Ilmu membawa kemuliaan.

Saturday, February 25, 2012
Salam saudara-saudara ku yang dicintai..

"Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah fardhu ke atas setiap muslim ". (Hadith sahih)

Ketahuilah, Ilmu menerangi hidup manusia - penyuluh kehidupan selama berada di atas dunia dan penyedia bekal utk akhirat. Ilmu adalah Nur..dan permulaan ilmu itu adalah dengan memahami Al-Quran -


"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (24:35) 


 Yallah ya shabab! Ta'al..!

Sholu a'la Muhammad...

Salam, Cinta dan rindu pada insan istimewa ini telah berakar umbi dalam diri sejak dilahirkan ke dunia ini. Sedang cintanya pada kita..telah diakui oleh baginda- 1400 tahun yang lalu..! “Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Kitalah insan yang belum ada itu..! Allahu Akbar! Sholu a'la muhammad!

Dikir Zikir

Sunday, February 19, 2012
Salam..

Selepas menonton semalam di AlHijrah - cari pula di You tube dan terjumpa yg ini...- rasa mcm burung burung yang riang  terbang bernyanyi2 di pagi hari...Sharing with All of you - setelah sekian lama laman ini berhabuk dan tidak bersentuh - gara-gara ruang waktu yg terhad dan juga sekatan di pejabat yg tidak lagi membenarkan akses ke mana2 akaun gmail/blogspot..Enjoy! BOth live show n juga versi unplugged (can i say that? ) Hentam sajalah..


Min qalbi..

Memahami Vertigo dan Puncanya.

Thursday, December 1, 2011
Salam,

Saya menulis tentang penyakit ini kerana saya sendiri mengalaminya. Being warded again @21/11/2011 - 25/11/2011 kerana saya mengadu mengenai masalah dizziness yang berlaku setiap pagi, blurred vision, rasa loya macam nak muntah, pening sepanjang hari dan bertambah teruk jika terkena migraine. Pelbagai ujian dibuat, termasuklah MRA (MRI for Arteries), masalah saya ini juga dirujuk kepada klinit ENT, Oftal (mata), neuromedical (otak dan saraf) dan orthopaedic, Saya tidak mempunyai masalah artery blocking di mana-mana bahagian di kepala berdasarkan ujian MRA. Other school of thought pula mengatakan MRA dibuat ketika saya berbaring maka result yang diperolehi tentulah tidak menunjukkan sebarang perubahan/gangguan laluan darah dalam saraf. Namun bila dirujuk kepada klinik ENT, masalah gelap mata ini barulah dapat diputuskan - Diagnosis doktor ke atas saya ialah Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV). 

Kenapa saya suka cerita Jewel in the palace...

Saturday, November 26, 2011
Untuk sinopsis cerita: anda boleh baca di sini 

Lagu yang best: Ha mang Yeon




Antara Review yang saya baca di kebanyakan blog dan review saya sendiri:
  • “Dae Jang Geum (DJG) embodies the sort of qualities and values that we would like our children to have,”
  • “Dae Jang Geum is a strong character who never gives up, no matter how tough the problem,”
  • “She is also a good role model to girls, because she fought against the male-dominated hierarchy and sexism of her time.”
  • Makanan menyatukan hati manusia dan mewarnai kehidupan
  • Ubat mendatangkan ketenangan jika sembuh, menimbulkan kegelisahan kalau masih belum bertemu penawarnya.
  • Pertalian antara ibu dan anak bonded sampai bila-bila...episod paling sedih masa ibu DJG mati dan DJG masih kecil.
  • Hargai orang-orang yang hadir di sekeliling kita.
  • Dae Jang Geum: Tidak ada yang mustahil untuk dilakukan- semuanya boleh. Dia adalah tukang masak yang kemudiannya menjadi tabib perempuan.
  • Kehebatan cinta Tuan Min Jung Ho terhadap Dae Jang Geum - sanggup berkorban demi melihat orang yang dicintai mencapai segala apa yang dicita-citakan, malah sanggup juga mencarikan alternatif untuk membolehkan impian itu tercapai. Walaupun dihalang oleh kekuasaan Maharaja/pergolakan semasa pentadbiran Kerajaan.
  • Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan
  • Kejahatan akan dibalas dengan kejahatan
  • Buruk sangka mendatangkan mudharat zaman berzaman.
  • Maharaja walau mempunyai kuasa-tetapi masih perlu bertoleransi dan mempunyai sifat belas kasihan dan kesedaran yang tinggi.
  • Pergolakan hanya boleh diselesaikan dengan fikiran yang telus dan bijaksana serta diplomatik.
  • Belajar dan terus belajar untuk mendapatkan ilmu. Tanpa Ilmu, manusia binasa dan tidak bertamadun.
  • Buat apa pun mesti Ikhlas, kesungguhan dan keazaman
Saranan saya: 

