Ancaman Allah..

Friday, February 19, 2010
llmu dan amal jika tidak segandingan..ia akan lenyap ditelan waktu.. 
Mengenal Allah dan mengamalkan cara hidup Islam adalah satu-satunya jalan dan cara manusia menyelamatkan diri dari disiksa di dalam api neraka yang disebut berulang kali di dalam al.Quran dan al.Hadis. Al-quran membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman - mentaati titah tuhannya..orang yg mengikut Quran akan dijanjikan Allah nikmat syurga yang tiada tolok bandinganya..Alquran juga mengingatkan manusia akan ancaman seksaan api neraka..kepada sesiapa yang ingkar akan titah tuhannya..


Kita dianjurkan untuk sentiasa memperkukuhkan kefahaman Islam dan amalan  dalam beribadah-mengabdikan diri kepada rabbi..perkataan ingkar ini dalam bahasa melayu..yg jelasnya dari sudut lughah ia merujuk kepada kafir dalam kamus bahasa arab....bila baca quran selalu kita rasa tak kena pada kita..sebab dalam bayangan kepala kita  kafir tu macam Lim goh thong atau ramasamy atau orang yahudi/kristian. 


Hakikatnya..orang yg ingkar itu universal sifatnya..yg disebutkan tadi memang terang2an..tidak islam + ingkar. Kalau Allah perintahkan tutup aurat itu wajib bagi setiap mukminat..tapi kita tak buat..tutup aurat tapi pakai seluar/baju yg ketat2..atau istilah lain "bungkus aurat.."

Kau mencintaiku

Wednesday, February 17, 2010
Kau mencintaiku
Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka

Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa

Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga

Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala


*Bacaan puisi dari Ayatul Husna untuk abangnya Khairul Azzam dlm filem Ketika Cinta Bertasbih 2

Kullu Nafsin Zaa iqatul maut...

Wednesday, February 10, 2010
Pertanyaan dari anakanda seringkali membuatkan kita berfikir jauh..mencari ayat yang paling sesuai untuk dikabarkan supaya dapat diterima oleh akal yang masih muda...satu hari dia bertanya tentang umur..berapa lama kita boleh hidup..
Diterangkan kepada anakanda..bahawa umur adalah hak Allah..Dengan mengambil contoh rasulullah yang hidup sehingga 63 tahun..kebanyakan umatnya akan dijemput Allah sekitar umur tersebut...akak terangkan bahawa umur nabi adalah penanda aras..mungkin berlaku dan mungkin tidak berlaku pada masa tu bergantung kepada takdir Allah..

Kemudian anakanda bertanya lagi..penanda aras tu ape..? hahha..macam dah nak ilang idea juga..tapi akak suruh dia berdiri kat pintu dan ukur tinggi dia...so tempat yang akak tanda tu lah contoh penanda aras...so dipermudahkan cerita..dia faham juga setelah beberapa kali menerangkannya..

Kesannya..
Dia jadi takut sebab tok ibu dan tok ayah dah melepasi umur 60 tahun..dan tak mau kehilangan..tapi akak katakan pada dia..orang muda pun boleh mati..bila tiba ajalnya...dan setiap yang hidup pasti akan mati...Itu ketetapan yang hakiki!!


Jangan jauhkan diri daripadanya...

Kalau ditanya mesti semua orang tahu..Alquran kitab yg paling agung. Kalam Allah untuk kita sebagai panduan hidup sehingga hari Akhirat. Kitab-kitab yang terdahulu kita tak pernah lihat tapi kita wajib mengimani..(selaras dengan rukun iman)...Saya hanya menunaikan hak sebagai seorang muslim..ilmu yang bermanfaat perlu disampaikan supaya dapat kebajikan dan barakahnya bersama..

