Kita marah bila orang hina Islam dan nak bakar Al-Quran,akan tetapi sebenarnya kita sendiri lebih dahulu menghina Al quran dengan mengabaikan al-quran, tidak mempelajari Al quran,tidak cuba memahaminya...
Allah yang maha mengetahui telah lebih dulu berfirman dalam surah AlFurqan : 30 "Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
Mengingatkan kamu bererti mengingatkan diri ini juga.. - kerapkali aku ucapkan ini agar diri ini sentiasa tawaduk dan memahami bahawa - syaitan itu musuh yang nyata yg tidak jemu menyesatkan hingga hari Akhirat..meminjam kata-kata Abu saif - Syaitan itu jauh lebih sabar daripada dirimu. Ia tidak tergesa-gesa pada mengheret anak Adam tersimpang daripada jalan kebenaran..perhatikan saja bisikan-bisikan yang licik - bila kita nak baca quran, dilengah-lengahkan, timbul rasa mengantuk, malas dan sebagainya. Akhirnya tertangguh-tangguh hingga lupa... Alquran tidak diendahkan..dibiarkan sepi dan hanya dijadikan perhiasan malah diletakkan ditempat yg tinggi hingga sukar hendak dicapai.
Haruslah diperbetulkan haluan. Tujuan utama hidup sebagai muslim adalah sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada tuhannya.
Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya; "Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)". (39: 11-12)
Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT :
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)
Jika tidak faham isi kandungan Al-quran, bagaimana hendak beramal soleh?
Jika tidak beramal soleh, bagaimana hendak menjadi muslim sejati?
Jika bukan muslim, bagaimana hendak menuju syurga?
Sedang ancamanNya sangat gerun..
Aku hanya menyampaikan atas dasar Cinta kepadaNya..
No comments:
Post a Comment