Friday, June 7, 2013

Merawat Diri Dengan Air Batu

Salam,

Bunyi macam pelikkan..tapi itulah hakikatnya. Ada ketikanya pesakit kronik seperti saya ini memerlukan rawatan alternatif yang pelbagai. Pergerakan yang banyak/excessive akan menyebabkan muscle koyak dan rasa pedih memanjang, sama ada di lengan/sepanjang tulang belakang/kaki. 

Orang yang selalu merawat saya di Maju Terapi tu telah mencadangkan supaya saya minum susu soya -soy protien for muscle builder - utk build muscle..one thing for sure..memang otot saya lemah. Suntikan prolotheraphy yang pernah saya ceritakan dulu, adalah untuk kuatkan muscle..tapi dia ada expiry date..maybe bertahan 6 bulan/setahun dan perlu repeat injection untuk jangkamasa yang selanjutnya. Tapi pengambilan soy protien ada had masa -jika dah rasa ilang pedih2 tu boleh berhenti minum. Jika tidak akan ada side effect lain pula.

Selain dari tu..mandi ais juga banyak membantu. Allah jadikan sesuatu tu penuh hikmah dan tentu sesuai untuk sesetengah orang. Alhamdulilah, saya dah cuba. Memang sejuk dan menggeletar satu badan..tapi selepas beberapa siraman, badan kita mula adjustable. Ulang beberapa kali mandi ais ini untuk ilangkan rasa pedih di tulang belakang. Baca Alfatihah dan Selawat atas nabi..siram badan/mandi. Saya selalu guna 2 beg ais - beli kat 7 eleven/speed 99. 

Tuang ais tu dalam baldi dan campur dengan air paip mandian. Kasi godak sampai ais tu dah mencair. Baru mandi. Lepas mandi rasa sejukkkkk yang amat. Cepat2 balut badan dan Insyaa Allah..lepas tu rasa sihat dan rasa pedih pun akan berkurangan. Ulang 3 hari berturut2 hingga hilang rasa pedih badan tu. Kalau dah OK berhentilah..nanti kalau sakit balik..ulang lagi cara rawatan ini. 

Guna kekuatan minda untuk mengatasi rasa khuatir sejuk itu.

Sekian, semoga bermanfaat.


1 comment:

  1. assalammualaikum cik.. saya dah baca kisah cik. saya mohon izin utk share vertigo dlm blog sy. tujuan sy tuliskan komen adalah untuk memberi cadangan tentang masalh vertigo yg cik alami utk mengatasi/mengubati nya dengan mengamalkan vivix shaklee.. harganya agak mahal setimpal dengan khasiatnya. sekadar ikhtiar ye cik.. jika cik berminat utk mencubanya, cik bole hubungi mn2 dealer shaklee yg terdekat /sy di 017-2985494. sekdr cdgan yg tiada niat langsung utk mendapat keuntungan.. terima kasih..

    ReplyDelete

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...