Tuesday, January 1, 2013

Doa yang boleh dibaca dalam Sujud


Doa ini adalah doa yang ma'thur dari Nabi yang diajarkan kepada Saidina Abu Bakar Assidiq..maksudnya:

Wahai Allah, sesungguhnya aku banyak menzalimi diriku sendiri dengan bentuk kezaliman yang banyak, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan engkau..maka ampunkanlah aku...yang memohon keampunan dari sisimu dan rahmatilah daku sesungguhnya engkau yang maha pengampun lagi maha mengasihani.


Alhamdulilah...terima kasih Ya Allah..

Salam,

Syukur kepada Allah atas nikmat yang telah Dia berikan kepada kita..nikmat mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, tangan untuk merasa/menyentuh/membelai..andai salah satu ditarik oleh Allah juga tentu
kita akan terasa kalut, tidak lengkap dan kehilangan..itulah kebesaran Allah.

Terima kasih wahai Allah.
Atas nikmat iman dan islam - kerana takdirMu aku dilahirkan dalam keluarga Islam
Atas nikmat berpasangan - Ditemukan jodoh suami yang sempurna..Insyaa Allah..
Atas nikmat menjadi ibu - Dikurniakan Anak - mudah-mudahan solehah hendaknya..
Atas nikmat rezeki - Moga bertambah luas dan boleh dikongsikan dengan lebih ramai orang.
Atas nikmat cinta mencintai - Mencintai sahabat sehidup dan sematiku kerana Allah, sahabat perjuanganku kerana Allah bukan kerana harta atau rupa atau apa sahaja yang boleh dibandingkan..
Uhibbuka fillah..itulah lafaz termahal..

11 tahun hanyalah angka..
Semoga Allah terus mengekalkan kita hidup aman damai di bawah lindunganNya, rahmat dariNya dan redhaNya..dan setiap hayunan langkah dalam meniti kehidupan. Matlamat hanya satu - moga Syurga Allah di dalam genggaman..

Ditulis pada 31 Disember 2012 - Hari ulangtahun perkahwinan 

Tuesday, December 18, 2012

SYMP...ya rabb!

Salam..

These 4 letters are the very fofular dikalangan penjawat awam...dalam setiap surat keluar wajib ada. Tapi terfikirkah kita this 4 letters kita perlu sematkan dalam diri kerana kita ini hambaNya. Islam ialah cara hidup kita. Hidup tu walau di mana dunia kita - rumah, shopping complex, tempat kerja..pendek kata ke mana saja kaki kita ini melangkah maka Islam itu perlu diletakkan ditempatnya. Paling hadapan..! 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Alhujuraat 49:1)

Fikirkanlah bahawa kita ni tak terlepas dari pandangan mata Allah. Waktu kita tidur mahupun terjaga..24 jam sehari..365 hari setahun. Kalau nak buat jahat..cuba fikir ada tak ruang mana yang Allah tak nampak kita nak buat jahat tu...lintasan hati yang penuh hasad itu adakah Allah tidak tahu..? Kalau sembunyi bawah meja/dalam kotak kecik sekalipun..adakah kita boleh shut down mata Allah dari melihat kita? Jawapan pasti - tentulah tidak. Kita takkan berjaya melepaskan diri..kalau di dunia ni tak boleh lepaskan diri - kat akhirat nanti boleh ke? tentu lagi ngeri kalau difikir2kan...

Mulut mungkin boleh berdusta tapi angggota badan yang melakukan tentu tidak boleh menipu..apatah lagi memang janji Allah - anggota badan lain akan jadi saksi..malah menjawab bagi pihak mulut yang cuba menipu dulu..! 

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnyapendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.(Al-Israa' 17:36)

Mulai hari ini..tukar cara kita berfikir:

Hidup ini adalah pengabdian kepada Allah seluruhnya.

Kalau kita bekerja - bukan bekerja dengan majikan/kerja dengan Kerajaan tapi bekerja dengan Allah kerana dia yg memberikan rezeki..bukan majikan..bukan Kerajaan.

Berbakti kepada suami/keluarga dan sesiapa sahaja - juga bakti kita kepada Allah. Kebaikan yang kita buat akan hapuskan keburukan dan dosa kita. Amal kita sikit-dosa kita membukit..jadi jgn tambah dosa lagi.

Jangan mengata dan mencela - kerana yg kita cela/mengata itu ialah Allah. Contoh: mengata orang tu gemuk..kurus..pendek..tinggi..dia jadi sendiri ke? tentu tak kann...Allah yg buat.

Tidur kita juga kerana Allah. Allah jadikan malam utk beristirehat..

Pergi kerja dengan ceria - kerana Allah jadikan siang untuk pelbagai urusan yg sibuk. Tapi jangan lupa Dia.

Allah jadikan waktu untuk kita sentiasa ingat dia. Pagi, petang siang dan malam.

Allah bagi ujian utk ukur keimanan dan adakah kita iman kita itu mampu menangkis hasutan syaitan.

Tawakallah dalam apapun pekerjaan. 

Pilihlah syurga.

Bukalah mata hati wahai sahabat..dan SYMP lah kepada Rabb yang maha tinggi! 




Invictus - Inspiration in the Office

I saw this video during the MIA Conference 27-28 November 2012. Very inspiring. Be a leader, we have to create a better future and willing to accept resistance.

