Wednesday, August 28, 2013

Imam baru Masjidil Haram - Sheikh Bandr Baleela.

I cant say much..he has a great voice. Alunan bacaannya boleh meruntun hati.


Menjadi TetamuNya Lagi.

Salam,

Rasanya tidak pernah jemu..malah kalau boleh mahu tinggal di sana terus...! Tapi apakan daya...
Kali ini lebih lama..dan inilah rezeki Allah namanya...saat sekatan visa kemasukan ke Arab Saudi semakin memuncak, kami diberikan Jalan oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya...lebih 30 hari berada di sana Masyaa Allah, Alhamdulilah...syukurrr...ramadhan kali ini bertemu lagi baitullah yang dicintai.

Menaiki Air Asia-X penerbangan terus dari KL ke Jeddah pada 8 Julai 2013..dengan ditemani buah hati kesayangan saya. Mudahan Allah izin kami bersama-sama ke syurga Allah. Impian semua orang dalam dunia ini rasanya...makbulkan lah Ya Allah.

Selalunya selain buah hati, saya akan ditemani ibunda tercinta juga..tapi musafir kali ini ibu saya tidak dapat bersama..tinggal menjaga anakanda saya..sedih juga..ada suatu hari tu terkenang sangat2 akan ibunda saya ini kerana setiap kali tawaf, selalunya saya akan pegang kuat2 tangan bonda..tapi tidak pada perjalanan ramadhan kali ini. Mudahan tahun yang akan datang ye ibu..! Termangu2 dalam masjid lepas subuh ada seorang makcik menegur saya..hendak tawaf nak..? Saya terkejut dan terharu kerana saat saya terkenangkan ibu..Allah hantar penggantinya. Saya bawa makcik ini bertawaf, meredah khalayak yang ramai membanjiri dataran kaabah saat lepas subuh. T T....berlinang2 air mata saya.

Tuesday, June 18, 2013

Jerebu- Peringatan dari Allah.

Salam,

Seminggu dua ni berita jerebu yang menjadi topik utama. Terkini IPU reading di kawasan Muar hampir mencecah 800 - Tahap merbahaya. 

Apa tidaknya - semua aktiviti dirasakan tergendala sebab jerebu..orang terpaksa curfew di rumah masing-masing dan membataskan aktiviti di luar rumah kerana makhluk yang satu ini. Itulah nikmat yang Allah tarik sedikit untuk kita duduk dan meneleku membelek diri. Taatkah aku pada Allah? Allah hantar makhluk bernama JEREBU untuk memberi peringatan kepada manusia. 

Kalau kita amati sebenarnya Allah lah yang menggerakkan hati manusia yang mula2 membuat pembakaran. Orang Malaysia dan Singapura kata Indonesia yang start dulu..Orang Singapura dan Indonesia kata, kat Malaysia pun ada pembakaran terbuka....(Saling menuding jari).

Allah suruh kita tilik diri kita sendiri..percayalah..Kalau nak hilangkan jerebu ini mudah saja bagi Allah kerana Hanya Dia boleh turunkan hujan. Manusia boleh? Bomoh Ujan boleh? Pembenihan awan boleh? Semuanya TIDAK jika tidak dengan izin Allah. Inilah painful torment yang sedang melanda kita. (Surah Ad-Dukhan ayat 8-12)

Sunday, June 16, 2013

Adenomyosis..ujian Allah jua.

Salam,


Mungkin pelik namanya dan susah nak sebut. Ringkasnya ia adalah sakit puan..risiko tinggi bagi berusia 35 tahun ke atas untuk mengidap penyakit ini. Saya memang mempunyai masalah senggugut yang hebat sejak dari zaman sekolah hinggalah lepas dapat anak. Reda sekejap dan lepas tu bertambah-tambah sakit sehinggalah kini. Sejak mendapat masalah tulang belakang, saya rasa senggugut saya semakin bertambah tenat. Saya tidak boleh berdiri, sakitnya setajam pisau menusuk dan menggodak perut. Rasa sebu, bloated dan rasa rahim besar dan bengkak serta sakit sebelah kanan..hingga duduk/ tunduk rasa sakit. Kalau berjalan kena tunduk sikit sebab rasa sakit terentak berjalan..kalau naik kereta..rasa nak marah mr hubby kalau langgar bum..huhu..bisa. Tapi tempoh sakit hanyalah dari hari pertama haid hinggalah hari ke-3/4 bergantung keadaan.