Memang benar keadaan masyarakat kita pada hari ini telah semakin jauh dari Al-quran..untuk baca setiap hari pun masih bertangguh-tangguh disebabkan kesibukan kerja dan urusan dunia..Menceritakan ini dari pengalaman sendiri..bila balik kerja mesti dah penat..lepas magrib la baca..bila dah lepas maghrib..nak tunggu isyak pulak..bila lepas isyak..nak tengok TV pulak..begitulah..sampai end of 1 day. Next day pun macam tu juga..

Allah dah jangka itu akan berlaku...kitab ni penting tapi kita buat acuh tak acuh..kenapa? Keja setan..

[25.30] Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang tidak diacuhkan".

Bila jadi macam tu..pandang2 lah ayat nie..gerun juga rasanya..surah 43 (al-zukhruf)

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَاناً فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
[36] Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ
[37] Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Sangkaan-sangkaan inilah (telah mendapat hidayah..petunjuk) yang menjauhkan kita daripadanya..sebab apa kata macam tu..sebab kita perasan yang kita ni orang beriman..tinggallah quran di tempat yang tinggi dan berabuk..!

ALQURAN ITU DARIPADA ALLAH..! UTK SIAPA? UTK KITA SEBENARNYA..!!

Alquran itu daripada Allah dan Malaikat Jibril telah diperintahkan untuk membawanya..ada banyak dalil antaranya:

1) Surah 26 ayat 192-196

2) As-sajadah (Surah 32:2) : Penurunan Alquran adalah dari tuhan yang menguasai sekelian Alam..

2) Surah 6 ayat 92 juga menceritakan perihal penurunan alquran kepada semua umat dan turut membenarkan kitab-kitab terdahulu..bleh semak terjemahan.

Pembahagian ayat-ayat quran itu pula ada dua - muhkamat dan mutasyabihat..
Semak tafsir surah 3 (al-Imran) ayat 7. Mutasyabihat...confirm hak Allah..hanya Allah yang mengetahui maksudnya..dan percayalah tiada sebarang kebathilan/keraguan di dalam Al-Quran sejak dari dahulu hingga sekarang..(surah 41 ayat 42)

Belajarlah bahasa Arab utk lebih memahami Al-quran, supaya lebih penghayatan dan diperhalusi lagi.. Al-quran memang diturunkan dalam bahasa arab..sebenarnya bahasa tu tak susah mana..Allah akan tolong kita..Insyallah..tapi kita jer yang tak yakin..dan sentiasa mencipta alasan..tu yang jd lagi jauh tu..
lagipun bahasa arab bukan asing daripada kita..lahir ker dunia jer dah dengar ayah kita azan/iqamah... kan dalam bahasa arab tuh..

Allah beri peringatan kepada kita supaya jangan jadi seperti kaum yahudi yang tidak memahami kitab taurat..(surah 62 ayat 5..) kaum yang tidak memahami itu diumpamakan seperti keldai yang membawa kitab2 yang berat..
ish..ish..ish..berat tu..belajar pandai2..keja bagus2 tapi rupanya kita macam keldai..sebab tak cuba faham isi kandungan al-quran. Malu nak mengadap Allah dan rasulullah..

Saya juga sedang memperbaiki diri dan marilah berjemaah bersama saya..mudahan esok lebih baik dari semalam..Sejauh mana pun kita pergi kita akan kembali kepadaNya satu hari nanti..malah ia tidak terhenti kat situ aje ..kita akan dihisab pula pada hari pembalasan...

وْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
[24] Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

Quran tu utk kita..jangan jauhkan diri daripadanya..

Alhamdulilah......

