Ikhtiar lagi..makanan sunnah dan impaknya.

Saturday, March 22, 2014
Assalam..semua..!

Kalau masih ingat entri saya tentang sakit yang saya alami..sekian lama sudah..cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 3 tahun. Begitu..hidup diteruskan dengan rahmat dan pertolongan dari Allah. Keluhan dulu..lebih hebat sakinya sebab baru terkena dan lama kelamaan mulai menyesuaikan diri....

Sekarang lebih kuat..kerana sudah terbiasa dengan keadaan sakit ini. 

Ibaratnya kalau kereta rosak....tentu enjinnya mati dan tidak boleh bergerak lagi ke mana-mana pun sebab sudah rosak. Tapi seorang manusia..suisnya jalan terusss...mana boleh dimatikan..Sakit pun kena bergerak kerana sunnatullah. Begitulah Allah yg membuatnya.

Terkini..cuba berubat di Beranang. Kaedahnya biasa kerana pernah dibuat sebelum sebelum ini....Manipulation spine dengan melakukan gerakan dan urutan. 

Berbeza kerana nasihat-nasihat yang segar dan katanya kembalilah kepada makanan sunnah.

Antaranya..

Minyak Zaitun...memang terkenal kebaikannya. Saya khabarkan memang makan tapi dalam bentuk kapsul 6 biji sehari...komennya mana cukup sebab kuantitinya tak sampai satu sudu..sedangkan sakit seperti saya ini harusnya consumed 3 sudu sup penuh! Gulp!

OK..nak sihat punya pasal...Mr hubby pon beli kat kedai arab..5 Liter minyak zaitun...

Well..after a month..it seems like ada perubahan banyak. Rasa pedih dan panas tu dah kurang. Bila gerak banyak sikit memang sakit tapi ia tak sesakit sebelum ini. Lebih ringan.

Another thing..Minyak habbatus sawda'...memang diamalkan tapi again...dalam bentuk kapsul 4 biji sehari... Mana cukup...hehe...beli berbotol2 untuk consumption berdua dengan suami. Alhamdulilah...angin dalam badan jadi kurang dan rasa lebih segar. Memang panas sikit dan kena banyak minum Air.

Makan madu bersama biskut/roti. Minum air madu+lemon atau green tea..semuanya baik belaka. Biasalah kekadang minum kekadang tak..tapi nasihat ustaz tu kena istiqomah. Ganti betul-betul. Well...I followww...Jangan bimbang dengan madu asli atau tak asli..kena amalkan dulu..baru Allah akan ketemukan dengan yang asli...

Istimewanya lebah ini diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran:

Allah yang beri ilham pada lebah untuk buat sarangnya di atas pokok/gunung-ganang dan juga bangunan yang didirikan oleh manusia. (Surah an-nahl:68)

Allah juga perintahkan lebah untuk makan segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan serta mengikuti Jalan dan peraturan yang ditetapkan Allah. Akan keluarlah manisan dari perut lebah itu sebagai penawar kepada manusia. (Surah an-nahl:69)

See! Allah beri lebah untuk kita berfikir.




Secara Fizikalnya..

Percayalah minda lebih sihat. Sakit tu kita boleh atasi sebab madu membekalkan tenaga. Bila tenaga lemah..minda jadi lemah dan tidak kuat untuk melawan minda negatif yang mengatakan sakit.

Kurma- jus/buah apa pon bentuk memang baik.

Timun - Untuk pencernaan - baiki sistem penghadaman.

Air - minum banyak untuk buang toksin.

My hubby tambahkan dengan minum air Aloe Vera. Well its help too..untuk antioksidan dan pembersihan usus.

Secara kerohaniannya

Ambil iktibar dari lebah..makan makanan yang baik saja tidak cukup tapi mesti ikut jalan dan peraturan yang telah ditetapkan Allah. Maka ia menjadi asbab kepada penawar luarbiasa!

Hurmm...maka ditambah lagi dengan solat sunat, puasa dan doa dari segi ibadah.

Akhlak kita juga kena baik sesama manusia.

Sifat sabar kena tambah lagi.

Moga Allah pimpin kita ke jalan kesembuhan dan yang terpenting kekal dalam petunjuknya yang lurus.

Ikhtiar ini bakal berterusan. Hingga ke temu yang dicari.

Saya juga dikhabarkan dengan kaedah pengubatan tulang sulbi. nanti diceritakan detailnya..amin mudahan berkesempatan.

Saya hanya hamba Allah. 

Kerdil. 

Penuh harap hanya pada Allah.

credit pic to @hasnahothman

1 comments:

  1. Assalamualaikum.... akak... saya azura. Saya tertarik dgn cerita akak tentang berubat di taman paroi jaya bersama tok ghaffar. Dia lebih d kenali dgn tok urat ke? Adik saya baru lps kemalangan dan saraf mata mngalami masalah. Boleh jika akak bg no. telefon tok ghaffar tu utk saya bawa adik saya. Harap akak sudi berkongsi. Akak boleh whatapps saya di no 012-7620599

Post a Comment

Sharing is caring..