Saturday, June 15, 2013

Antara Menangis dan Marah..mengalahlah..

Assalamualaikum,

Salam kasih sayang wahai saudaraku sekelian...

Adakala kita terkedu tak tau nak buat apa jika diri sentiasa diperlekehkan, sentiasa dipandang negatif walaupun dalam hati kita sekelumit pun tidak ada niat untuk menyusahkan orang lain. Terperangkap kerana keadaan - tetapi janganlah ada sedikitpun rasa penyesalan kerana setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua..Sabar adalah sebaik-baik perlakuan dan Allah akan beri ganjaran atas kesabaran kita itu.

Pagi ini ketika berteleku atas sejadah, tetiba mengalir airmata..teringat kisah-kisah lama dulu dan hatta kini..masih sama. Hanya kepada Allah tempat mengadu..moga diperbaiki segala urusan dan ampunkanlah mereka kerana mereka tidak tahu..berikanlah mereka petunjuk, pimpinlah hati mereka dan hati ku ini ke arah kebaikan, cabutkanlah rasa iri dan kedengkian dari jiwa kami. Amin!

Shared from page Y. Bhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man:


Wahai anakku,

Antara menangis dan marah - lebih elok memilih yang memilih menangis seorang diri daripada marah pada sahabat yang menyakiti hati engkau.


Sesungguhnya memarahi seseorang itu lebih memakan tenaga dan tidak mententeramkan hati atau memulihkan keadaan. Malah ia akan meninggalkan kesan pada hatimu. Sekurang-kurangnya air mata yang mengalir dapat membasuh jiwa dan membawa sedikit ketenangan. Ketika itu juga berdoalah pada Allah untuk memberi ketenangan dan kekuatan. Serahlah dirimu padanya.

Wahai anakku,
Ingatlah kadangkala sahabatmu perlu merasai kehilangan mu barulah mereka mengerti untuk menghayati mu. Begitulah juga dengan kamu - kamu akan sedar betapa pentingnya sesuatu setelah kamu kehilangannya. Tapi kesemuanya adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan untuk mengingatkan kita pada Allah.

Senyumlah wahai anakku.


Saturday, June 8, 2013

Lidah setajam pedang...

Salam,

Pepatah melayu kata:

Kerana pulut santan binasa
Kerana Mulut Badan Binasa...

Memang binasa kerana menyebabkan orang lain berasa hati, kecil hati, sakit hati dan segala yang berkaitan dengan hati. Adakala bisanya boleh menyebabkan mati. 

Allah pesan:

dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; (Al-baqarah 2:83)



Jadi, berkata baik atau lebih baik diam.

Dalam quran Allah sebut banyak tempat tentang adab mengeluarkan perkataan antaranya:


Jadi, sebelum berkata-kata perhatikan dulu prinsip ini..



Jangan sibuk pre-judgement orang sebab kita tidak tahu apa yang dia fikirkan dan kita tidak tahu apa yang dia sedang hadapi.

So, be a good muslim.

Al-Faqir illallah.

Friday, June 7, 2013

Merawat Diri Dengan Air Batu

Salam,

Bunyi macam pelikkan..tapi itulah hakikatnya. Ada ketikanya pesakit kronik seperti saya ini memerlukan rawatan alternatif yang pelbagai. Pergerakan yang banyak/excessive akan menyebabkan muscle koyak dan rasa pedih memanjang, sama ada di lengan/sepanjang tulang belakang/kaki. 

Orang yang selalu merawat saya di Maju Terapi tu telah mencadangkan supaya saya minum susu soya -soy protien for muscle builder - utk build muscle..one thing for sure..memang otot saya lemah. Suntikan prolotheraphy yang pernah saya ceritakan dulu, adalah untuk kuatkan muscle..tapi dia ada expiry date..maybe bertahan 6 bulan/setahun dan perlu repeat injection untuk jangkamasa yang selanjutnya. Tapi pengambilan soy protien ada had masa -jika dah rasa ilang pedih2 tu boleh berhenti minum. Jika tidak akan ada side effect lain pula.

