Sunday, October 16, 2011

2nd Attack: Cervical pulak..

Salam semua..

Sudah lama tak menjenguk blog ini..sekadar drop by untuk berkongsi bahan bacaan. Semuanya kerana kesihatan saya kurang mengizinkan. Telah lebih sebulan cuti sakit sejak akhir bulan ogos. Seminggu sebelum berhari raya, saya dimasukkan ke hospital - gara-gara sakit leher dan belakang yang amat sangat. Puncanya jadi lebih sakit: saya kemas rumah extra sikit dan memberus bagai kat depan rumah tu sbb serakk sangat jadi saya kuatkan diri lagipun dah nak raya - bagi rumah cantikk la kononnya..hana tolong memberus dan saya alihkan pasu2 yang berserakan. Tak tahan sakit lalu ke UKMSC utk bertemu pakar dan bertanyakan keadaan sebenar. Malahan dalam entry saya sebelum ini - berkaitan rawatan alternatif yang saya ambil iaitu chiropractic, saya ada ceritakan sedikit tentang patern sakit yang saya alami -   Just to recall back apa yang saya tulis ==>  "Rasa sakit dari pinggang ke atas - hingga menyebabkan sakit leher, lengan kebas hingga ke jari-jari tangan - apa pulak ni..? And chest pain..sometimes nak breathing pun rasa macam kena tikam..*sigh* Sebelah kanan aje."  

Ingatkan dapat jawapan on that day rupanya kena tahan utk masuk wad..Based on MRI yang telah dibuat tuan tabib, menjelaskan bahawa sakit yang saya alami adalah berpunca dari cervical disc bulges dari C3-C7 dan ianya worsed di level C4/C5 - saraf tersepit lagi! Dalam bahasa canggih ia dikenali dengan Cervical Radiculopathy..Raya yang paling syahdu tahun ini..:(


ini 3D yang paling jelas setakat ini untuk kefahaman mengenai apa yang terjadi dalam badan saya - 


a) Cervical Intervertabrae





b) Lumbar 




Allahu Rabbi..! Maha kaya Allah..ketika teraba-raba mencari kekuatan diri, saya terbaca - terbaca di blog tukya (Allahyarham Ust Azizi Abdullah) tentang bacaan buku Ketika Alam Bertasbih  : Subhanallah... dan ia bukan saja mimpi dan igauan ngeri malah bunyi degup jantung, mencerus air di pundi-pundi atau letup tulang dan selisih urat pun, mungkin ia adalah suara tasbih yang mengagungkan Tuhan. Subhanallah!

Gabungan sakit yang baru dan sedia ada yang dialami sejak January 2011(boleh baca live with it)  - menjadikan seluruh tubuh di sebelah kanan rasa sakit. Duduk lama tak boleh, diri lama tak boleh, Jalan jauh sikit tak boleh, angkat barang berat sikit pun tak boleh - lebih teruk dari sebelum ini. Ketika berkunjung ke HSC Cheras untuk mendapatkan information berkaitan rawatan Decompression Disc, saya telah diminta oleh doctor berkenaan untuk melukiskan/ mewarnakan tempat2 sakit saya..dan hampir 80% warna merah memenuhi ruang badan sebelah kanan dan hanya 5% je di sebelah kiri. 

Allahu Akbar! Ujian sakit ini sangat menduga kami..adakalanya saya bagaikan hilang arah dan kekuatan diri. Ketika solat menangis..ketika sendirian menangis...nak mandi menangis..nak tidor pun menangis..1) sebab sedar yang saya sedang diuji Allah 2) sebab saya takut nikmat Allah hilang dari saya sedikit demi sedikit dan saya muhasabah diri .3) sebab sakit ini melemahkan saya - saya tidak mampu untuk pergi kerja 4) sebab tak pasti adakah kesakitan ini untuk jangkamasa yang lama- sabar tak orang di sekeliling saya..Suami saya/anak/keluarga/teman sekerja/ boss saya? 

Saya pasrah apa yang terjadi dan berdoa semoga Allah beri kekuatan untuk saya lalui semua ini. La haw la wala quwata illa billah.







No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...