Tuesday, June 18, 2013

Jerebu- Peringatan dari Allah.

Salam,

Seminggu dua ni berita jerebu yang menjadi topik utama. Terkini IPU reading di kawasan Muar hampir mencecah 800 - Tahap merbahaya. 

Apa tidaknya - semua aktiviti dirasakan tergendala sebab jerebu..orang terpaksa curfew di rumah masing-masing dan membataskan aktiviti di luar rumah kerana makhluk yang satu ini. Itulah nikmat yang Allah tarik sedikit untuk kita duduk dan meneleku membelek diri. Taatkah aku pada Allah? Allah hantar makhluk bernama JEREBU untuk memberi peringatan kepada manusia. 

Kalau kita amati sebenarnya Allah lah yang menggerakkan hati manusia yang mula2 membuat pembakaran. Orang Malaysia dan Singapura kata Indonesia yang start dulu..Orang Singapura dan Indonesia kata, kat Malaysia pun ada pembakaran terbuka....(Saling menuding jari).

Allah suruh kita tilik diri kita sendiri..percayalah..Kalau nak hilangkan jerebu ini mudah saja bagi Allah kerana Hanya Dia boleh turunkan hujan. Manusia boleh? Bomoh Ujan boleh? Pembenihan awan boleh? Semuanya TIDAK jika tidak dengan izin Allah. Inilah painful torment yang sedang melanda kita. (Surah Ad-Dukhan ayat 8-12)

Sunday, June 16, 2013

Adenomyosis..ujian Allah jua.

Salam,


Mungkin pelik namanya dan susah nak sebut. Ringkasnya ia adalah sakit puan..risiko tinggi bagi berusia 35 tahun ke atas untuk mengidap penyakit ini. Saya memang mempunyai masalah senggugut yang hebat sejak dari zaman sekolah hinggalah lepas dapat anak. Reda sekejap dan lepas tu bertambah-tambah sakit sehinggalah kini. Sejak mendapat masalah tulang belakang, saya rasa senggugut saya semakin bertambah tenat. Saya tidak boleh berdiri, sakitnya setajam pisau menusuk dan menggodak perut. Rasa sebu, bloated dan rasa rahim besar dan bengkak serta sakit sebelah kanan..hingga duduk/ tunduk rasa sakit. Kalau berjalan kena tunduk sikit sebab rasa sakit terentak berjalan..kalau naik kereta..rasa nak marah mr hubby kalau langgar bum..huhu..bisa. Tapi tempoh sakit hanyalah dari hari pertama haid hinggalah hari ke-3/4 bergantung keadaan.

Saturday, June 15, 2013

Antara Menangis dan Marah..mengalahlah..

Assalamualaikum,

Salam kasih sayang wahai saudaraku sekelian...

Adakala kita terkedu tak tau nak buat apa jika diri sentiasa diperlekehkan, sentiasa dipandang negatif walaupun dalam hati kita sekelumit pun tidak ada niat untuk menyusahkan orang lain. Terperangkap kerana keadaan - tetapi janganlah ada sedikitpun rasa penyesalan kerana setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua..Sabar adalah sebaik-baik perlakuan dan Allah akan beri ganjaran atas kesabaran kita itu.

Pagi ini ketika berteleku atas sejadah, tetiba mengalir airmata..teringat kisah-kisah lama dulu dan hatta kini..masih sama. Hanya kepada Allah tempat mengadu..moga diperbaiki segala urusan dan ampunkanlah mereka kerana mereka tidak tahu..berikanlah mereka petunjuk, pimpinlah hati mereka dan hati ku ini ke arah kebaikan, cabutkanlah rasa iri dan kedengkian dari jiwa kami. Amin!

Shared from page Y. Bhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man:


Wahai anakku,

Antara menangis dan marah - lebih elok memilih yang memilih menangis seorang diri daripada marah pada sahabat yang menyakiti hati engkau.


