih sayangnya bunda..

Bila di malam hari..
Bunda akan berdoa..
Bila kau dewasa nanti..
Jadilah orang berjasa..
Dengan kasih sayangnya bunda..

Oh tuhanku..
Yang maha kaya..
Limpahkanlah kurniaMu kepadanya..
Panjangkan umur rendah rezekinya..
Yang utama sifat jujur dan setia..

** Didendangkan oleh mutawwif kami semasa Umrah Feb/Mac 2011 - Ustaz Ahmad Feri Mekah (tq meera for the info) Makkah al Mukarramah sedih dan meruntun hati..dengarkan di sini

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...