Monday, February 8, 2010
Salam Ukhuwah..
Setelah beberapa terperam untuk "testing phase" maka hari ini dengan gumbiranya...blog ini terhasil..
Selamat membaca..berkongsi rasa..meluah perasaan..(oops yg baik2 aja..).
Dalam meniti kehidupan yang penuh berduri ini tidak dapat tidak kita sering saja digoyahkan..oleh pelbagai sebab dan penyebab..blog ini tidak lebih dari sebuah catatan peribadi, pengalaman dan sedikit sebanyak ilmu yang mudah-mudahan membantu kita mengemudikan kehidupan..
Tidak lupa juga dititipkan bersama-sama blog ini senarai blog lain yang juga sering menjadi tempat rujukan-tatkala hati diamuk resah gelisah dan langkahan kaki menjadi longlai..
Mudah-mudahan hati menjadi tenang, jiwa menjadi lapang..dan kaki terus melangkah laju berjuang di bumi Allah mencari RedhaNya..

Ya Allah, permudahkanlah dan perbaikilah semua urusan kami...Allahumma Amin!

Tuhan Semesta Alam..

Sunday, February 7, 2010
Kalau orang tanya kita..boleh kah kita jawab..? Apa yang dimaksudkan dengan tuhan semesta Alam..?
Lama kami memikirkan jawapan yang tepat..dan merangkumi..
Pertanyaan itu membuat kami kelu seketika..perlahan-lahan ustaz menerangkan dan menyuruh kami buka surah 26 (al-Syu'araa) ayat 23-24 ...

[26.23] Firaun bertanya: "Siapa Tuhan semesta alam itu?"

[26.24] Musa menjawab: "Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya.
(Itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayai-Nya".

Subhanallah...aku terpana!

Sahabat Nabi: Bilal bin Rabah

BILAL BIN RABAH R.A.
Dilulus Oleh:Bukitbesi Online | Tuesday, November 28 @ 18:49:21 MYT

Beliau berada di dalam rombongan kafilah Nabi s.a.w., ketika mana Jibril a.s. turun membawa wahyu (dari langit). Antara mereka yang terpilih di dalam kumpulan penegak kebenaran, pada hari-hari Nabi Muhammad s.a.w. hidup di kalangan mereka. Itulah Bilal, seorang hamba berketurunan Habsyi (Ethopia) mengambil tempatnya di dalam kelompok awal (senior) yang memeluk Islam. Statusnya sebagai seorang hamba abdi tidak menghalangnya untuk membebaskan jiwa dan rohnya kepada Allah. Status itu juga tidak pernah menghalangnya dari menjawat jawatan bendahari (khazin) dan tukang azan (muazzin) Rasulullah s.a.w.

Beliau tidak memeluk Islam kerana ternampak kelibat habuan duniawi di dalam dakwah Nabi Muhammad s.a.w., (kerana dakwah Rasulullah tidak begitu). Beliau memeluk Islam ketika (suasana yang meruncing) di mana setiap orang yang memeluk Islam di sekelilingnya diuji dengan pelbagai seksaan. Kalimah `La Ilaha Illallah' merupakan satu revolusi yang dicetuskan dan disemarakkan oleh aqidah. Satu kebangkitan menentang kezaliman manusia terhadap diri sendiri, agar mereka tidak menyembah hawa nafsunya selain Allah.

Sahabat Nabi: Abu Hurairah

Abu Hurairah r.a, sahabat Nabi Muhammad s.a.w, dikatakan biasa berpuasa sunat tiga hari pada setiap awal bulan Qamariah (bulan Arab dalam tahun Hijrah), mengisi malam harinya dengan membaca al-Quran dan solat tahajud.Beliau akrab dengan kemiskinan. Beliau sering mengikatkan batu ke perutnya untuk menahan lapar. Dalam sejarah, beliau dikenal sebagai tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis. Beliaulah Bapa Kucing Kecil (Abu Hurairah). Begitu orang mengenalnya.

Bila Rumi Menari...

Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Puisi Dalam Filem "Ketika Cinta Bertasbih"

"Menurutku,
cinta adalah kekuatan
yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman
mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah
itulah cinta!
 
* Diadaptasi dengan banyak perubahan dari puisi Rumi dalam Masnawinya
dan d copy dari novel KCB 2
Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna
 

Sharing is caring..