Ummul Kitab

Wednesday, March 31, 2010
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[2] Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
[3] Yang Maha Pemurah, yang Maha penyayang
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
[4] Yang Menguasai pada  hari  bagi Pembalasan (hari Akhirat).
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Hanya kepada engkau kami mengabdikan diri dan hanya kepada engkau kami mohon pertolongan.
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
[6] Tunjukilah oleh engkau akan kami akan jalan yang lurus.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
[7] Jalan orang-orang yang telah memberi nikmat oleh engkau ke atas mereka bukan yang dimurkai ke atas mereka dan tidak orang-orang yang sesat.

Al-Fatihah: Hadiah Agung dari Allah...

Di dalam hadis sahih pada imam tirmidzi dan dinilai sahih oleh nya disebutkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:

Alhamdulilahi rabbil a'lamina adalah ummul quran, ummul kitab, sab'ul masani dan al-quranul Azim...

وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعاً مِّنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ
[87] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya. (surah Al-hijri ayat 87)

Seluruh isi al-quran itu ada dalam Al-fatihah..

Siapakah tuhan sekelian Alam..?

Maksud Tuhan semesta Alam itu sebagaimana firman Allah dalam surah 26 (al-Syu'araa) ayat 23-24 ...

[26.23] Firaun bertanya: "Siapa Tuhan semesta alam itu?"

[26.24] Musa menjawab: "Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya.
(Itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayai-Nya". 

Apa yang dimaksudkan dengan yang maha pemurah...? 

Sifat allah yang maha pemurah  ini banyak disebut dalam Al-quran-kitab mukjizat yang diwariskan kepada kita, antaranya..sebagaimana yang diterangkan dalam surah 55- arrahman 
Hakikatnya Allah maha pemberi (pemurah) kepada semua makhluk..apabila kita sebut makhluk...ia adalah meliputi makhluk yang berakal dan ghairu 'akil..

Maksud Yang maha penyayang..

Allah sangat sayangkan orang-orang yang beriman..ini terbukti apabila Allah berfirman  dalam surah 33 Al- Ahzab
[33.43] Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.

Siapakah orang-orang yang beriman itu?

Allah menerangkan dalam Surah al hujurat:
[49.1] Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang mengikut quran dan orang-orang yang tidak membelakangkan Allah dan rasul dalam setiap tindak-tanduknya..sebagaimana yang nabi pesan...aku tinggalkan kamu 2 perkara iaitu Quran dan sunnah..Dua perkara ini jika disatukan dalam kehidupan - insyallah ia memandu kita ke landasan yang benar. 

[5.35] Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

Takwa itu memelihara diri dari melakukan syirik..
Jihad itu berkorban nyawa dan harta..
Akarnya: Sabar dan Ikhlas!

Sahabat Nabi: Abu Ayyub Al-Ansari

Sunday, March 14, 2010
Nama sebenar beliau ialah Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Banu Najjar. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang utama dan paling rapat kepada Nabi SAW.

Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah di dalam peristiwa hijrah, baginda disambut dengan gembira oleh orang-orang Ansar di Madinah. Hati mereka berada bersama-sama baginda dan mata mereka sentiasa mengikuti pererakan baginda dengan rasa penuh cinta dan kebaktian. Mereka ingin memberi baginda sambutan yang amat baik sekali pernah diberikan oleh seseorang.

Pada mulanya, Rasulullah SAW berhenti di Quba yang terletak dekat pinggir kota Madinah dan tinggal di sana selama beberapa hari. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membina sebuah masjid sebagaimana dijelaskan dalam al-Qur’an:

“Masjid yang didirikan atas dasar taqwa.” (At-Taubah: 108)

Nabi SAW memasuki kota Madinah dengan menunggang untanya. Para pemimpin Madinah berdiri di sepanjang jalan, setiap orang berharap untuk mendapatkan penghormatan dari Nabi SAW agar baginda ingin singgah dan bermalam di rumahnya. Seorang demi seorang berdiri di jalan yang dilalui oleh unta baginda. Mereka semua berkata:

“Tinggallah bersama kami, hai Rasulullah.”

Rasulullah SAW akan menjawab:

“Biarkanlah unta ini berjalan semahunya.”

Unta itu terus berjalan, diikuti dengan rapat para penduduk Madinah. Setiap kali ia melewati sebuah rumah, tuan rumah tersebut merasa sedih dan kecewa manakala orang-orang yang rumahnya menunggu giliran untuk dilalui oleh unta itu sentiasa mengharap-harap agar ia berhenti di depan pintu mereka. Unta itu meneruskan perjalanannya dengan diikuti oleh orang ramai sehingga ia berhenti di atas sebidang tanah di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Namun, Rasulullah SAW tidak turun dari untanya itu.

Inikah kita di hadapan Allah..?

"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :

وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا

Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )

Cubaan Saya Menjawab

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan...mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"mestilah ustaz.." balasnya.

