Monday, February 21, 2011

Fikir-Fikir...

Salam dengan iringan doa semoga kalian selamat dan sejahtera..

Tidak kira apa saja yang sedang dilakukan - hendaknya kita semua sentiasa diberkati dan di dalam redha ilahi. Bersyukur atas setiap detik waktu - Allah sentiasa memberi ruang untuk kita terus mengabdikan diri kepadaNya...Allah tidak pernah tidur dan sentiasa memerhatikan hambaNya. Setiap pergerakan kita dalam pengetahuanNya. Ketahuilah bahawa sebenarnya kita dilahirkan dalam keadaan kita tidak tahu satu apa pun. 

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (16:78)

Kurniaan nikmatNya itulah yang memandu kita menjadi orang yang lebih berpengetahuan. Cuba lihat pada anggota pancaincera kita. Apakah sempurna jika salah satunya mengalami kecederaan? Apa ada pada mata yang kita gunakan untuk melihat. Ada orang bermata biru, coklat, kelabu, hijau dan hitam. Tidak ada lagi dalam sejarah, orang bermata biru hanya dapat melihat warna biru sahaja...dengan matalah dapat kita lihat segala yang berwarna - sempurna tanpa cacat celanya pada warna yang terpantul dari kanta mata. Kalaulah Allah tarik nikmat mata - maka gelap gelitalah dunia ini.

Namun masih ada diantara kita yang membutakan mata - tidak peduli akan perintah Allah.  Tidak mengendahkan Al-quran dan lebih parah lagi jika buta mata hati n jiwa....Duhai saudaraku, janganlah kamu membutakan matamu..




Rasulullah bersabda, 

“Ada dua kenikmatan, banyak manusia menjadi merugi gara-gara dua kenikmatan ini, yaitu; nikmat kesehatan dan nikmat waktu luang.” (HR Imam Bukhari dalam kitab Shahih-nya, hadith no. 6412).

            Peringatan Allah:

Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) - Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? (Al-balad: 8-9)

1 comment:

  1. Salam,
    Baru terbaca komen sis di blog saya.Saya syorkan buat akupuntur selama 100 jam (6 jam sehari setiap hari) atau sekurang2nya 2 jam seminggu (tapi kesannya tak seberapa jika dibuat berterusan.Maknanya kena ambik cuti)
    Kalau ada chiropractor yang bagus, kadang kala ia membanatu (dulu saya ada chiropractor dari Amerika dan Australia tapi mereka dah balik).Kalau sakit juga, pergi dapatkan pendapat kedua ketiga keempat dari pakar tulang/pakar saraf yang berlainan sebelum kita menyerah untuk buat apa2 yang doktor syorkan.Kita tak perlu menderita.Usaha mesti usaha.

    ReplyDelete

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...