Salam,
Terbaca mengenai perkara ini di salah satu blog yg saya minati - Tuduhan yang biasa ditanya kepada perempuan yang berpoligami
Terbaca mengenai perkara ini di salah satu blog yg saya minati - Tuduhan yang biasa ditanya kepada perempuan yang berpoligami
Tidak malukah mencuri suami
orang?
1. Jika dikatakan sebagai mencuri, mungkin lebih baik
bertanya pada ALLAH dan mengharap jawapan dariNYA. Malah segala persoalan yang
dilontarkan jawapannya ada pada ALLAH yang sempurna mengatur urusan
hambaNYA.
Tidakkah rasa berdosa kerana
berbahagia atas kesedihan isteri yang lain?
2. Tidak perlu rasa bersalah, tapi yes perlu rasa
empati dan simpati. Poligami bukan ujian yang calang-calang untuk
perempuan esp isteri pertama. Jemputlah masuk ke alam poligami, insyaALLAH baru
tahu akan rasa kesakitannya dan kemanisannya. Its Allah's plan. We just have to
trusts Him.
Betulkah Takdir?
3. Saya tak salahkan takdir, saya hanya mengusahakan takdir
saya semampunya, at the end ketetapan ALLAH yang menentukan sejauh mana usaha
dan niat saya itu menjadi kenyataan.
Tidak ada lelaki bujang yang
lain?
4. Tentu ada! Tetapi Allah maha kaya - dalam ramai lelaki bujang itu tidak seorang pun ditakdirkan menjadi jodoh.
Ketahuilah..adakalanya tuduhan-tuduhan ini adalah dari kalangan saudara mara terdekat dan bertindak menjauhi diri atas alasan takut jika takdir yang sama akan menimpa mereka/suami mereka. Inilah yang paling pahit dan zalim. Zalim kerana memutuskan silaturrahim dan zalim kerana menidakkan takdir yang Allah telah tentukan.
Firman Allah:
Menuduh orang mukmin lelaki atau perempuan tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat maka orang itu sedang berdusta dan nyata sedang memikul dosa.(Al-Ahzaab 33:58)
Firman Allah:
Menuduh orang mukmin lelaki atau perempuan tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat maka orang itu sedang berdusta dan nyata sedang memikul dosa.(Al-Ahzaab 33:58)
Walau siapapun kita, apapun
pangkat kita, apapun status kita..- sebenarnya kita ini adalah hamba kepada Allah yang
mengatur setiap inci langkah dalam kehidupan ini. Matlamat hidup kita di dunia dan
cita-cita kita adalah untuk masuk ke syurga Allah yang paling tinggi. Maka kita perlu
sibuk mengatur strategi utk hidup yang lebih kekal abadi dari sibuk memikirkan
hal dunia yang bersifat sementara.
Tidaklah sama ahli neraka dan
ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat
segala yang diingini).
No comments:
Post a Comment