Durian Crepe


CrepeS:

50 gram tepung gandum..
1 penutup esen vanilla..
pewarna kuning ( ni terpulang kat korang nak warna apapun )
1 sudu besar tepung ubi kayu/tepung jagung
sebiji telor.. basuh dulu..
3 sudu teh/kecil butter.. kemudian cairkan.. aku cairkan guna mikrowave.. 
160 ml air
40 ml susu cair.. aku guna susu fresh milk je
2 sudu besar gula halus..

Cara membuat crepes:
Tepung gandum - diayak dulu. Masukkan dalam satu bekas.
Masukkan tepung ubi/tepung jagung (salah satu je)
Masukkan air dan kacau.
Masukkan telur (telur ni kacau macam nak buat telur dadar), Esen vanila, Susu cair, gula halus dan butter.
Last sekali kaler kuning - adjust la ikut suka..

Guna fry pan utk memasak x perlu letak minyak. Bahagian atas crepes ni akan jadi lapis bhgn luar. Lepas satu jadi akak terus isi filling dan lipat. Kalau nk buat byk2 terus pun boleh tapi sebab baru cuba jadi belum begitu expert.


Filling: 
A- Isi Durian - asingkan dari bijinya

B- 200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus *izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

C-250 gm whipping non dairy ~ putar kental

*Filling ni letak one after another - cth : lapis 1 (A) kendian letak lapis 2 (B) dan terakhir letak lapis 3 (C). Kalau ada (A) dan (B) aje pun OK juga rasanya.

Taken from blog fiza nordin.

tada! hemm..jadi jugak akhirnya. Alhamdulilah..aku buat pada hari jadi aku sendiri - 18 November yg lalu..!

Wednesday, October 17, 2012

Di bawah Langitmu!


Di bawah langitmu
Bersujud semua
Memuji memuja asmamu
Dan bertasbih semua
Makhlukmu tunduk
Mengharap cinta dan kasihmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Cahaya ilahi
Hangatnya Di hati
Di langkah sejuta wajah
Terbata penuh salah
Jalani sang hidup
Terluka terhempas berdosa

Hitam putih jalan hidup
Pahit getir warna dunia
Tangis tawa rasa hati
Terluka atau bahagia
Rasa bangga sementara
Setiap duka tak abadi
Semuanya wajah kan dipuji
Pada Allah kita kan kembali


Saturday, September 22, 2012

Nota kepada orang yang menghina Rasulullah S.A.W

Salam,

Kalau difikirkan, kisah hina rasulullah ini telah berlaku semasa baginda masih hidup lagi. Lihat saja kepada Abu Lahab bapa saudara nabi - bukan saja menghina malah ada niat untuk membunuh baginda. Tetapi apa yang berlaku kepada Abu lahab? Allah laknat dia - hingga turun Ayat quran khusus untuk Abu lahab Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:

           Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! 
           Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. 
           Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. 
           Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. - 
           Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali  yang dipintal. 

                                                                               (Al-Massad 111: Ayat 1-5)

Kita pula pada zaman sekarang, sentiasa je mendengar berita-berita penghinaan terhadap nabi tercinta. Hingga rasa luluh jantung-sedih. Dahlah Tidak mengenal, menghina pula. Sedang Allah kata, nabi adalah teladan dan model ikutan terbaik untuk semua manusia (33:21). Tak sedarkah mereka ini perbuatan mereka tu sia-sia dan akan dapat seksa azab dari Allah kelak?

Bagaimana yang dikatakan menghina itu? 

Orang belanda yang lukis kartun dan pembuat filem innocent of muslim itu adalah contoh yang jelas dan lagi terang-terangan menghina islam dan rasulullah.

 Orang Islam sendiri jika tidak ikut perintah Allah dan tidak endah dengan apa yang disampaikan oleh rasulullah juga adalah sebuah penghinaan. Contoh: Alquran yang diturunkan untuk dipelajari, tadabbur dan difahami. Tapi cuba kita amati, apa yang kita lakukan kepada Al-quran? Endah ke tak endah? Baca ke tak baca?

Wanita muslim yang tidak menutup aurat - apakah Alasan yang diberi oleh mereka? Belum sampai seru? Seruan apa lagi yang kalian tunggu?

Orang yang mengatakan hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan kerana pelbagai alasan yang disampaikan oleh orang-orang yang mencipta alasan . Apakah manusia itu lebih pandai dari Allah? Sedarkah bahawa sebenarnya, perbuatan itu sama seperti memandang rendah kepada apa yang disampaikan oleh rasulullah. Bukankah itu juga tergolong dalam perbuatan mencela rasulullah?

Kesimpulannya, Allah laknat Abu Lahab sebab hina rasulullah, malah balasan neraka untuk Abu Lahab. Bermakna Allah juga melaknat orang zaman kita ini yang berperangai sama seperti Abu Lahab.

Pesanan saya kepada Abu Lahab moden - Alquran itu relevan sepanjang hayat hingga hari kiamat. Allah berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya, Allah akan melaknat mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan azab yang menghina untuk mereka. (Al-ahzaab 33:57)

Janganlah hendaknya kita mati kecuali dalam keadaan kita ini tunduk dan patuh. (3:102)




Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...