Hargai Ilmu

Tuesday, May 29, 2012
Salam,

Ilmu yang baik tidak wajar disia-siakan. Peluang adalah kata kunci utama kepada kemahuan. Bertitik tolak dari situ, saya mula rajin mendengar dan mencari - ilmu yang bermanfaat dari pelbagai sumber program di radio, TV media cetak, peluang hadir kursus, internet apatah lagi..hatta kepada orang yang ditemui semasa dalam perjalanan, perjumpaan dan apa saja - prinsipnya mesti positif dan membina serta mempunyai hikmah dan ibrah..

Baru-baru ini ada terdengar rancangan motivasi kelolaan Ustaz Hasrizal (Abu Saif) - berkaitan realistic thinking dan antara isu yang turut dibincangkan ialah mengenai aduan orang ramai/sahabat beliau sendiri yg merasakan bahawa mereka tidak pandai menulis..dan saya sendiri - pada mulanya sangat mengagumi penulis-penulis yang pandai menulis artikel, dan merasakan diri saya sama seperti apa yang orang lain rasa - tidak cukup ilmu dan pengalaman untuk menulis. Justeru itu, saya menjadikan blog ini sebagai platform menggilap bakat penulisan. Sungguh - saya memang suka menulis. Kalau diberi peluang mahu menjadi kolumnis dan mengajar. Saya boleh mengajar bahasa Arab - walaupun untuk sekolah rendah, saya boleh menterjemah Quran Tafsir yang berbahasa Arab - hasil bimbingan Ustaz kesayangan saya walaupun saya bukan berkelulusan BA bahasa Arab. Kerjaya saya berkait rapat dengan penulisan kertas cadangan. Malah saya telah menegakkan panji-panji bahawa saya lebih rela menulis dari mengira! 
Prinsip Abu Saif mudah - Kadang kala kita perlu dipaksa sebelum menyukai sesuatu..baru ia akan datang minat..dan pada pendapat beliau kebolehan bercerita/menerangkan adalah timbul dari kefahaman yang mendalam tentang sesuatu perkara dan pemerhatian dari hati nurani. Katanya lagi - semua orang ada kebolehan untuk menulis - bezanya ialah persepsi seseorang ke atas peristiwa / pengalaman yang berlaku. Jika berdasarkan kepada pengalaman hidup - orang yang berusia 20 tahun bermakna telah ada 20 tahun pengalaman hidup dan jika ia meningkat maka bertambah tingkatan pengalaman tadi. So...janganlah memperkecilkan pengalaman hidup anda..kita perlu menukar perpektif pengelihatan..ada banyak beza melihat dengan mata fizikal dan mata jiwa.

Melalui penulisan, ilmu dapat dikongsikan bersama pembaca yang lain.

Saya suka tu...



Perkongsian Bacaan: Samakah Yang Buta dengan Yang Celik.

Saturday, May 19, 2012

Nota Penuh Kuliah Subuh oleh Ustaz Baharuddin Ayudin bertajuk:

Samakah Yang Buta dengan Yang Celik.

Surah al-Fatir: [35:18-23] Terjemahan: Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan salat. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali. [19] Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat. [20] Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang. [21] Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya. [22] Dan (Demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, (menurut undang-undang peraturan-Nya), dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar (ajaran-ajaran Kitab Allah serta menerimanya), dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya). [23] Engkau tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

1. Ayat ini menjelaskan tentang hukum dan peraturan yang telah Allah - Jalla wa 'Ala - tetapkan, bahawa tiada sesiapa pun boleh menanggung dosa orang lain. Tiadalah bagi manusia itu melainkan apa yang ia sendiri usahakan. [53:39]. Jika ia menginfaqkan hartanya, maka ia beroleh kebaikan daripadanya. Jika ia bakhil, maka ia merugikan dirinya sendiri. Tiada sesiapa pun yang dapat menghadiahkan pahala kepadanya, baik ketika ia masih hidup dan juga selepas ia mati. Daripada Abu Hurayrah, katanya: RasululLah - SallalLahu 'alaihi wa sallam - bersabda: 

"Apabila meninggalnya seseorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali daripada tiga perkara: Kecuali daripada sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkannya atau anak soleh yang mendoakannya." - Sahih Muslim, 14-[1631]. Kata al-Imam al-Shafiiy - rahimahulLah:

