Al-Quran yang maha Agung

Friday, April 29, 2011

Bukalah Al-quran dan berdoa: "Ya Allah Ajarkanlah aku Al-quran..." dan jika ditimpa musibah/resah gelisah dan dukacita berdoalah: "Ya Allah, sampai saat ini aku masih belum menemui penyelesaian untuk masalah yang aku tanggung ini. Aku memohon dengan penuh harapan kepada-Mu supaya memberikan aku jalan yang terbaik"


Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian (Al-Israa' : 82)

Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki : Minda Tajdid

Thursday, April 28, 2011
Disebalik kejayaan Lelaki ada seorang wanita yang sentiasa mendorongnya. Artikel ini sangat menarik dan membuka minda - Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki : Minda Tajdid

Pesta Buku 2011

Friday, April 22, 2011
Mari..Mari..Mari...!! Ia datang lagi..! Kayakan minda anda..




Syeikh Abdurrahman Sudais di UIAM - April 2011




Surah Al-Imran 102-110


Bacaannya sentiasa meruntunkan hati - Kalam Allah memang sentiasa sedap di dengar malah lebih hebat kalau dapat difahami..wahai saudara-saudaraku berpeganglah kepada tali Allah dengan sebenar-benar pegangan, semoga syurga sentiasa menjadi cita-cita kita - dulu kini dan selamanya..Amin!

Sahabat Nabi: Abdullah ibn Umar

Friday, April 15, 2011

Penutur Ulang Lukman Hakim Zuhdi
Abdullah bin Umar termasuk seorang sahabat yang memiliki keistimewaan dalam ilmu dan amal. Sejak masih kecil, ia sudah masuk Islam bersama Ayahnya, Umar bin Khattab. Ia termasuk anak cerdas dan hebat yang menjadi kesayangan orang tuanya. Ayahnya benar-benar mendidik kedisiplinan dan ketaatan kepada agamanya. Apalagi lingkungan keluarga dan masyarakat sekitar sangat mendukungnya dalam hal-hal keislaman. Ia ikut hijrah (pindah) ke Kota Madinah bersama Ayahnya ketika usianya baru menginjak sepuluh tahun.
Ketika itu, Kota Madinah sedang memainkan peranan yang sangat menonjol sebagai pusat pemikiran dan intelektual Islam setelah masa Rasulullah SAW. Abdullah bin Umar mendengar, mencatat dan mempertimbangkan dengan sangat kritis semua cerita dan anekdot tentang Rasulullah yang dituturkan penduduk Madinah. Oleh karena itu, ia bersama sahabat Abdullah bin Abbas menjadi perintis paling awal yang membuka bidang kajian baru, yaitu hadis (tradisi) Rasulullah, disamping menghafal Al-Quran secara sempurna.
Abdullah bin Umar sering bergaul dan selalu dekat dengan Rasulullah. Kecintaannya kepada Rasulullah sangat mengagumkan. Kemana pun Rasulullah pergi, ia sering turut menyertainya. Ia memang tercatat masih ipar Rasulullah, karena saudari kandungnya yang bernama Hafsah binti Umar menjadi istri Rasulullah. Ia senantiasa berusaha mencontoh sifat, kebiasaan harian dan meniru segala gerak-gerik Rasulullah, seperti cara memakai pakaian, makan, minum, bergaul, dan hal lainnya. Atas dasar inilah, ia disegani dan dihormati banyak orang. Bahkan, ia pernah menjadi guru yang mengajari murid-muridnya yang datang dari berbagai tempat, meski tidak lama.
Keistimewaan Abdullah bin Umar

Sahabat..







Bertemu dan berpisah..dalam pelbagai fasa kehidupan sahabat hadir dan pergi.. 

tangis dan tawa yang kita kongsikan bersama..

Fahamanku mengenai persahabatan:


"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya"

Pesananku untuk sahabatku:

Tolong ingatkan aku jika aku lupa..

Kenangkan aku dalam doa kalian..

Doakan aku jika aku telah tiada..

Semoga kita dapat berjumpa lagi jika tidak dibumi tuhan mudah-mudahan di syurga nanti..