Selain dari tu..mandi ais juga banyak membantu. Allah jadikan sesuatu tu penuh hikmah dan tentu sesuai untuk sesetengah orang. Alhamdulilah, saya dah cuba. Memang sejuk dan menggeletar satu badan..tapi selepas beberapa siraman, badan kita mula adjustable. Ulang beberapa kali mandi ais ini untuk ilangkan rasa pedih di tulang belakang. Baca Alfatihah dan Selawat atas nabi..siram badan/mandi. Saya selalu guna 2 beg ais - beli kat 7 eleven/speed 99. 

Tuang ais tu dalam baldi dan campur dengan air paip mandian. Kasi godak sampai ais tu dah mencair. Baru mandi. Lepas mandi rasa sejukkkkk yang amat. Cepat2 balut badan dan Insyaa Allah..lepas tu rasa sihat dan rasa pedih pun akan berkurangan. Ulang 3 hari berturut2 hingga hilang rasa pedih badan tu. Kalau dah OK berhentilah..nanti kalau sakit balik..ulang lagi cara rawatan ini. 

Guna kekuatan minda untuk mengatasi rasa khuatir sejuk itu.

Sekian, semoga bermanfaat.


Tuesday, May 14, 2013

Abdul Rahman Mohammed- Penyanyi Asal Law Kana Bainana

Love his voice..
Truly from his heart.


Sambil dengar sambil selawatlah byk2 ke atas Nabi s.a.w : Allahumma Solli A'la Nabiyyina Muhammad!

yang ini ada lirik dalam bahasa arab


rasa damai dalam hati..

Al-faqir Illallah

Jangan Cari Salah Orang Lain..


Dalam zaman serba canggih dan maklumat semua dihujung jari, maka saya mengajak saudara saudari semua agar tetap istiqamah dalam mengikut Al-Quran. Kita suka dengar cerita orang tentang orang lain. Maka dari saat ini, bersangka baiklah terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita kerana setiap yang berlaku adalah atas aturan Allah.

,
So..saudara-saudaraku sekelian - bila saja terlintas untuk mencari salah orang/terdengar orang lain mencari-cari salah orang lain, cepat nasihati mereka mengenai Ayat 12 Surah Alhujurat ini . Ketahuilah hidup didunia ini adalah untuk membuat apa saja yang Allah suruh kita buat dan tinggalkan apa yang Allah tegah supaya kita tidak menyesal kerana seburuk penyesalan adalah apabila kita tercampak masuk ke dalam neraka Allah, na'uzubillah! 

GARIS PEMISAH ANTARA ALAM DUNIA DAN ALAM KUBUR HANYALAH KEMATIAN. SETELAH MATI KITA TIDAK BOLEH MINTA UNTUK BALIK SEMULA KE DUNIA.

Perhatikan apa yang Allah sebut dalam surah Az-zumar (Ayat 53-61) terhadap orang yang melampaui batas =>


[53]Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[54]“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

[55]“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

[56]“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

[57]“Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ‘ -

[58]“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!”

[59](Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): “Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!”

[60]Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) – muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?

[61]Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.


Semoga bermanfaat.

Al-Faqir Ilallah..

Buatlah Kebaikan sebanyak-banyaknya..

A) Cara senang utk dptkan pahala walaupun selepas mati. 


1) Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna ,anda dpt pahala walau slps mati .

2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna, anda akn dpt pahala .

3) Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .

4) Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..


B) Kongsi mesej ini kpd orang ramai. Walaupun 1 tolong kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu. In syaa Allah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2...

7 kalimat yg harus di biasakan..

1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4) I nsyaa Allah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.


C) Ada 2 pilihan utk anda :

1) Biarkan saja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2) Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala...
Amiiin ya rabbal alamin

Semoga bermanfaat.

Thursday, May 2, 2013

Takkan surut, walau selangkah, takkan henti walau sejenak! - Suka lagu nie

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci, tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

Lagu : Gelombang Keadilan
Penyanyi : Shoutul Harakah
Buat air mata saya mengalir laju bila dengar lagu ini. Sungguh, saya hanya hamba Allah yang mahukan hidup mulia dgn Islam dan mati syahid dengan Islam. Org Islam yg benar takut kepada Allah dan sedaya upaya mencontohi rasulullah.


Tuesday, April 23, 2013

KERANAMU UNDI

Akhirnya masa hampir tiba- untuk memilih pemimpin kepada Malaysia.
Sana sini orang sibuk pasal undi
FB wall penuh dengan post pasal parti
Menghina, mengutuk, mengkeji, fitnah menjadi-jadi
Semua gara-gara undi..