"Bahawa menghadiahkan pahala bacaan al-Qur'an itu tidak sampai kepada si mati kerana ia bukan hasil amalan dan usahanya. Oleh kerana itu, amalan ini tidak pernah dianjur dan dibimbing, baik menerusi nas atau isyarat. Bahkan amalan sedemikian tidak pernah disebutkan bahawa ia dilakukan oleh mana-mana sahabat - radiyalLahu 'anhum. Jika amalan tersebut baik, tentulah mereka lebih dahulu melakukannya daripada kita. Dalam bab qurubat ini, kita hendaklah berpada merujuk kepada dalil, bukan berpandukan kepada qiyas atau pendapat orang. Adapun doa dan sedekah, maka ijma' kaum muslimin tentang sampai pahalanya menurut sebagaimana yang diterangkan nas mengenainya." - Tafsir al-Qur'an al-Azim, [7:465]

2. Ini adalah peringatan. Namun begitu peringatan ini tidak akan berguna melainkan kepada orang yang mahu mengikut petunjuk Allah dan takutkan-Nya walaupun ia tidak melihat-Nya dan tidak melihat azab-Nya. [36:10-11] Ini semua hanya mungkin dapat dilakukan oleh orang yang hatinya sentiasa berhubung dengan Allah. Antaranya menerusi ibadat salat yang telah ditetapkan waktunya setiap hari. Justeru salat itu sendiri adalah munajat seorang hamba kepada Tuhannya. Daripada Anas bin Malik, katanya: RasululLah - SallalLahu 'alaihi wasallam - bersabda:

"Sesungguhnya seseorang kamu apabila bangun mendirikan salat, maka sesungguhnya ia sedang bermunajat kepada Tuhannya." - Sahih al-Bukhariy [405].

Selain itu, segala peringatan itu hanya berguna kepada orang yang mahu membersihkan diri daripada syirik dan istiqamah mencari keredhaan Allah dengan mentawhidkan-Nya semata-mata.

‎3. Apabila tibanya hari di mana datangnya bunyi yang memekakkan. Langit pada hari itu digulungkan, [39:67] bintang-bintang berguguran, [89:2] lautan meluap-luap, [89:3] gunung-ganang dihancurkan. [81:3] Kehidupan dunia yang dahulunya dipuja dan dimegahkan sudah tiada. Ia sudah punah dan binasa. Kemudian roh dipertemukan semula kepada tubuhnya. [81:7] Kesemua amalan manusia akan dihisab. Pada hari itu kehidupan adalah sendiri-sendiri. Pada hari itu manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapanya, dari isteri dan anak-anaknya. [80:34-37] Seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya. [31:33] Pada hari itu yang berguna ialah IMAN dan AMAL SALIH ketika di DUNIA ini. [26:88-89]

4. Samakah orang yang buta [11:24] dengan orang yang melihat? [6:122] Samakah di antara zulumat [6:39] dengan nur? [33:43] Samakah di antara teduh [56:27-37] dengan panas terik? [56:41-44] Samakah di antara hidup dengan yang mati? [6:122] 

Wallahu a'lam. 

Edited by Me [Hafidz Ben Rahman] 

His Plan. Trust Him.

Thursday, May 10, 2012




Therefore remember Me (by praying, glorifying, etc.). I will remember you, and be grateful to Me (for My countless Favours on you) and never be ungrateful to Me. O you who believe! Seek help in patience and As-Salat (the prayer). Truly! Allah is with As-Sabirin (Albaqarah 2:  152-153)

WAJIB BERHIJAB DAN HARAM BERSALAM

Wednesday, May 9, 2012
Salam..


Ukhti sekelian..terbaca ini di FB dan rasa ia perkongsian yang menarik...kewajipan wanita itu Jaga Aurat dan Taat Suami. Kata nabi ramai wanita di neraka kerana tidak jaga aurat dan kufur nikmat (akan semua pemberian suami).. tidak puas hati dengan pemberian suami..

Masa dalam perjalanan ke tempat kerja - terserempak dengan ramai ukhti yg menunggang motor tetapi tidak menutup kaki lebih expose kalau berbaju kurung/berkain ....maka tersingkaplah aurat - sama ada tidak perasan, tidak tau atau tidak peduli wallahu'alam




Ingatlah - tutup aurat adalah arahan Allah yang jadikan langit dan bumi dan mentadbir alam, yg jadikan diri kita semua, yg telah menetapkan siapa yang ingkar balasannya neraka.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)


Gambaran neraka

Saturday, May 5, 2012
Salam, 

Tujuan entry yg dicurahkan ini ialah untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Selagi ada hayat..segerakan beramal soleh..kerana masih berkesempatan. Tidak lain yg ada dalam hati ini melainkan kerana saya sayang kamu semua -  kamu adalah saudara saya seagama.

