Saturday, July 2, 2011

Chiropractic: Satu Ikhtiar

6 bulan telah berlalu...Alhamdulilah hari ini lebih baik dari 6 bulan dulu..Kali ini mencuba kaedah Chiropractic - di Bangsar. My doctor ni female from Australia nama dia Nicole. Alhamdulilah..tak der la rasa malu sangat so senang sikit nak point kat mana yang rasa sakit. Seperti yang pernah diceritakan dalam entry sebelum ini, sakit belakang is one story..then radiculopathy/ sciatica is another story - ni yang paling tak tahan dan rasanya still berlarutan hingga kini. Kebanyakan rasa sakit adalah dari pinggang ke bawah terutamanya kat punggung dan bahagian sebelah belakang dari pinggang hingga ke tapak kaki.

Kalau dulu, bila berjalan more than 10 minit je dah rasa cramp kat tapak kaki - as i said it was like stabbing, stiffness dan numbness. And now getting better cuma for the last 4 weeks, there's another problem coming up. Rasa sakit dari pinggang ke atas - hingga menyebabkan sakit leher, lengan kebas hingga ke jari-jari tangan - apa pulak ni..? And chest pain..sometimes nak breathing pun rasa macam kena tikam..*sigh* Sebelah kanan aje. 

Emm tak tau la..nanti bila dah buat check up - akan diupdatekan di sini ye..

The best part chiro ni tak suggest untuk consume drugs - bila sakit akan guna ice cube/ tuam pakai hot pad - takat ni the best is medipak sebab senang boleh masuk microwave huhu.. 

Now..dah tak bergantung sangat kat Lyrica, Arcoxia, tramal dan all the pain killers. Hanya akan consume bila rasa sakit sangat dan jika nak bawa kereta long distance. Syukur semua orang di sekeliling amat membantu dan memberikan sokongan dalam mengharungi rasa sakit. 

Adakalanya rasa sakit tu tidak dirasai langsung boleh buat kerja macam biasa - tapi bila tak rasa sakit jadi rasa rindu pulak hehe - betullah bahawa ada kesusahan dalam kesenangan dan ada kesenangan dalam kesukaran..Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. 

ish..kadang-kadang terfikir juga yang worse case scenario - in case urat2 saraf ni jammed - tapi percayalah jika telah sampai waktunya - takkan cepat walau sesaat dan takkan lambat walau sesaat. Aku sangat yakin itu.  

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...