Thursday, February 3, 2011

Cuka epal murah

Salam,

Aku mula mendekati produk ini sejak mengetahui kebaikan cuka epal..malahan cuka buah merupakan antara makanan kegemaran rasulullah. 


Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Cuka! pencelupan yang terbaik. ” [ "Minuman": Shahih Muslim. 1051]. 


Bila nabi kata elok...mesti confirmed kebaikannya kerana kata-kata nabi adalah wahyu...


Bekalan yang mudah dan murah setakat ini aku perolehi dari kedai-kedai arab yang ada di Ampang Residensi dan Taman Putra Sulaiman- (Barakah) & (At-tawseer) 



Antara khasiat cuka epal adalah seperti berikut:

a. menggalakkan fungsi metabolisma berjalan dgn lancar (lawas, berpeluh, membakar kalori & menukar lemak menjadi tenaga, buang toksin)


b. mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ni menyumbat saluran darah kalau tak dibakar


c. mengimbang kadar air di dlm sel & tubuh (terlebih air = boroi, muka sembab, pipi tembam, mudah kebas kaki & tangan)

d. mengurangkan masalah pembendungan air di dlm tubuh (kadar air seimbang = langsing + cantik + sihat)

e. mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

f. membantu masalah tekanan darah tinggi

g. membantu masalah peredaran yg tersumbat (jadi lebih banyak oksigen & nutrien disalurkan ke sel2 & otak)

h. mengelakkan kekejangan otot

i. membantu meningkatkan konsentrasi & daya ingatan

j. mengawal suhu badan (lepas keluar peluh, anda akan rasa segar & badan terasa ringan)

k. meng'alkali'kan tubuh (badan berasid = lemah, letih, mengantuk, menguap, lengoh2 & sengal2 badan. badan beralkali = cergas, sihat, extra bertenaga)

l. mengawetmuda & menaikkan seri (kenapa? kerana tubuh yg bebas-toksin = darah jadi bersih, usus bersih, oksigen sampai ke otak & sel2 tubuh jadi segar.. awet muda lah..

Selain dari itu melalui pembacaan yang lain, cuka epal juga memberikan kebaikan berikut:

1. Mencegah cirit-birit, kerana mempunyai bahan anti-diarrhea
2. Mengaktifkan proses penghadaman dan metabolisme dalam tubuh manusia;
3. Mencegah kerosakan gigi;
4. Membunuh parasit dalam perut, usus kecil dan usus besar;
5. Meningkatkan penghadaman pada mereka yang menghidapi gangguan penghadaman.

Perubatan Islam lebih unggul..siapa kata Islam mundur..jangan jadi jahil dan tenggelam dek kerana propaganda orang-orang kafir.. tapi memang benar..orang kafir ada yang mengkaji Al-quran untuk mencedok kebaikan dan menukarkan idea tersebut sebagai idea mereka melalui buku-buku/kajian mereka..sedangkan orang Islam sendiri tidak menyedarinya/lambat menyedarinya/tidak tahu/tidak ambil kisah..(untuk difikirkan bersama)

Sunnah - itu adalah sebab utama kenapa aku menyukai cuka epal. Minum cuka buah adalah sunnah nabi Muhammad S.A.W

"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi


"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim

"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Majah

Nabi Muhammad (saw) suka kepada cuka buah.

Jabir menceritakan, "Suatu hari Rasulullah memperlawa saya ke rumahnya. Dia dihidangkan roti. Dia bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Mereka menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah sos yang paling baik. "
Jabir pernah berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah".
Naf'a berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Jabir." Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, Nasa'i



Sebaik sahaja anda mengambil cuka epal, ia akan mula menghilangkan kelesuan. 

Hanya Allah saja tempat kita mengadu dan dia akan mengilhamkan kepada kita melalui berbagai cara. Kesembuhan itu adalah milik Allah jua..sebagaimana firmannya dalam surah Asy-Syu'araa' :

[79]
“Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;“Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
[80]
“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
[81]
“Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
[82]
“Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
[83]
“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
[84]
“Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
[85]
“Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

ayat ini juga merupakan doa menyembuhkan penyakit.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...