Bercerita mengenai neraka - dalam hati timbul rasa gerun.

Ahlinya?

A036
Dan orang-orang yang mereka telah mendustakan ayat-ayat kami dan mereka yang telah sombong (tidak peduli dan merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-A'raaf 7:36)


Berapa lama?

A040
Sesungguhnya orang-orang yang telah mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan mereka yang telah sombong (tidak pedulikan al-quran dan merasa dirinya lebih)  daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan, masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.(Al-A'raaf 7:40)


Ada juga yang kata masuk neraka sekejap dan kemudian akan masuk syurga tetapi Allah berfirman:

A080

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?" (Al-Baqarah 2:80)



Bagaimana keadaannya?

A041
Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka adalah se limut (dari api neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya). (Al-A'raaf 7:41)


A044


Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (Ar-Rahmaan 55:44)



A016

(Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,




Nanti Allah kata kita akan menyesal..tapi penyesalan pada masa tu tiada gunanya

A023

Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?



So tugas kita..

Tambahkan ilmu - faham quran, Doakan Ahli keluarga, ikut sunnah nabi dalam setiap amal dan  perbuatan kerana Allah telah berfirman

A006
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.



 Ya Allah, kami pohon syurgaMu.

Demi Masa

Friday, May 4, 2012

Demi masa..sesungguhnya Manusia dalam rugi melainkan mereka yang tahu..

Menangani kesedihan..

Salam,


Adakala kita berasa sedih..dan punca kesedihan itu pelbagai sebab dan musababnya.

Namun jangan membiarkan emosi mengatasi kewarasan akal fikiran kerana menangani emosi juga adalah sebuah mujahadah yang luhur.

Meskipun sedih, tetapi kehidupan perlu diteruskan. Walaupun pahit, amanah perlu dijaga.

Tanamkan dalam diri:
1)Sentiasa ingat mati,
2)Akhirat adalah hidup yg kekal
3)Yakinlah bahawa tiada apa dpt menghalang jika Allah nak beri dan tiada siapa dapat memberi jika Allah halang. Setiap dari kita akan pulang mengadap Allah.

Bagi menangani kesedihan

a)Ketika berduka- ingat akan janji Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal , dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Al-Baqarah 2:277)

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Yunus 1026):

Syarat amal : 1) Sebagaimana yang diperintah oleh Allah 2) Mengikut Nabi 3) Ikhlas.

b)Ketika bersedih bacalah doa-doa untuk menghilangkan rasa sedih dan dukacita yang diamalkan oleh Rasulullah. - Dalam kitab hisnul muslim.

c)Solat sunat - sehingga rasa sedih hilang.

d)Baca kalamNya kerana itulah channel Allah berbicara dengan kita

e)Jangan ikut bisikan-bisikan dan hasutan syaitan. - contohnya: terdengar-dengar suara orang yg marahkan kita..(supaya kita jadi lebih sedih, marah dan dendam. Akhirnya putuskan silaturrahim..nau'zubillah - nanti kita juga bersekongkol dengan mereka sebab memang kerja syaitan untuk memutuskan silaturrahim)

Semoga Allah terus berikan kekuatan kepada muslimin n muslimat sekelian. Jika kita jaga Allah dan Allah akan jaga kita.

Penggantungan kita hanya kepadaNya.

Doa untuk kita semua..

Salam,

Saudara-saudaraku yang dikasihi. Semoga sentiasa dalam lindungan dan limpahan rahmat Allah.

Subhanallah!

Dialah yang maha tinggi - tempat untuk meminta.

Dialah yang maha mengetahui - akan segala isi hati.

Dialah yang maha memahami - akan semua perkataan dan doa dari kita semua.

Jadi jangan berhenti berdoa. Mintalah dariNya..lebih-lebih lagi pada hari ini yaumu jumuah..penghulu segala hari.

Ya Allah
Dekatkan kami kepada syurga dan segala apa yang mendekatkan kami kepadanya...baik dari segi amal, perbuatan dan perkataan. Kami mohon perlindungan dariMu wahai Allah..daripada api neraka dan segala apa yang mendekatkan kami kepadanya..baik dari segi amal, perbuatan mahupun perkataan. Perbaikilah urusan kami wahai zat yang maha tinggi..!Kurniakan kami segala apa yang pernah engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang solehh..AMIN!



Sharing is caring..