Wednesday, March 21, 2012

Larangan membunuh

Salam,

Setiap hari ada saja tragedi - terbunuh atas sebab kemalangan, membunuh kerana dengki/hasad/dendam kesumat.. Dalam entry kali ini, saya lebih cenderung untuk bercerita tentang membunuh kerana hasad dengki/ dendam/ amarah dan sebagainya.

Apa pun niat asal perbuatan itu dilakukan - hanya si pelakunya sahajalah yang tahu. Carilah ruang mana yang Allah tidak nampak akan perbuatan jahat kamu itu..nescaya kamu tidak akan berjaya menutupinya. Berpunca dari pembunuhan kejam seorang kanak-kanak berusia 5 tahun - terfikir dalam hati sendiri bahawa orang yg tergamak melakukan perkara ini telah hilang rahmat dari Allah. Allah tarik rasa kasih sayang dan ihsan dalam diri insan tersebut hingga menyebabkan ia hilang pertimbangan. boleh baca di sini untuk cerita lanjut tentang Dirang. Itu pembunuhan anak, dan yg terkini dipercayai suami bunuh isteri yang sedang hamil..puncanya kerana marah. Boleh klik di sinun untuk maklumat lanjut berkaitan pembunuhan isteri malang tersebut.


Marah itu mudharat. Tidak kira apa situasinya ia memudharatkan. Jelas bukan? Nabi berpesan 3x supaya jangan kita marah. Malah orang yg kuat itu bukan kerana kuatnya ia bergusti tetapi orang yg kuat adalah orang yg berjaya menahan amarah. 

Allah berfirman bahawa membunuh itu haram hukumnya melainkan atas sebab-sebab yang dibenarkan sebagaimana yang disebut seperti berikut:-

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. 
(Al-An'aam 6:151) 



Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.





Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
(Al-Israa' 17:33) 


Jalan yang dibenarkan oleh syarak itu ialah bunuh kerana qisas, rejam kerana zina dan sebagainya. Dalam senario masyarakat kita pada hari ini- tiada tersenarai bunuh yang dibenarkan syarak - semuanya berlandaskan hawa nafsu yang dipimpin oleh syaitan. Na'uzubillah..


No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...