KERANAMU UNDI

Tuesday, April 23, 2013
Akhirnya masa hampir tiba- untuk memilih pemimpin kepada Malaysia.
Sana sini orang sibuk pasal undi
FB wall penuh dengan post pasal parti
Menghina, mengutuk, mengkeji, fitnah menjadi-jadi
Semua gara-gara undi..

Ketika inilah syaitan menari-nari
Kerana jarumnya berjaya menusuk hati
Menaruh rasa dengki dan iri..
Menukar manusia mukmin dan lembut hati
kepada insan yang mengkhianati diri sendiri..

Dosa itu tidak pindah kepada org lain
Dosa itu melekat kepada diri sendiri
Sudahnya siapa yang rugi - diri sendiri

Makhluk yang bernama undi- hanya pada sekeping kertas.
Tiada apa ia pada mata pencipta.
Sedang yang wajibnya - patuh kepada rabbul izzati..
Berserah padaNya..
Hanya engkau yang boleh mengubahnya wahai Allah
Hanya engkau yang boleh memilihnya..gerakkan hati mereka memilih pemimpin yang sempurna..
Mampu memimpin rakyat lebih tawaduk dan mengenali penciptanya.






Sharing is caring..