Pertanyaan dari anakanda seringkali membuatkan kita berfikir jauh..mencari ayat yang paling sesuai untuk dikabarkan supaya dapat diterima oleh akal yang masih muda...satu hari dia bertanya tentang umur..berapa lama kita boleh hidup..
Diterangkan kepada anakanda..bahawa umur adalah hak Allah..Dengan mengambil contoh rasulullah yang hidup sehingga 63 tahun..kebanyakan umatnya akan dijemput Allah sekitar umur tersebut...akak terangkan bahawa umur nabi adalah penanda aras..mungkin berlaku dan mungkin tidak berlaku pada masa tu bergantung kepada takdir Allah..
Kemudian anakanda bertanya lagi..penanda aras tu ape..? hahha..macam dah nak ilang idea juga..tapi akak suruh dia berdiri kat pintu dan ukur tinggi dia...so tempat yang akak tanda tu lah contoh penanda aras...so dipermudahkan cerita..dia faham juga setelah beberapa kali menerangkannya..
Kesannya..
Dia jadi takut sebab tok ibu dan tok ayah dah melepasi umur 60 tahun..dan tak mau kehilangan..tapi akak katakan pada dia..orang muda pun boleh mati..bila tiba ajalnya...dan setiap yang hidup pasti akan mati...Itu ketetapan yang hakiki!!
No comments:
Post a Comment