Bila menonton cerita, penyesuaian perlu dilakukan selaras dengan lunas-lunas Islam dan peranan kita sebagai hamba Allah. Belajarlah untuk menjadi filter yang wajar dan memberi manfaat bukan mudharat. 

Disc Decompression: Satu Ikhtiar

Salam,

Alhamdulilah..dengan kudrat yang ada dan biiznillah..ikhtiar diteruskan lagi. Kali ini dengan menggunakan kaedah Disc Decompression di HSC Cheras. Bayaran - per sesi dikenakan RM250.00 jika diambil secara pakej akan jatuh lebih murah iaitu 24 sesi dengan harga RM3,600 dan pakej ini perlu diambil bersama dengan fisioterapi/exercise yang berharga RM1,632.00 kesemuanya...RM5,232.00 fuh! Mahal..mahal...memang mahal ..tapi kalau dah sakit..tentu kita tak berkira sangat dah..unless bertemu dengan kaedah lain yang lebih dipercayai dan murah..:))

Kalau ada yang bertanya..masih belum sembuh kah..? Jawapannya ialah ya masih berikhtiar bermakna masih belum sembuh sepenuhnya. Masih ada maintenance yang perlu dibuat untuk memastikan keadaan berubah jadi lebih baik.

Just nak share pengalaman - macamana kaedah rawatan Disc Decompression ini dibuat. Bila berlakunya PID iaitu singkatan kepada Prolapsed Intevetebrae Disc ia adalah keadaan di mana cakera tulang belakang adalah tertekan (pressing) sehingga menyebabkan disc yang sifatnya lembut ini "pecah" dan menekan saraf tunjang. Decompression adalah rawatan terbalik kepada masalah compressed disc. Itu aje? Well tentulah tak semudah itu sebab disc yang nak dibetulkan ini berada dalam badan..for sure kalau nak dibuat perlu berhati hati sebab kalau salah langkah boleh jadi another musibah!

Perkongsian Bacaan: Penyakit, Ubat dan Penyembuhan

Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah dan salah satu dari nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia. Sihat membawa maksud sebagai suatu keadaan di mana apa-apa yang ada di dalam badan manusia telah berperanan mengikut fungsinya dengan betul. Sakit pula ialah kedapatan apa-apa yang ada dalam badan manusia tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri manusia.

Nabi telah bersabda:

"Dua jenis kenikmatan yang kebanyakan manusia dapat ditipu oleh kedua-duanya, iaitu kesihatan dan waktu lapang"
(Riwayat Bukhari )

Penyakit yang menimpa seseorang adalah merupakan salah satu dari ujian-ujian   Allah s.w.t.  Ujian, cubaan dan bala Allah ke atas hambanya  ada mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tersendiri:
  • Membersih dan memilih orang mukmin yang sejati dan membezakan orang munafik.
  • Mengangkat darjat dan menghapuskan dosa hambanya kerana bersabar menghadapi ujian dan cubaan.
  • Mengungkap hakikat manusia itu sendiri sehingga jelas memperlihatkan kesabaran dan ketaatannya.
  • Membentuk peribadi dan tahan uji dengan ujian hidup dan melahirkan manusia berakhlak mulia dan tabah.
  • Melatih diri agar manusia yang diuji dan dicuba ini bertambah sabar, tabah dan berpendirian teguh menghadapi musibah.

Sharing is caring..