Wednesday, June 30, 2010
Rabbani - Nawaitu
Antara Niat Dan Manis Bicara
Satukan Di Dalam Satu Denyutan
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
Kembali Bersemi Insani
Lafazlah Setulus Hati Nurani
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
Nawaitu Tuntutan Batin Suci
Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
Renungi Asal Kejadian Dirimu
Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah
Tebarkanlah Serata Jiwa
Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
Lafazkanlah Sejujur Hati
Ketulusan Insan sejati
Mencerminkan Budi Pekerti
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)
Kebenaran Diri Yang Suci
Hanya Jiwa Yang Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari
Keredhaan DariMu Tuhan…Ku
Matan Arba'in: Hadis Ke-empat
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمًا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ ه
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل ه
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ ه
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ ه
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمًا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ ه
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل ه
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ ه
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ ه
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadiseketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Gurindam Fasal yang Keempat
Hati itu kerajaan dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggotapun rubuh
Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir
Karena disitu banyak orang yang tergelincir
Pekerjaan marah jangan di bela
Nanti hilang akal di kepala
Jika sedikitpun berbuat bohong
Maka dapat diumpamakan mulutnya itu pekung
Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka
Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah
Barangsiapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar
Barangsiapa perkataan kotor
Maka mulutnya bagaikan ketor
Dimana tau salah diri
Jika tidak orang lain yang berperih
Pekerjaan takabur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih
Gurindam Fasal ke tiga
Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita cita
Apabila terpelihara kuping
Kabar yang jatuh tiadalah dumping
Apabila terpelihara lidah
Niscahya dapat daripadanya faedah
Bersungguh sungguhlah engkau memeliharakan tangan
Dari pada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fiil yang tiada senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Disitulah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah pelihara kaki
Daripada berjalan membawa rugi
Gurindam Fasal yang Kedua
Barangsiapa mengenal yang tersebut
Tahulah dia makna takut
Barangsiapa meninggalkan sembahyang
Bagai rumah tiada bertiang
Barangsiapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasya
Barangsiapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barangsiapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji
Gurindam Fasal Yang Pertama
Barang siapa tiada memegang agama
Sekali kali tidak boleh dibilangkan nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka ia itulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal tuhan yang bahri
Barangsiapa yang mengenal dunia
Maka taulah dia barang yang terperdaya
Barangsiapa yang mengenal akhirat
Maka tahulah dia barang yang mudharat
Saturday, June 26, 2010
Bekalan..
Kuliah zohor hari rabu..sangat mengesankan..
Ustaz beri analogi yang sangat mudah mengenai bekalan..dia kata sedangkan nak bermusafir kerana menunaikan haji selama 44 hari memerlukan sejumlah wang untuk bekalan semasa berada di tanah suci..paling kurang RM5000 utk survive beli makanan dan lain-lain keperluan. Walau utk 2-3 hari bila bawa keluarga berjalan..tentu memerlukan lebih kurang RM1000 untuk menampung belanja makan, hotel, minyak kereta dan sebagainya..In case berlaku kejadian yang tidak diingini seperti tayar pancit dan sebagainya pun dah menyebabkan keperluan bekalan meningkat..
Begitu juga kita..hidup di dunia ini hanyalah sementara..kehidupan sebenar kita belum lagi bermula..perjalanannya sangat jauh dan memakan masa bertahun2 untuk sampai dari alam bapa ke alam arham (ibu), kemudian ke alam barzakh dan akan tiba masa kita dibangkitkan semula pada hari akhirat..kemudian menunggu lagi untuk dihisab di padang mahsyar..
Bayangkan sahabat2 sekalian, kita mempunyai halangan waktu yang sangat panjang lalu renungkanlah apakah bekalan kita sudah mencukupi dan berkualiti sehingga mampu untuk membela diri kita sendiri...?
Pandanglah kasih sayang Allah dari sudut mata hati. Allah beri kita stok pernafasan untuk kita hidup dan bernafas sehari semalam. Menurut kajian, tempoh manusia bernafas sehari semalam adalah sebanyak 24000 kali. Stok pernafasan yang Allah beri ini adalah tepat dan tidak akan bertambah walau sedikitpun. Tanpa sedar orang yang mati/meninggal dunia kita kata dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Bermakna stok pernafasannya telah habis kerana telah tamat tempoh dan dijemput Allah untuk kembali.
Bersedialah dengan bekalan..sebelum nyawa bercerai dari badan
sebelum hembusan nafas yang terakhir...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selepas 7 tahun berlalu..:)
Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...