Sesungguhnya memarahi seseorang itu lebih memakan tenaga dan tidak mententeramkan hati atau memulihkan keadaan. Malah ia akan meninggalkan kesan pada hatimu. Sekurang-kurangnya air mata yang mengalir dapat membasuh jiwa dan membawa sedikit ketenangan. Ketika itu juga berdoalah pada Allah untuk memberi ketenangan dan kekuatan. Serahlah dirimu padanya.

Wahai anakku,
Ingatlah kadangkala sahabatmu perlu merasai kehilangan mu barulah mereka mengerti untuk menghayati mu. Begitulah juga dengan kamu - kamu akan sedar betapa pentingnya sesuatu setelah kamu kehilangannya. Tapi kesemuanya adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan untuk mengingatkan kita pada Allah.

Senyumlah wahai anakku.


Saturday, June 8, 2013

Lidah setajam pedang...

Salam,

Pepatah melayu kata:

Kerana pulut santan binasa
Kerana Mulut Badan Binasa...

Memang binasa kerana menyebabkan orang lain berasa hati, kecil hati, sakit hati dan segala yang berkaitan dengan hati. Adakala bisanya boleh menyebabkan mati. 

Allah pesan:

dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; (Al-baqarah 2:83)



Jadi, berkata baik atau lebih baik diam.

Dalam quran Allah sebut banyak tempat tentang adab mengeluarkan perkataan antaranya:


Jadi, sebelum berkata-kata perhatikan dulu prinsip ini..



Jangan sibuk pre-judgement orang sebab kita tidak tahu apa yang dia fikirkan dan kita tidak tahu apa yang dia sedang hadapi.

So, be a good muslim.

Al-Faqir illallah.

Friday, June 7, 2013

Merawat Diri Dengan Air Batu

Salam,

Bunyi macam pelikkan..tapi itulah hakikatnya. Ada ketikanya pesakit kronik seperti saya ini memerlukan rawatan alternatif yang pelbagai. Pergerakan yang banyak/excessive akan menyebabkan muscle koyak dan rasa pedih memanjang, sama ada di lengan/sepanjang tulang belakang/kaki. 

Orang yang selalu merawat saya di Maju Terapi tu telah mencadangkan supaya saya minum susu soya -soy protien for muscle builder - utk build muscle..one thing for sure..memang otot saya lemah. Suntikan prolotheraphy yang pernah saya ceritakan dulu, adalah untuk kuatkan muscle..tapi dia ada expiry date..maybe bertahan 6 bulan/setahun dan perlu repeat injection untuk jangkamasa yang selanjutnya. Tapi pengambilan soy protien ada had masa -jika dah rasa ilang pedih2 tu boleh berhenti minum. Jika tidak akan ada side effect lain pula.

Selain dari tu..mandi ais juga banyak membantu. Allah jadikan sesuatu tu penuh hikmah dan tentu sesuai untuk sesetengah orang. Alhamdulilah, saya dah cuba. Memang sejuk dan menggeletar satu badan..tapi selepas beberapa siraman, badan kita mula adjustable. Ulang beberapa kali mandi ais ini untuk ilangkan rasa pedih di tulang belakang. Baca Alfatihah dan Selawat atas nabi..siram badan/mandi. Saya selalu guna 2 beg ais - beli kat 7 eleven/speed 99. 

Tuang ais tu dalam baldi dan campur dengan air paip mandian. Kasi godak sampai ais tu dah mencair. Baru mandi. Lepas mandi rasa sejukkkkk yang amat. Cepat2 balut badan dan Insyaa Allah..lepas tu rasa sihat dan rasa pedih pun akan berkurangan. Ulang 3 hari berturut2 hingga hilang rasa pedih badan tu. Kalau dah OK berhentilah..nanti kalau sakit balik..ulang lagi cara rawatan ini. 

Guna kekuatan minda untuk mengatasi rasa khuatir sejuk itu.

Sekian, semoga bermanfaat.


Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...