Tuesday, April 5, 2011

Perkongsian bacaan: Dituntut menziarahi orang sakit serta dipatuhi adabnya

Baca harakah last week dan terpandangkan artikel tulisan Tuan Guru Nik Aziz. Semoga bermanfaat dan pelajari adab-adabnya demi kemaslahatan muslim.


Sesiapa jua berfikir mengikut cara Islam, tidak dapat lari daripada memikirkan ehwal akhirat. Jika dia sedar dengan sikap malas belajar ilmu dan ibadat, akhiratnya pasti akan terjejas. Nescaya dia berjuang mkungkin untuk jadi rajin.

Rajin belajar ilmu dan beribadat rajin membantu orang serta rajin dalam segala lapangan, agar selamat kehidupannya di akhirat. Tiada cara lain, mesti dengan redha Allah SWT melalui pahala yang disiapkan sendiri bekalannya didunia ini. Tiada pihak lain yang akan memberi pahala percuma di Mahsyar kelak.

Hanya amalan soleh semasa didunia akan menjadi sumber pahala. Jika berfikiran begitu, tiada perkara berat dan malas untuk melakukannya. Ingat kepada pahala akhirat akan mendorong seseorang rajin berusaha menuntut ilmu atau mengajar ilmu, serta rajin beramal berdasar ilmu yang dimiliki.

Allah SWT tidak beri kuasa mengampun dosa makhluk kepada pihak lain, hatta kepada nabi s.a.w. Tetapi apabila Tuhan sendiri beri jaminan ampunkan dosa. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk merebut keampunanNya, dengan bertaubat Nasuha dan mohon ampun dengan bersungguh-sungguh.

Antara manusia yang akan diampunkan dosanya, ialah mereka yang sanggup melepaskan apa jua bala yang menimpa seseorang dan menggembirakan hatinya. Alangkah baiknya jika dapat menolong segala permasaalahan sepenuhnya atau seberapa yang terdaya, asalkan usaha tersebut wujud dalam program hidupnya. Sukar untuk menemui orang memberi pertolongan hingga sepenuhnya. Yang pentingnya tetap ada walaupun dengan kallimah yang baik ( Kalimatin toiyyibatin ), yang dapat menyenangkan hati orang yang mendengarnya.

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud " Sebaik - baik amal yang disukai oleh Allah SWT ialah mendatangkan rasa gembira ke hati orang Mukmin ".

Antara amal yang disukai oleh Allah SWT ialah melepaskan kerunsingan seseorang, samada tolong selesaikan hutangnya atau beri makan pada yang dalam kelaparan. Setengah daripada tanggungjawab orang islam ialah melawat atau menziarahi orang sakit. Samada dengan tangan kosong dan memadailah untuk mendapat pahala melawat. Ataupun dengan membawa buah tangan yang munasabah untuk orang sakit, ia akan menambah rasa gembira dihati orang yang dilawatinya.

Antara adab menziarah orang sakit ialah tidak terlalu lama menziarahinya. Melawat acap kali digalakkan tetapi sekejap sejenak sahaja. Jika terlalu lama duduk menziarahi akan menimbulkan kegelisahan dihati orang yang sakit. Mungkin sebahagian masanya akan digunakan untuk perkara perlu sebagai orang sakit. Kurangkan pertanyaan kepada pesakit, mungkin jadi beban bagi pesakit menjawabnya. Kena tunjuk rasa simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh pesakit. Menunjuk wajah gembira buleh menimbul salah anggapan, seolah sukacita atas musibah yang menimpa sahabat itu.

Sayugia doakan pesakit agat segera disembuhkan oleh Allah SWT, disusuli dengan harapan agar tuhan mengkafarah dosa kecilnya, dengan adanya penyakit yang melanda dirinya.
Semoga doa orang yang melawat akan menjadi punca penyembuhan kepada penyakit yang ditanggung, setelah pelbagai rawatan yang kurang memberi kesan. Hindari daripada melihat ke arah sudut yang orang sakit itu merasa malu. Misalnya pada pakaiannya yang lusuh dan kotor, atau cadarnya yang cemar disebabkan sesuatu daripada penyakitnya. Waktu beri salam dan minta izin untuk ziarah, usahlah ketika dia berada diambang pintu rumahnya.
Jika berbuat demikian mungkin menimbulkan perkara yang menyulitkan diri pesakit yang belum sesuai untuk dilawati pada saat itu.

Sayugia ketuk daun pintu dengan lembut bersopan, ketukan yang keras boleh memeranjatkan pesakit yang sedang berehat melelapkan mata. Perbuatan itu menjadi suatu gangguan, yang bercanggah dengan tujuan melawat orang sakit, ziarah untuk menyenangkan hatinya. Apabila tuan rumah bertanya siapakah yang datang itu ? Janganlah jawab " Saya " ( Ana ) sahaja, tanpa menyebut nama sebenar. Kerana jawapan begitu terlalu umum sukar diketahui oleh pesakit tuan rumah itu.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud " Apabila seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit, maka Allah SWT berfirman dengan pengakuannya : "Sesungguh engkau seorang yang baik sepanjang perjalananmu, kamu sudah menempah sebuah mahligai dalam taman Syurga".

Menziarahi orang sakit diiktiraf sebagai orang baik, kerana terpaksa melapangkan masa untuk tujuan tersebut. Mungkin terpaksa menangguhkan pekerjaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Semuanya berat belaka, tetapi ia menjadi ringan dan mudah, kerana mengharapkan Syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Berkata Sayyidina osman bin affan : " Bahawa nabi s.a.w berziarah ketika aku sakit dengan berdoa :


" Aku mohon kepada tuhan yang Esa, yang serba cukup, yang tidak beranak dan tidak diberanakkan, tuhan yang tiada tandingan, minta pelindung daripada semua keburukan yang kini kamu tanggung".

Kata Sayyidina osman : " Nabi s.a.w acapkali berdoa begini ketika menziarahiku.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...