Jamalun = Unta

Tuesday, April 12, 2011
Salam,

Hanya ada di padang pasir..Begitulah ajaibnya makhluk yang satu ini berkhidmat dengan taat setia kepada tuannya. Kelebihan performancenya di padang pasir tak dapat disangkal lagi..Allah sebut tentang penciptaan unta dalam ayat berikut:


Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan. (QS. Al-Ghaasyiyah, 88:17)

Bulunya tebal dan tidak tertembus walau panas yang terik di tengah padang pasir. Bulu ini juga membantu menghangatkan badan unta tatkala musim sejuk yang membeku. Unta di padang pasir tidak terpengaruh dengan suhu walaupun bacaan celciusnya mencecah 50'C..malah unta yang berbonggol dua seperti dalam gambar di bawah boleh bertahan hidup dalam cuaca yang sejuk sehingga -50'C. Malahan mampu untuk bertahan hidup di dataran tinggi setinggi 4000m di atas permukaan laut.



Bulu mata unta juga lebat dan cantik..Mata unta memiliki dua lapisan bulu mata - bila tengok dekat-dekat ternyata pandangan matanya sayu..Bulu mata ini juga saling berkait seperti perangkap yang melindungi matanya dari ribut pasir yang sering melanda padang pasir. 


Bertambah kagum lagi - Unta juga mampu untuk menutup lubang hidungnya daripada dimasuki pasir. Subhanallah..!!

Kebolehan yang lain ialah - ia mampu untuk minum air sehingga 30 liter dalam masa kurang dari 10 minit...!! Phew..hebatnya..

Selain itu, unta mempunyai selaput lendir dalam hidungnya yang 100 kali lebih besar daripada manusia. Dengan selaput lendir yang besar inilah membolehkan unta menyerap lembapan sehingga 66% kelembapan yang ada pada udara.

Sungguh nikmat Allah sangat banyak kepada umat manusia....malas untuk berfikir dan menajamkan minda - look around yourself..! 

Kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya..

Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa. (Surah An-Nahl 16: 80)

Diriwayatkan bahawa seorang arab badwi datang kepada rasulullah dan bertanyakan tentang Allah. Nabi s.a.w pun menbacakan ayat 80 dan 81 dari surah An-Nahl. Arab badwi itu mengatakan "ya" sehinggalah sampai kepada ayat Demikianlah Allah menyempurnakan nikmatnya kepadamu agar kamu berserah diri kepadaNya...arab badwi itupun berpaling dan pergi meninggalkan rasulullah. Kemudian Allah menurunkan ayat selanjutnya..


Mereka mengetahui akan nikmat dari Allah kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka itu orang-orang yang ingkar (kafir) (surah An-Nahl 16:83)


Badwi kah kita..?

Al-Baqarah : Abdul Rahman As-Sudais

Monday, April 11, 2011

Cool..!

Friday, April 8, 2011

Perkongsian bacaan: Dituntut menziarahi orang sakit serta dipatuhi adabnya

Tuesday, April 5, 2011
Baca harakah last week dan terpandangkan artikel tulisan Tuan Guru Nik Aziz. Semoga bermanfaat dan pelajari adab-adabnya demi kemaslahatan muslim.


Sesiapa jua berfikir mengikut cara Islam, tidak dapat lari daripada memikirkan ehwal akhirat. Jika dia sedar dengan sikap malas belajar ilmu dan ibadat, akhiratnya pasti akan terjejas. Nescaya dia berjuang mkungkin untuk jadi rajin.

Rajin belajar ilmu dan beribadat rajin membantu orang serta rajin dalam segala lapangan, agar selamat kehidupannya di akhirat. Tiada cara lain, mesti dengan redha Allah SWT melalui pahala yang disiapkan sendiri bekalannya didunia ini. Tiada pihak lain yang akan memberi pahala percuma di Mahsyar kelak.

Hanya amalan soleh semasa didunia akan menjadi sumber pahala. Jika berfikiran begitu, tiada perkara berat dan malas untuk melakukannya. Ingat kepada pahala akhirat akan mendorong seseorang rajin berusaha menuntut ilmu atau mengajar ilmu, serta rajin beramal berdasar ilmu yang dimiliki.

Allah SWT tidak beri kuasa mengampun dosa makhluk kepada pihak lain, hatta kepada nabi s.a.w. Tetapi apabila Tuhan sendiri beri jaminan ampunkan dosa. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk merebut keampunanNya, dengan bertaubat Nasuha dan mohon ampun dengan bersungguh-sungguh.