Ketika inilah syaitan menari-nari
Kerana jarumnya berjaya menusuk hati
Menaruh rasa dengki dan iri..
Menukar manusia mukmin dan lembut hati
kepada insan yang mengkhianati diri sendiri..

Dosa itu tidak pindah kepada org lain
Dosa itu melekat kepada diri sendiri
Sudahnya siapa yang rugi - diri sendiri

Makhluk yang bernama undi- hanya pada sekeping kertas.
Tiada apa ia pada mata pencipta.
Sedang yang wajibnya - patuh kepada rabbul izzati..
Berserah padaNya..
Hanya engkau yang boleh mengubahnya wahai Allah
Hanya engkau yang boleh memilihnya..gerakkan hati mereka memilih pemimpin yang sempurna..
Mampu memimpin rakyat lebih tawaduk dan mengenali penciptanya.






Friday, March 15, 2013

For you Mr. Hubby

Salam,

Alhamdulilah..He came back safely from Mindanao. May Allah bless him in whatever ihsan n hasanah that he has done. I dedicate this song to him. Love him forever and ever till Jannah. Amin!

Falling

I've got a secret
That I think I'm ready to share
It may bring us closer
It may be a burden to bear

It's precious and it's real
And all that I can feel

Is that I'm falling
As deep as any ocean
In ways that can't be spoken
I am falling
For the millionth and the first time
Ever and eternally for you

You are a beacon
Revealing the places I hide
You've given freedom
To so much that I kept inside

And with one look in my eyes
It can't be a surprise

That I am falling
As deep as any ocean
In ways that can't be spoken
I am falling
For the millionth and the first time
Ever and eternally for you

Now there's no darkness
My truth laid open and bare
It's in my flesh and bones
Yeah it's everywhere

That I am falling
As deep as any ocean
In ways that can't be spoken
I am falling
Like rays that come from heaven
Bathed in your affection
I am falling
For the millionth and the first time
Ever and eternally for you




Sunday, February 24, 2013

Perkongsian Bacaan: Carta perencanaan Anak Soleh

Salam,

Baca dari FB UAI- hope memberikan kita sedikit pencerahan dalam mendidik anak. Jadi ibu memang best..tapi memegang amanah untuk mendidik, memimpin, melindungi, membesarkan dan memberikan kasih sayang adalah tugas yang berat. Bukan mudah. Kenalkan mereka dengan Allah dalam setiap didikan dan fasa kehidupan yang dilalui.

Tatkala manusia itu telah meninggal dunia -ada 3 perkara saja yg boleh menjadikan penyelamat dari azab Allah - Anak yang Soleh, Amal ibadah dan Sedekah Jariah dan Ilmu yang bermanfaat. 


Thursday, February 21, 2013

Jalan yang Lurus



Ibu: Apa tujuan hidup kita ini nak..?

Hana: Untuk mengabdikan diri kepada Allah. Apa maksud mengabdikan diri ibu?

Ibu: Mengaku diri bahawa kita ini hamba..sebagai hamba, apa saja perintah tuan kita - kita perlu patuh. Mengabdi itu tiada had tempoh masa dan semua tempat serta keadaan. Hanya Allah yang ada dalam hati kita.


Jernih Vs. Keladak

Salam,

Beruntunglah orang yang dilahirkan dengan memiliki hati yang bersih dan jernih. Dengan izin Allah s.w.t kita akan berjumpa dengan seseorang yang memiliki hati seperti ini dalam peringkat kehidupan kita. Orang yang memiliki hati yang jernih amat mudah untuk didampingi, suka menolong orang, bila bercakap tiada maksud tersembunyi..yang pasti bunyinya memang ikhlas dari hati. Lihat saja pada air yang jernih..maka seperti itulah sifatnya bersih, can see through.., tiada yang tersembunyi, menyejukkan dan menghilangkan rasa dahaga. Hati yang bersih ini boleh dibentuk/digilap antaranya melalui beramal/melakukan pekerjaan dengan niat yang betul, zikrullah, amal soleh, ikut quran..pendek kata apa saja jalan yang mendekatkan diri dengan Allah maka hati yang kotor boleh kembali jernih dengan izin Allah. 

