Saturday, August 9, 2014

Hati...tolonglah jgn dukacita.

Assalamualaikum semua...

Semalam hati saya sedih. Saya rasa binaan yg saya bina sedang digoncang dan diancam oleh orang lain. Mungkin itu perasaan saya sendiri dan saya menangis sendirian. Hingga rasa perlu memandang wajah ibunda n ayahnda agar hati saya tenang. Saya mohon Allah hilangkan dukacita saya.

Pagi ni..saya menangis lagi kerana memikirkan diri saya yang terlalu ingat mengenai perkara itu berbanding Allah. Saya mohon lagi agar Allah hilangkan ingatan saya pada peristiwa yg menyedihkan itu kerana ingat Allah seribu kali lebih baik.

Pagi ini buka quran..saya terkesima. Allah taqdirkan saya buka pada surah Al-maidah..dari ayat 11- 13.

Secara ringkasnya ayat tersebut memberitahu bahawa dlm waktu susah kena ingat nikmat Allah beri yang sangat banyak dan ketika kita diserang/diganggu oleh suatu kaum dengan tangannya..lalu Allah yg menahan tangan mereka daripada menyerang/mengganggu kita dgn syarat..kita perlu bertaqwa n bertawakal kepadaNya.

Orang yg mengkhianati kita sangat rugi kerana Allah akn keraskan hati mereka. Tapi jika kita maafkan maka itu lebih baik..kerana Allah lebih menyukai orang2 yang berbuat baik.

Alhamdulilah..syukur. 💖 duhai hati tenanglah...

1 comment:

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...