"anta minat durian tak?" saya bertanya.

"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT...

"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً

Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, protokol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.

Sekian

Taken from Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Jangan jauhkan diri daripadanya...

Thursday, March 4, 2010
Kalau ditanya mesti semua orang tahu..Alquran kitab yg paling agung. Kalam Allah untuk kita sebagai panduan hidup sehingga hari Akhirat. Kitab-kitab yang terdahulu kita tak pernah lihat tapi kita wajib mengimani..(selaras dengan rukun iman)...Saya hanya menunaikan hak sebagai seorang muslim..ilmu yang bermanfaat perlu disampaikan supaya dapat kebajikan dan barakahnya bersama..

Memang benar keadaan masyarakat kita pada hari ini telah semakin jauh dari Al-quran..untuk baca setiap hari pun masih bertangguh-tangguh disebabkan kesibukan kerja dan urusan dunia..Menceritakan ini dari pengalaman sendiri..bila balik kerja mesti dah penat..lepas magrib la baca..bila dah lepas maghrib..nak tunggu isyak pulak..bila lepas isyak..nak tengok TV pulak..begitulah..sampai end of 1 day. Next day pun macam tu juga..

Allah dah jangka itu akan berlaku...kitab ni penting tapi kita buat acuh tak acuh..kenapa? Keja setan..

Jangan sampai kita dan anak-anak kita tak tau...

Kita sering bermegah-megah dengan Albert Einstein, Vasco Da Gama, Orville Wright ,Wilbur Wright dan ramai lagi tokoh-tokoh barat yang sangat disanjung-sanjung..
Kita sering terlupa..bahawa sahabat nabi sangat hebat..berjuang menegakkan islam dalam kepayahan dan kesusahan...mereka bukan calang-calang orang..Ada di antaranya disebut-sebut dalam Al-quran..

Sistem pendidikan kita adalah rangka campuran..maka sedikit demi sedikit..ingatan terhadap sirah sahabat terhakis dari minda kita dan anak-anak kita...sedangkan mereka bukan calang-calang orang..hidup dan berjuang dengan rasulullah...diredhai oleh Allah dan dijamin syurga..!!

Hebatnya Umar Alkhatab-khalifah yang berani dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah..sehingga disebut..syaitan pun tak berani ikut bekas laluan Umar..Kita hanya kenal Abu Hurairah sebagai bapak kucing..kerana sukakan kucing..tapi kita lupa hebatnya personaliti beliau sehingga diangkat menjadi Gabenor di Madinah..

Sahabat Nabi: Mus'ab bin Umair

Berikut kisah Mus’ab bin Umair:
MUS’AB BIN UMAIR : Pemuda Dakwah

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Hukum wanita Haid memegang Al-quran...

Kita belajar tentang hukum fiqh masa kita sekolah agama dulu2 dan masa kita ambil subjek pendidikan islam semasa di universiti/kolej..cuba kita lihat kembali bilakah kali terakhir kita semak tentang hukum fiqh itu..

Bertitik tolak dari pendapat bahawa Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid. Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh.
Artikel ini diambil dari hafizfirdaus.com...semoga bermanfaat.

Sahabat Nabi: Ubay bin Ka'ab

Ubay bin Ka'ab merupakan salah seorang perintis dari penulis-penulis wahyu dan penulis-penulis surat. Begitu juga dalam menghafal Alquran, membaca dan memahami ayat-ayatnya, ia termasuk golongan terkemuka...

Pada suatu hari Rasulullah saw. menanyainya, "Hai Abul Mundzir, ayat manakah dari kitabullah yang teragung?" Orang itu menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih tahu." Nabi saw. mengulangi pertanyaannya, "Abul Mundzir, ayat manakah dari kitabullah yang teragung?" Maka ia menjawab, "Allah, tiada tuhan melainkan Ia, Yang Maha Hidup lagi Maha Pengatur." (Al-Baqarah: 255).

Rasulullah saw. pun menepuk dadanya. Dan, dengan rasa bangga yang tercermin pada wajahnya, ia berkata, "Hai Abul Mundzir, selamat bagimu atas ilmu yang kamu capai."
Abul Mundzir yang mendapat ucapan selamat dari Rasulullah saw. yang mulia atas ilmu dan pengertian yang dikaruniakan Allah kepadanya itu tiada lain adalah Ubay bin Ka'ab, seorang sahabat yang mulia. Ia seorang warga Anshar dari suku Khajraj, ikut mengambil bagian dalam perjanjian Aqabah, Perang Badar, dan peperangan-peperangan lainnya. Ia mencapai kedudukan yang tinggi dan derajat mulia di kalangan kaum muslimin angkatan pertama, hingga amirul mukminin Umar pernah mengatakan tentangnya, "Ubay adalah pemimpin kaum muslimin ...."

Sharing is caring..