Jika hati jernih- tiadalah sifat hasad dengki, iri hati, suka mengata, berprasangka buruk dan segala macam sifat negatif yang tidak sihat. Seperti Air yang berkeladak..apa warnanya? Kelabu? Kuning? Hitam? Sikap mazmumah seperti ini berada dalam diri dan ia akan merosakan si pelaku secara perlahan-lahan..sama ada dalam sedar atau tidak. Orang yang suka memperkecilkan orang lain dan meremehkan orang lain sebenarnya dia sedang memperlekehkan diri sendiri. Firman Allah:


Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Orang yang sentiasa menghargai dan mengakui kehebatan orang lain adalah sebenarnya orang yang hebat dan mempunyai harga diri. Air yang keladak tiada manfaat malah membawa mudharat. 

Allah memang menciptakan manusia itu ada yang baik dan ada manusia yang jahat..sebagaimana Allah ciptakan Tholut untuk menentang Jalut.., Allah cipta Firaun, Kaum Nabi Luth, Kaum Tsamud, Kaum Nabi Nuh a.s, Raja Namrud, Saudara Kandung Nabi Yusuf a.s, Kaum 'Aad adalah untuk kita mengambil ikhtibar bahawa supaya jangan ikut jejak langkah mereka. Allah ciptakan orang yang baik seperti barisan pada nabi dan rasul, orang-orang yang beriman, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan orang seperti ini sentiasa mendapat pertolongan Allah untuk  melenyapkan kejahatan. Sebagaimana firman Allah:


Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.



Pada zaman ini ada/wujud orang yang bersifat seperti sifat Raja Firaun, Raja Namrud dan kaum-kaum yang menzalimi diri mereka sendiri. Jika mereka sedar/diberi peringatan/diberikan hidayah oleh Allah maka akan terlepaslah diri mereka itu dari Azab dan seksaan Allah. Malah ada juga orang yang berhati mulia yang sentiasa cintakan kebenaran. Sepanjang zaman-orang yang jahat itu tidak akan dapat mengatasi  orang yang baik kerana orang yang baik sentiasa mendapat pertolongan dan rahmat dari Allah. Firman Allah:


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(At-Taubah 9:71)


Peringatan Allah dalam Al-furqan adalah untuk kita berfikir, bertadabbur supaya kita tidak ikut jejak langkah orang yang berkeladak hatinya. Semoga dengan memandang air yang jernih dan air yang berkeladak, akan dapat membuka pintu hati kita untuk sentiasa berfikir dan  istiqamah melakukan kebaikan dan menolak untuk melakukan kejahatan yang menjadi asbab hati kita menjadi kotor, hitam dan berkeladak.

Saya doakan anda semua dirahmati dan diampunkan oleh Allah. Sayang saya kepada saudara semua adalah kerana Allah. Saya mengajak anda semua delete sifat-sifat negatif yang ada dalam diri. Saya menyeru anda semua agar sentiasa mendoakan saudara-saudara/sahabat handai agar diberikan petunjuk jalan yang lurus. Percayalah dengan mendoakan orang lain, kita juga akan didoakan oleh Malaikat.




Friday, January 25, 2013

Perkongsian Bacaan: Cara Berzikir menggunakan Jari.

Salam,

Bacaan dari blog Ust Dr Abu Anas Madani..mudahan membantu kalian..


Rindu..

Salam.

Hati jadi berbunga-bunga bila dengar dendangan lagu Pak Sheikh ni...teringat-ingat langkah-langkah kaki ketika di Masjid Nabawi. Harumnya aroma kebab dan "syai" serta suasana yang nyaman selepas subuh di Madinah. Bernafas di bumi nabi dan menyampaikan salam kepada baginda..



Allahurabbi! Ubatilah rasa rindu hamba ini...semoga sahabat-sabahat hamba yang membaca entri ini juga dianugerahkan rezeki untuk ke rumahMu dan ziarah ke makam Nabi Mu. Amin!




Thursday, January 24, 2013

Selawat dan Salam Wahai Rasulullah

Assalamualaikum.

Semoga ceria sentiasa sahabat semua..
Semoga bertambah iman dalam kehidupan kalian semua..
Semoga ingatan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W bertambah teguh..
Semoga Al-Quran yang dibawakan olehnya tersemat di dalam dada kita..difahami dan dikaji..
Semoga kita setia mengamalkan sunnahnya..
Semoga kita ada iltizam untuk memahami Hadis sabdaan nabi..
Semoga kita kenal sebenar-benarnya kepada Nabi kita yang satu ini..

