Sunday, March 27, 2011

Jangan ikut jejak langkah syaitan

Salam,


Bila sebut penyakit hati..memang selalu menjadi topik utama..di mana sahaja kelas-kelas/kuliah agama diadakan mesti ada sebut pasal penyakit hati..Justeru hati itu memang wajib dijaga..menjaga pintu hati sama lah analoginya seperti menjaga pintu rumah kita - jangan sampai ada orang lain yg masuk rumah dan mencuri!! Kalau ada orang masuk rumah tanpa kebenaran pun kita akan marah kan..? So kalau setan masuk dalam hati kita wajib halau.. So halau dengan apa..? penyapu? mana kita nampak dia hehe..


Sabda nabi:
عن ابن عباس  رضى الله عنهما قال : قال الرسول e : الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ    ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا )
Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.

Halau dengan doa mohon perlindungan dari ALLAH...la kawan! Antaranya:




رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan""Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku"
(An-Naml : 19)


Dalam surah yassin Allah tegah kita dari mengabdikan diri kepada syaitan..


“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan mengabdikan diri kepada Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! “Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (Yassin Surah 36:60-61)


Mesti korang terpikir-pikir macamana mengabdikan diri kepada syaitan?


a. Tidak kembali kepada Al-quran - tidak mengkaji, menghayati dan memahami isi al-quran juga adalah lorong mudah terjebak dengan bisikan syaitan malah boleh jatuh kafir dan munafiq kerana gagal mengaplikasikan hukum Allah serta kelemahan-kelemahan yang timbul akibat dari gagal faham al-quran. Kat malaysia ni aku tau ada satu - Kelas Semat Al-Quran di Ampang

contoh : apa-apa tindakan kita jika membelakangi Allah dan Rasul - adalah syirik (49:1-2) dari perkara yang sekecil-kecilnya hinggalah ke sebesar-besarnya...(kegiatan seharian..cara berfikir dan apa jua tindakan)



b.  meninggalkan solat - kerana orang yg meninggalkan solat cenderung melakukan perbuatan keji dan mungkar (Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan, Surah 29:45)

c. semua penyakit hati yang mazmumah adalah lorong pengabdian diri kepada syaitan (hasad dengki, iri hati, ujub, takabbur dan lain-lain lagi)


contoh: kalau kita kata korang ni kalau aku tak ada mesti kerja ni tak jalan...(macam biasa dengar je kan?) ataupun kalau tak kerana harta mak bapak aku ko mesti tak mampu beli dot..dot..dot..


d. percaya kepada ramalan, dukun, bomoh - syirik.


contoh: buka aplikasi ramalan dalam FB, subscribe ramalan di SMS dan lain-lain lagi


Bisikan syaitan itulah musuh, lintasan hati yang negatif itulah musuh..fikiran negatif adalah musuh kerana ia adalah jalan mudah syaitan menyelinap masuk dalam jiwa manusia. Allah perintahkan supaya orang-orang muslim berserah diri dan bertawakal hanya kepada Allah..


Bila kita tau syaitan itu musuh..kita kena treat sebagai musuh dengan sepenuh hati. Allah sebut byk tempat dalam quran supaya kita treat syaitan sebagai musuh dan bukan sebagai kawan:-



a. Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (surah albaqarah 2:208)

b. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi penduduk neraka (surah faatir 35:6)

c. Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman (surah al-'araf 7:27)




Syaitan ni akan kacau kita selama-lamanya sehingga kita mati - mereka takkan mati juga sebab memang perjanjian dia dengan Allah akan kacau manusia hingga hari kiamat. (surah al-'araf 7:14-16)

 
Kacau dia ni bukan sikit-sikit- dia bawa/heret kita sampai masuk neraka..nanti bila hari kiamat mereka takkan mengaku pun itu semua perbuatan mereka tapi mereka akan tuduh kita yang lalai dan ikut mereka - mereka tak paksa...tu la jahatnya syaitan..

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya (surah ibrahim 14:22)

Jadi bertaqwa dan bertawakal kepada Allah adalah sebaik-baik jalan untuk menghindari syaitan..

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka (surah an-nahl 16:99)


mintalah perlindungan dari Allah kerana hanya DIA yang maha kuat jadi berlindunglah kepadaNya..


wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...