Wednesday, October 19, 2011

Prolotheraphy: Satu Ikhtiar..

Salam Ikhwan dan Akhawat..

Semoga selamat menjalani tugasan seharian dan sentiasa dalam redhaNya..Semoga Allah pelihara semua amal soleh yang kita lakukan dan menghindarkan kita dari sikap orang munafik. Untuk mencari kekuatan diri adakalanya saya juga mencari blog-blog rakan senasib yang saya boleh berkongsi kisah suka-duka menanggung rasa sakit akibat slipped disc ini dan juga untuk memahami alternatif rawatan yang mereka jalani. Antara blog yang saya suka baca ialah Bangkit Kembali , Hitam Putih Kelabu dan lain-lain lagi..Sehingga cetusan ini ditulis, saya telah lebih sebulan tidak bekerja dan untuk tahun ini telah habis 3 bulan cuti sakit saya gunakan.


Hasil dari kerja-kerja RnD yang saya lakukan untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai, saya tertarik untuk mencuba kaedah prolotheraphy - di Klinik Keluarga dan Surgeri di Pelangi Damansara.  Kos rawatan ialah RM50 per suntikan. Kuantiti suntikan yang diperlukan akan ditentukan oleh Dr. Zul dan juga berdasarkan tahap kesakitan pesakit. Kaedah ini kurang popular di Malaysia kerana berdasarkan bilangan doktor yang mempraktiskan kaedah ini sangat kurang. Maybe 2 aje yang saya tau di Malaysia ni..selain Dr. Zul, Dr William Chan juga ada praktis prolotheraphy. Di US - sangat ramai..saya pernah contact klinik Dr Hauser - di Illinois dan mereka sangat concern dengan kesakitan yang saya alami. Email saya di balas dalam masa dua hari. Saya teruja sekejap tapi mana nak cekau duit terbang dan tinggal di sana..? Belum masuk ongkos rawatan lagi..berangan la kau..

Alhamdulilah...rasa sakit tu berkurangan - cuma ia belum completely go away...mungkin injection yang saya ambil tu belum mencukupi atau mungkin juga sebab sakit saya ni bertambah..wallahu'alam. Untuk Lumbar sahaja - lebih 20 injection di tulang belakang bahagian pinggang, 8 injections di Cervical (tulang belakang bawah tengkuk) dan 3 di lutut (sbb ada juga OA di lutut kanan). Saya sudah boleh jalan normal walaupun perlahan - tak perlu seret kaki!  Lutut Kanan saya ni pernah di suntik dengan hyaluronic Acid dan rasa semakin sakit sejak akhir-akhir ini. Dengan injection prolotheraphy,  sudah berkurang sikit ngilu rasa sakit di lutut. Ada tanda positif dengan kaedah ini dan kadar kesakitan menurun dan lebih baik sedikit keadaannya dari sebelum ini. Pantangnya: tidak boleh ambil sebarang ubat steroid dan tahan sakit (NSAID). Malah sebelum pegi injection - pastikan tidak mengambil ubat panadol/tramal/arcoxia dsb. Ubat tahan sakit ini menghalang pertumbuhan/pembaikan sel - bila cedera, sebenarnya badan kita ada power to heal dan prolotheraphy membantu mempercepatkan kadar pertumbuhan sel. Sudah tentu yang paling UTAMA adalah dengan pertolongan dan rahmat Allah. Allahu Rabbi! Maha kaya Allah memberikan nikmat sakit ini - mudahan menjadi asbab untuk menebus dosa2 dan saya sedar saya sedang diujiNya..

Saya tidak menjalani apa2 prosedur pembedahan, setakat ini hanya fisio dan prolotheraphy. Ada juga perancangan nak buat disc decompression tapi harga agak mahal dan perlu diulang beberapa kali..pakej termurah 24 sesi dengan harga RM 5K++..Allahu musta'an! 

Seperti yang saya katakan, sakit ini belum completely go away. Bila rasa menyucuk2 yang menikam2 tu saya jadi fobia semula. Saya bimbang suami/keluarga akan jadi bosan utk terus mendorong saya - menjalani rawatan. Saya bimbang menjadi bahan fitnah rakan2 saya fi kulli makan - fizikal nampak sihat tapi byk kerja aktif yang tak boleh dibuat, saya juga foresee rasa sakit boleh berterusan dan boleh to the extent saya hilang pekerjaan kerana ketidakupayaan. Saya jadi takut kerana tidak pasti berapa lama jangkamasa untuk menanggung sakit ini. 

Justeru itu, saya Ikat diri saya sekemas-kemasnya penggantungan ini hanya kepada Allah. Saya yakin hikmahya besar - cuma tidak berupaya untuk membuat orang lain faham. Kemelut yang sebeginilah adakalanya membuat saya tewas..dan mengalirkan airmata kesedihan...

Semoga saya tabah - kerana saya belajar dari blog Dr. Sarah Shukor - TABAH ADALAH AKHLAK MULIA

Sunday, October 16, 2011

2nd Attack: Cervical pulak..

Salam semua..

Sudah lama tak menjenguk blog ini..sekadar drop by untuk berkongsi bahan bacaan. Semuanya kerana kesihatan saya kurang mengizinkan. Telah lebih sebulan cuti sakit sejak akhir bulan ogos. Seminggu sebelum berhari raya, saya dimasukkan ke hospital - gara-gara sakit leher dan belakang yang amat sangat. Puncanya jadi lebih sakit: saya kemas rumah extra sikit dan memberus bagai kat depan rumah tu sbb serakk sangat jadi saya kuatkan diri lagipun dah nak raya - bagi rumah cantikk la kononnya..hana tolong memberus dan saya alihkan pasu2 yang berserakan. Tak tahan sakit lalu ke UKMSC utk bertemu pakar dan bertanyakan keadaan sebenar. Malahan dalam entry saya sebelum ini - berkaitan rawatan alternatif yang saya ambil iaitu chiropractic, saya ada ceritakan sedikit tentang patern sakit yang saya alami -   Just to recall back apa yang saya tulis ==>  "Rasa sakit dari pinggang ke atas - hingga menyebabkan sakit leher, lengan kebas hingga ke jari-jari tangan - apa pulak ni..? And chest pain..sometimes nak breathing pun rasa macam kena tikam..*sigh* Sebelah kanan aje."  

Saturday, October 15, 2011

O Allah, make it true!

O Allah! I seek your protection from evil neighbour, and from a spouse who
will cause me to age before my time, and from children who will become a
source of misery and grief for me, and from wealth which will become a means
of torment for me, and a treacherous friend whose eyes are always watching
me, and in his heart, he is probing into my affairs. And if he sees any good in
me, he will conceal it but if he comes across any faults in my character he
exposes them to all. ~p

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...