Kerana Nabi cintakan kita..
Kerana nama yang disebut-sebut sebelum wafatnya baginda adalah kita Umatnya..
Kerana bagindalah yang akan memberikan syafaat pada hari kiamat
Kerana baginda adalah rahmat bagi seluruh alam

Menyuluh jalan gelap yang ditempuh oleh manusia kepada cahaya..
Jadi syukurlah banyak-banyak kerana Allah memilih Muhammad sebagai kekasihNya..
Untuk kita ikuti
Bagi menjejaki jalan ke syurga abadi.

Ditulis pada 12 RabiulAwal 1434 bersamaan 24 Januari 2013.


Tuesday, January 15, 2013

Blind Therapists - Maju Junction

Salam,

Sejak bekerja keras di rumah Tuan Haji hari raya tahun lepas, Kesihatanku turun naik. Adakala OK...adakalanya K.O..mungkin sebab terlalu aktif, tak ingat dunia bila buat keja dan bila kena transfer ke unit yang crazy sibuk..makin bertambahlah tenatnya. 

Sakit belakang ni makin menjadi-jadi. Pedih. Tajam menusuk macam pin/jarum, kebas, rasa ada benda yang menusuk bila duduk. Seribu macam rasa sakit yg hanya boleh difahami oleh orang yang mengalami. Orang sakit cerita kat orang sihat- tak ada maknanya..! huhu prasangka dahsyat! Allahurabbi! 

Kekuatan tangan makin menurun juga..jari telunjuk da rasa sangat sakitt. Kalau menyapu sampah..kejap je da rasa lenguh dan sakit. Abih camno..bukan boleh tiup je rumah bersih..adehh!

Dah jadi rezeki- pusat rawatan ni dah lama ada. Ada orang yang suggest suruh pegi..kalau cari kelapangan - buat masa ni memang tak ada. Kalau sakit kita sendiri yg tanggung kan...? Kerja tolak tepi dulu..kasik sihat tubuh badan..Alhamdulilah..berkat kesabaran akhirnya bertemu dgn org yang boleh urut tulang belakang. 

Pusat urutan ni buka setiap hari dari Jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Ada ramai tukang urut..lelaki dan perempuan. Of Course cari tukang urut perempuan-lebih mudah urusan! Kak Jah namanya. Kalau sejam urut seluruh badan - dia caj RM45. Kalau berpenyakit cam aku nih kenalah berulang kerap sikit sebab hari-hari bergerak buat kerja/berjalan/memandu/memasak dan lain-lain aktiviti yang memberi kesan secara langsung kepada tulang belakang. Aku amik pakej 8 Jam - harga RM320.

Allah buat tulang belakang ni sangat unik..boleh melentur, membongkok dan sebagainya- jika satu bermasalah..akan memberi kesan yang level yang lain juga. Sikit je tu Allah uji...ada orang jauh lebih hebat dugaannya. Sabaq OK! Adakala risau juga.. bila duduk lama, salah posture, angkat barang berat  maka akan rasa sakitlah yang amat sangat. Org lain nampak dari luar cam OK je tapi bila balik rumah - nangis sorang-sorang sebab menahan dan menanggung sakit. 

Nak pegi hospital pun rasa mcm tak worth it..bagi painkiller je..kalau ikut diagnosis peningkatan sakit tu disebabkan oleh certain level thorasic dah ada disc yang dah affected. So shoulder blade ni setiap hari rasa sakit je memanjang.. 

Semoga Allah sembuhkan penyakit yg aku alami.

Perkongsian Bacaan: 15 Sifat Manusia dalam Al-Quran


Salam,

Mari kita lihat dan teliti apa kata al-Quran tentang makhluk yang bernama manusia ini…

1. Manusia itu LEMAH

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (Q.S. Annisa; 28)

2. Manusia itu MUDAH TERPERDAYA

“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah” (Q.S Al-Infithar : 6)

3. Manusia itu LALAI

“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” (Q.S At-takaatsur 1)

4. Manusia itu PENAKUT /MUDAH KHUATIR

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S Al-Baqarah 155)

5. Manusia itu BERSEDIH HATI

“Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin , siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah , hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Q.S Al Baqarah: 62)

6. Manusia itu TERGESA-GESA

Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’ 11)

7. Manusia itu SUKA MEMBANTAH

“Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.” (Q.S. an-Nahl 4)

