Saturday, February 12, 2011

Live with it...

Tiada jalan lain selain dari menanggung kesakitan. Sakit yang menjalar dari pinggang ke kaki itu akan semakin sakit kalau aku terlupa ambil pain killer. Driving in dificulties..walking in difficulties..hemm....Dia sedang berbicara denganku...Ya Allah berikanlah kesembuhan. Pil n Doctors hanyalah perantaraan..yg menyembuhkan hanya DIA..!


Logik akal pemikiran biasa - keluar dari hospital sepatutnya boleh sembuh..tapi janganlah kita lupa yg menyembuhkan itu Allah jua..Kalau masih sakit bermakna usaha utk sembuh perlu digandakan...Aku perlu mencari sebab untuk terus jadi Kuat...!

up to this point of time sudah 4 kali hadir Fisioterapi..ternyata latihan yg diajarkan dalam kelas fisio sangat membantu untuk meredakan kesakitan...Kalau orang masih hairan yg aku ini masih sakit..ya teruskan keheranan anda..kerana saya tidak mempunyai kuasa utk menahannya tapi jangan lupa bahawa Allah ada sebut..


Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa).   Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).  (67:1 - 2)

Setiap hari bawa tungku electrik untuk memanaskan bahagian pinggang, bahu n pinggul untuk meredakan sakit..after driving dalam keadaan jammed di KL sudah tentunya mengundang kesakitan..so kita perlu cari problem solver - dalam hal ini tungku elektrik tula yg menjadi solver nya..

Oleh kerana slip disc yg dialami telah menekan nerve root itu lah penyebab utama kesakitan berpanjangan...dan menjalar ke kaki, boleh juga menjalar ke bahagian badan yang lain..ini dipanggil sciatica. Dalam istilah perubatan ada byk nama yang digunakan merujuk kepada benda yg sama contohnya slip disc boleh juga dikaitkan dengan herniated disc, disc disease dan sebagainya..

Antara exercise yang diajarkan dalam kelas fisio adalah seperti berikut:

                                   Exercise 1: utk mengurangkan sakit belakang (10-15 kali)


    Exercise 2: Angkat kedua kaki hingga otot kaki n pinggang rasa tegang (10kali  setiap kaki)

Exercise 3: Kebiasaannya trainer akan beri tali untuk membolehkan kaki diangkat menggunakannya. Setiap kaki 20 kali.


Exercise 4: Angkat sebelah kaki (kiraan 10 kali) berganti-ganti..

Selain dari itu setiap kali sesi rawatan akan dimulakan dengan meletakkan hot pad..yg ni part yang sangat best sebab pain relief..

So kalau ada saudara-mara yang mengalami sakit belakang - motivate them utk melakukan exercise..true mengurangkan sakit..walaupun seketika tapi berharga..!

Kesakitan yang menjalar itu ramai yang tidak faham bagaimanakah bentuk kesakitan tersebut..so ia bolehlah dikatakan sebagai :

"it can be sharp, dull, stabbing, cramp-like, knifelike, twisting, or piercing. Many other types of pain are possible."

Sciatica dan Disc disease saling berkait. Boleh lihat di sini untuk memahami apa itu sciatica Penyebab rasa sakit menjalar itu mainly caused by saraf tersepit. Doakan kesihatan saya pulih. Saya memang sakit - bukan buat-buat sakit. Hanya empunya diri yang lebih memahami dirinya sendiri - Aslamtu Nafsi Ilaika Ya Allah..!

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...