Tuesday, January 1, 2013

Alhamdulilah...terima kasih Ya Allah..

Salam,

Syukur kepada Allah atas nikmat yang telah Dia berikan kepada kita..nikmat mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, tangan untuk merasa/menyentuh/membelai..andai salah satu ditarik oleh Allah juga tentu
kita akan terasa kalut, tidak lengkap dan kehilangan..itulah kebesaran Allah.

Terima kasih wahai Allah.
Atas nikmat iman dan islam - kerana takdirMu aku dilahirkan dalam keluarga Islam
Atas nikmat berpasangan - Ditemukan jodoh suami yang sempurna..Insyaa Allah..
Atas nikmat menjadi ibu - Dikurniakan Anak - mudah-mudahan solehah hendaknya..
Atas nikmat rezeki - Moga bertambah luas dan boleh dikongsikan dengan lebih ramai orang.
Atas nikmat cinta mencintai - Mencintai sahabat sehidup dan sematiku kerana Allah, sahabat perjuanganku kerana Allah bukan kerana harta atau rupa atau apa sahaja yang boleh dibandingkan..
Uhibbuka fillah..itulah lafaz termahal..

11 tahun hanyalah angka..
Semoga Allah terus mengekalkan kita hidup aman damai di bawah lindunganNya, rahmat dariNya dan redhaNya..dan setiap hayunan langkah dalam meniti kehidupan. Matlamat hanya satu - moga Syurga Allah di dalam genggaman..

Ditulis pada 31 Disember 2012 - Hari ulangtahun perkahwinan 

2 comments:

  1. happy anniversary akak..moga ikatan perkahwinan terus kukuh dan dinaungi rahmatNya dan kasih sayangNya insyaa Allah.. love and miss you too!!

    ReplyDelete

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...