Saturday, June 15, 2013

Antara Menangis dan Marah..mengalahlah..

Assalamualaikum,

Salam kasih sayang wahai saudaraku sekelian...

Adakala kita terkedu tak tau nak buat apa jika diri sentiasa diperlekehkan, sentiasa dipandang negatif walaupun dalam hati kita sekelumit pun tidak ada niat untuk menyusahkan orang lain. Terperangkap kerana keadaan - tetapi janganlah ada sedikitpun rasa penyesalan kerana setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua..Sabar adalah sebaik-baik perlakuan dan Allah akan beri ganjaran atas kesabaran kita itu.

Pagi ini ketika berteleku atas sejadah, tetiba mengalir airmata..teringat kisah-kisah lama dulu dan hatta kini..masih sama. Hanya kepada Allah tempat mengadu..moga diperbaiki segala urusan dan ampunkanlah mereka kerana mereka tidak tahu..berikanlah mereka petunjuk, pimpinlah hati mereka dan hati ku ini ke arah kebaikan, cabutkanlah rasa iri dan kedengkian dari jiwa kami. Amin!

Shared from page Y. Bhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man:


Wahai anakku,

Antara menangis dan marah - lebih elok memilih yang memilih menangis seorang diri daripada marah pada sahabat yang menyakiti hati engkau.


Sesungguhnya memarahi seseorang itu lebih memakan tenaga dan tidak mententeramkan hati atau memulihkan keadaan. Malah ia akan meninggalkan kesan pada hatimu. Sekurang-kurangnya air mata yang mengalir dapat membasuh jiwa dan membawa sedikit ketenangan. Ketika itu juga berdoalah pada Allah untuk memberi ketenangan dan kekuatan. Serahlah dirimu padanya.

Wahai anakku,
Ingatlah kadangkala sahabatmu perlu merasai kehilangan mu barulah mereka mengerti untuk menghayati mu. Begitulah juga dengan kamu - kamu akan sedar betapa pentingnya sesuatu setelah kamu kehilangannya. Tapi kesemuanya adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan untuk mengingatkan kita pada Allah.

Senyumlah wahai anakku.


No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...