8. Manusia itu SUKA BERLEBIH-LEBIHAN

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Q.S Yunus : 12)

“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas” (Q.S al-Alaq : 6)

9. Manusia itu PELUPA
“Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Q.S Az-Zumar : 8 )

10. Manusia itu SUKA BERKELUH-KESAH

“Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Q.S Al Ma’arij : 20)

“Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Q.S Al-Fushshilat : 20)

“Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)

11. Manusia itu KIKIR

“Katakanlah: “Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kamu tahan, karena takut membelanjakannya.” Dan adalah manusia itu sangat kikir.” (Q.S. Al-Isra’ : 100)

12. Manusia itu SUKA MENGKUFURI NIKMAT

Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hamba-Nya sebagai bahagian daripada-Nya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata (terhadap rahmat Allah). (Q.S. Az-Zukhruf : 15)

sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, (Q.S. al-’Aadiyaat : 6)

13. Manusia itu ZALIM dan BODOH

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat [1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, ” (Q.S al-Ahzab : 72)

14. Manusia itu SUKA MENURUTI PRASANGKANYA

“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Q.S Yunus 36)

15. Manusia itu SUKA BERANGAN-ANGAN

“Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab: “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.” (Q.S al Hadid 72)





Saturday, January 12, 2013

Resepi Hidangan Barakah: Roti Baghdad

Roti Baghdad
Ingredients 
1- Flour 500 Grams 
2- Shorting 80 Grams / Shortening? 
3- Salt ½ Teaspoon 
4- Baking Powder 1 ½ Teaspoon 
5- Warm Water As Need Make sure the dough is not sticky 

Method of Making 
1- Add the Flour Salt and the baking powder in the food processors and turn it on for a few seconds

2- Add the shorting and turn on th the food processor for 1/2 minutes and add the water as needed till the dough is firm.

3- Take it our from the food processor and let the dough rest for about 10 minutes and cut it in to 60 grams round pices , and let it rest for about 20 minutes.

4- Heat up the pan without oiling it and open flat the dough with a rolling pin to a 1/2 cm thickness .

5- put the dough on the hot pan and let it to be at one side till you see air packet then turn it to the other side . repeated for the other remaining dough ....

Simple and easy home made roti Baghdad .. Can eat with curry/ sambal sardine/bamia...


Chef Ammar
Masak Dari hati masak with Iman

Tuesday, January 1, 2013

Doa yang boleh dibaca dalam Sujud


Doa ini adalah doa yang ma'thur dari Nabi yang diajarkan kepada Saidina Abu Bakar Assidiq..maksudnya:

Wahai Allah, sesungguhnya aku banyak menzalimi diriku sendiri dengan bentuk kezaliman yang banyak, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan engkau..maka ampunkanlah aku...yang memohon keampunan dari sisimu dan rahmatilah daku sesungguhnya engkau yang maha pengampun lagi maha mengasihani.


Alhamdulilah...terima kasih Ya Allah..

Salam,

Syukur kepada Allah atas nikmat yang telah Dia berikan kepada kita..nikmat mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, tangan untuk merasa/menyentuh/membelai..andai salah satu ditarik oleh Allah juga tentu
kita akan terasa kalut, tidak lengkap dan kehilangan..itulah kebesaran Allah.

Terima kasih wahai Allah.
Atas nikmat iman dan islam - kerana takdirMu aku dilahirkan dalam keluarga Islam
Atas nikmat berpasangan - Ditemukan jodoh suami yang sempurna..Insyaa Allah..
Atas nikmat menjadi ibu - Dikurniakan Anak - mudah-mudahan solehah hendaknya..
Atas nikmat rezeki - Moga bertambah luas dan boleh dikongsikan dengan lebih ramai orang.
Atas nikmat cinta mencintai - Mencintai sahabat sehidup dan sematiku kerana Allah, sahabat perjuanganku kerana Allah bukan kerana harta atau rupa atau apa sahaja yang boleh dibandingkan..
Uhibbuka fillah..itulah lafaz termahal..

11 tahun hanyalah angka..
Semoga Allah terus mengekalkan kita hidup aman damai di bawah lindunganNya, rahmat dariNya dan redhaNya..dan setiap hayunan langkah dalam meniti kehidupan. Matlamat hanya satu - moga Syurga Allah di dalam genggaman..

Ditulis pada 31 Disember 2012 - Hari ulangtahun perkahwinan 

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...