Sunday, July 3, 2011

Ancaman bagi kaum Adam yang meninggalkan solat berjamaah di Masjid



Solat berjemaah pada masa kini  didalam masyarakat kita hanya dijadikan sebagai upacara sempenaan tertentu sahaja seperti ada majlis-majlis rasmi dan keramaian atau dijadikan acara mingguan dan tahunan sahaja  seperti solat jumaat dan hari raya.  Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan  kita orang Islam memandang  remeh hal solat berjamaah  serta beranggapan ianya tidak penting ?! Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak didalam satu barisan bermula dari solat berjamaah. Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff ayat 4 :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.

Sabda baginda SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah RA bermaksud:

“Seberat-berat  solat ke atas golongan munafiq  ialah  solat `Isya’ dan  solat Subuh.  Jika mereka tahu  kelebihan  pada kedua-dua solat  tersebut,  tentu  mereka  akan menunaikannya (secara berjemaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat).

Beza antara  seorang muslim yang sejati dan munafik adalah pada solat mereka
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).  surah an-Nisaa ayat 142:


No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...