Rawat diri di Rumah Iqra Sehat - Bandung

Thursday, May 1, 2014
Assalamualaikum semua..!

Moga kamu semua sihat dan dirahmati Allah selalu.

Jika ditanya kepada orang sakit...tentu besar harapan nya untuk sembuh. Kalaupun bukan seperti sedia kala tetapi maunya ada kemajuan. Itu cita-cita orang sakit. Selagi belum sihat. Usaha perlu diteruskan. 

Kata-kata ini saya pinjam dari perawat utama saya di rumah Iqra Sehat - Pak Haris.

"Kerja org sakit itu perlu ikhtiar. Hingga ketemu rawatan yg paling sesuai n mantap utk penyakit yang dihidapinya. Penyakit juga perlu deskripsi yg tepat supaya bertemu jodoh perawatan yg cocok. Subhanallah...hingga sakit dan ubat dijadikan berpasangan. Penjodohan dan kesembuhan itu milik Allah. Kita perlu usaha, doa dan tawakal. Jgn sampai menzalimi diri sendiri."

(Ilmu yg didapat dari Rumah sehat iqra'-syukur jumpa sahabat yg berfikiran hebat) 

Masih ingat saya pernah bercerita tentang perubatan tulang sulbi yang ditawarkan kepada saya oleh seorang ustaz dari Beranang. Alkisah suami saya menerima tawaran tersebut dan bersetuju saya dibawa untuk dirawat di Bandung. Tidak terlintas langsung - walaupun ia adalah destinasi idaman..dalam wishlist saya kok..! Begitu Allah melorongkan..Alhamdulilah. Moga bertemu sembuhnya. 

Tanggal 28 Mac 2014 - saya terbang ke Bandung bersama suami, Ustaz dan Isterinya. Kami berempat. Kami dibawa berehat di Guest House Pringgodani - Jalan Soekarno Hatta - berhampiran MTC.

Rawatan bermula pada keesokan harinya, Sabtu - Selepas diagnosis (mereka periksa lidah, mata dan tapak tangan) katanya Pak Ridwan badan saya dingin...maka saya disyorkan untuk direndam kaki kemudian di urut seluruh badan. Sakit bukan kepalang. 

Rumah sehat ini dimiliki oleh Pak Haris. Perawatnya ramai dan sopan sekali melayan pesakit. Rumah Sehat ini dibuka dari Jam 8.00 pagi WIB hingga jam 15.00 ptg. Hari Jumaat Cuti.

Selepas diurut bermulalah sesi kiropraktik. Tulang ekor (corcyx) saya itu diperiksa kedudukannya dari jalan belakang (dubur). Masya Allah..malunya dan sakitnya..!

Pada sesi petang saya dibawa untuk x-ray di Hospital Islam Bandung. Di sini dipanggil rontgen (bunyinya seperti ronsen). Selesai hari pertama. Malam kami dibawa menginap di rumah tamu Pak Haris.

Something that I cant resist.. - Makanannya..waduh sedap semuanya. Mau bulat balik Malaysia!

Next day (Ahad) - Pak haris dikhabarkan sudah pulang dari Amsterdam dan bersedia untuk merawat saya. Alhamdulilah...syukur yang amat. Bertemu dia macam bertemu sahabat lama. Ramah bercerita dan berwawasan. Visinya mantap. Lulusan Aeronautik tapi kepakarannya membetulkan tulang. Begitu Allah merencanakan.

Katanya - apa pun penyakit harus dirawat puncanya - umpama sebuah rumah bocor..bila hujan air akan masuk dalam rumah. Basah kayu/lantai - tumbuh cendawan berkulat dan sebagainya lalu dilap keringkan/ disembur bahan kimia untuk menghalang cendawan dari tumbuh. Disembur pembersih untuk mewangikan. tapi kebocoran tadi tidak dibaiki. Maka akan terus berlaku limpahan air. Jadi puncanya dulu perlu di rawat.

Begitu juga dengan penyakit yang dihidapi oleh seseorang manusia..

Jadilah org yg bijaksana...org yg berakal itu sentiasa kembalikan fikirannya kepada penciptaan penciptaNya

Manusia dijadikan dari nutfah kemudian segumpal darah..kemudian Allah lanjutkan dengan pembentukan tulang..kemudian tulang itu dibaluti dengan daging (otot)..(Surah Al mukminun ayat 14)

maka tulang yang tersalah kedudukan..tentu akan menciptakan rasa sakit yang luar biasa kepada tubuh. Aliran darah terganggu. Bila aliran darah terganggu - menyebabkan penyakit lain mudah timbul seperti kebas-kebas, sengal dan sebagainya.

Hari kedua - saya di rawat sepenuhnya oleh Pak Haris. Kiropraktik - berderap-derap tulang dibetulkan. Sakit tu memang sakit tapi nak sihat - kenalah melalui rasa sakit luarbiasa dulu..

Jika semalam hanya periksa kedudukan tulang sulbi. Ronsen semalam diteliti oleh Pak Haris..maka bermulakan journey pemulihan..tulang leher dari atas C3-C7, tulang Thoraic juga bengkok ke kanan sedikit..dan paling parah tentu tulang lumbar dari L4 ke bawah hingga corcyx saya seperti bentuk L....

Bagaimana ibu jatuh nih..parah sekali! Soalan ini bertalu-talu ditanya. 

Kenapa dalam MRI dulu tak nampak benda nih...soalan ini pula bertalu-talu di benak saya.

Allahu rabbi.

Memang hebat kiropraktik yang saya lalui. Jeritan saya bagai tidak didengari. Sakit dan tunggu dulu..itu yang saya sebut2..selain zikrullah tentunya..

3 orang merawat dan menarik tulang saya. Pemeriksaan tulang corcyx itu dilakukan oleh perawat wanita. Di sini sangat dijaga masalah aurat dan batasnya. Namun jika terpaksa dilakukan adalah atas alasan rawatan.

Hari ketiga - setelah dibetulkan tulang - masih ada rasa pegal - kemudian saya dirawat dengan menggunakan sengatan lebah (3) point bermakna (3) ekor.

Hasilnya..barangkali rasa sakit yang luarbiasa sebab pembetulan tulang. Saya belum rasa nyaman sepenuhnya.

Petang Isnin 31 Mac 2014 - saya berangkat pulang. 

Terima kasih sahabat Iqra Sehat. Mudahan bertemu lagi. Terima kasih atas layanan dan baik budi kalian. Moga Allah membalasnya.

Saya akan ingat pesanannya:

Makanlah dari yg halal dan thoyyiban. Gula itu halal..tapi tidak thoiyyib utk org diabetes. Makanan yg dimakan itu juga ubat.

Syukur. Alhamdulilah. 





















2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.
  1. Assalamualaikum. Kes saya hampir serupa. Bengkok pada L4 L5. Baru ni ada nasihat utk ke sana juga.
    Lelaki. 48 tahun

    Soalannya:
    1- kos untuk anggaran?

    2-dengarnya mcm sakit 'sedikit' kaedah rawatan tu. Jadi nak tanyala setara mana level kesakitan tu?. Naik seriyau jugak

    3-setelah lbh setahun, apakah kesannya skrg ni? Berbaloikah utk saya pergi? berilah sikit pencerahan.

    Wassalam

Post a Comment

Sharing is caring..