Tuesday, February 15, 2011

Doa Nabi Ayyub ketika ditimpa penyakit.

 أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ


"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". 
(Surah Al-Anbiya: ayat 83) 


Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a seorang wanita berkulit hitam pernah mendatangi Rasulullah s.a.w lalu berkata; "Sesungguhnya aku menderita penyakit ayan dan auratku terbuka maka mohonlah kepada Allah demi kesembuhanku. " Rasulullah s.a.w bersabda " Kalau kamu mahu bersabar maka bagimu adalah syurga. Kalau kamu mahu sembuh maka aku akan memohonkan kepada Allah semoga Dia menyembuhkan penyakitmu". 

Wanita itu berkata; " Baiklah aku akan bersabar" Wanita itu berkata lagi: " Sesungguhnya auratku selalu terbuka maka mohonkanlah kepada Allah agar aku tidak terbuka aurat" Lalu Rasulullah s.a.w berdoa utknya. (HR Muslim, 4673)

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...