Antara manusia yang akan diampunkan dosanya, ialah mereka yang sanggup melepaskan apa jua bala yang menimpa seseorang dan menggembirakan hatinya. Alangkah baiknya jika dapat menolong segala permasaalahan sepenuhnya atau seberapa yang terdaya, asalkan usaha tersebut wujud dalam program hidupnya. Sukar untuk menemui orang memberi pertolongan hingga sepenuhnya. Yang pentingnya tetap ada walaupun dengan kallimah yang baik ( Kalimatin toiyyibatin ), yang dapat menyenangkan hati orang yang mendengarnya.

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud " Sebaik - baik amal yang disukai oleh Allah SWT ialah mendatangkan rasa gembira ke hati orang Mukmin ".

Antara amal yang disukai oleh Allah SWT ialah melepaskan kerunsingan seseorang, samada tolong selesaikan hutangnya atau beri makan pada yang dalam kelaparan. Setengah daripada tanggungjawab orang islam ialah melawat atau menziarahi orang sakit. Samada dengan tangan kosong dan memadailah untuk mendapat pahala melawat. Ataupun dengan membawa buah tangan yang munasabah untuk orang sakit, ia akan menambah rasa gembira dihati orang yang dilawatinya.

Antara adab menziarah orang sakit ialah tidak terlalu lama menziarahinya. Melawat acap kali digalakkan tetapi sekejap sejenak sahaja. Jika terlalu lama duduk menziarahi akan menimbulkan kegelisahan dihati orang yang sakit. Mungkin sebahagian masanya akan digunakan untuk perkara perlu sebagai orang sakit. Kurangkan pertanyaan kepada pesakit, mungkin jadi beban bagi pesakit menjawabnya. Kena tunjuk rasa simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh pesakit. Menunjuk wajah gembira buleh menimbul salah anggapan, seolah sukacita atas musibah yang menimpa sahabat itu.

Sayugia doakan pesakit agat segera disembuhkan oleh Allah SWT, disusuli dengan harapan agar tuhan mengkafarah dosa kecilnya, dengan adanya penyakit yang melanda dirinya.
Semoga doa orang yang melawat akan menjadi punca penyembuhan kepada penyakit yang ditanggung, setelah pelbagai rawatan yang kurang memberi kesan. Hindari daripada melihat ke arah sudut yang orang sakit itu merasa malu. Misalnya pada pakaiannya yang lusuh dan kotor, atau cadarnya yang cemar disebabkan sesuatu daripada penyakitnya. Waktu beri salam dan minta izin untuk ziarah, usahlah ketika dia berada diambang pintu rumahnya.
Jika berbuat demikian mungkin menimbulkan perkara yang menyulitkan diri pesakit yang belum sesuai untuk dilawati pada saat itu.

Sayugia ketuk daun pintu dengan lembut bersopan, ketukan yang keras boleh memeranjatkan pesakit yang sedang berehat melelapkan mata. Perbuatan itu menjadi suatu gangguan, yang bercanggah dengan tujuan melawat orang sakit, ziarah untuk menyenangkan hatinya. Apabila tuan rumah bertanya siapakah yang datang itu ? Janganlah jawab " Saya " ( Ana ) sahaja, tanpa menyebut nama sebenar. Kerana jawapan begitu terlalu umum sukar diketahui oleh pesakit tuan rumah itu.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud " Apabila seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit, maka Allah SWT berfirman dengan pengakuannya : "Sesungguh engkau seorang yang baik sepanjang perjalananmu, kamu sudah menempah sebuah mahligai dalam taman Syurga".

Menziarahi orang sakit diiktiraf sebagai orang baik, kerana terpaksa melapangkan masa untuk tujuan tersebut. Mungkin terpaksa menangguhkan pekerjaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Semuanya berat belaka, tetapi ia menjadi ringan dan mudah, kerana mengharapkan Syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Berkata Sayyidina osman bin affan : " Bahawa nabi s.a.w berziarah ketika aku sakit dengan berdoa :


" Aku mohon kepada tuhan yang Esa, yang serba cukup, yang tidak beranak dan tidak diberanakkan, tuhan yang tiada tandingan, minta pelindung daripada semua keburukan yang kini kamu tanggung".

Kata Sayyidina osman : " Nabi s.a.w acapkali berdoa begini ketika menziarahiku.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sharing is caring..