Tuesday, December 18, 2012

SYMP...ya rabb!

Salam..

These 4 letters are the very fofular dikalangan penjawat awam...dalam setiap surat keluar wajib ada. Tapi terfikirkah kita this 4 letters kita perlu sematkan dalam diri kerana kita ini hambaNya. Islam ialah cara hidup kita. Hidup tu walau di mana dunia kita - rumah, shopping complex, tempat kerja..pendek kata ke mana saja kaki kita ini melangkah maka Islam itu perlu diletakkan ditempatnya. Paling hadapan..! 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Alhujuraat 49:1)

Fikirkanlah bahawa kita ni tak terlepas dari pandangan mata Allah. Waktu kita tidur mahupun terjaga..24 jam sehari..365 hari setahun. Kalau nak buat jahat..cuba fikir ada tak ruang mana yang Allah tak nampak kita nak buat jahat tu...lintasan hati yang penuh hasad itu adakah Allah tidak tahu..? Kalau sembunyi bawah meja/dalam kotak kecik sekalipun..adakah kita boleh shut down mata Allah dari melihat kita? Jawapan pasti - tentulah tidak. Kita takkan berjaya melepaskan diri..kalau di dunia ni tak boleh lepaskan diri - kat akhirat nanti boleh ke? tentu lagi ngeri kalau difikir2kan...

Mulut mungkin boleh berdusta tapi angggota badan yang melakukan tentu tidak boleh menipu..apatah lagi memang janji Allah - anggota badan lain akan jadi saksi..malah menjawab bagi pihak mulut yang cuba menipu dulu..! 

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnyapendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.(Al-Israa' 17:36)

Mulai hari ini..tukar cara kita berfikir:

Hidup ini adalah pengabdian kepada Allah seluruhnya.

Kalau kita bekerja - bukan bekerja dengan majikan/kerja dengan Kerajaan tapi bekerja dengan Allah kerana dia yg memberikan rezeki..bukan majikan..bukan Kerajaan.

Berbakti kepada suami/keluarga dan sesiapa sahaja - juga bakti kita kepada Allah. Kebaikan yang kita buat akan hapuskan keburukan dan dosa kita. Amal kita sikit-dosa kita membukit..jadi jgn tambah dosa lagi.

Jangan mengata dan mencela - kerana yg kita cela/mengata itu ialah Allah. Contoh: mengata orang tu gemuk..kurus..pendek..tinggi..dia jadi sendiri ke? tentu tak kann...Allah yg buat.

Tidur kita juga kerana Allah. Allah jadikan malam utk beristirehat..

Pergi kerja dengan ceria - kerana Allah jadikan siang untuk pelbagai urusan yg sibuk. Tapi jangan lupa Dia.

Allah jadikan waktu untuk kita sentiasa ingat dia. Pagi, petang siang dan malam.

Allah bagi ujian utk ukur keimanan dan adakah kita iman kita itu mampu menangkis hasutan syaitan.

Tawakallah dalam apapun pekerjaan. 

Pilihlah syurga.

Bukalah mata hati wahai sahabat..dan SYMP lah kepada Rabb yang maha tinggi! 




No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...