Wednesday, August 28, 2013

Menjadi TetamuNya Lagi.

Salam,

Rasanya tidak pernah jemu..malah kalau boleh mahu tinggal di sana terus...! Tapi apakan daya...
Kali ini lebih lama..dan inilah rezeki Allah namanya...saat sekatan visa kemasukan ke Arab Saudi semakin memuncak, kami diberikan Jalan oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya...lebih 30 hari berada di sana Masyaa Allah, Alhamdulilah...syukurrr...ramadhan kali ini bertemu lagi baitullah yang dicintai.

Menaiki Air Asia-X penerbangan terus dari KL ke Jeddah pada 8 Julai 2013..dengan ditemani buah hati kesayangan saya. Mudahan Allah izin kami bersama-sama ke syurga Allah. Impian semua orang dalam dunia ini rasanya...makbulkan lah Ya Allah.

Selalunya selain buah hati, saya akan ditemani ibunda tercinta juga..tapi musafir kali ini ibu saya tidak dapat bersama..tinggal menjaga anakanda saya..sedih juga..ada suatu hari tu terkenang sangat2 akan ibunda saya ini kerana setiap kali tawaf, selalunya saya akan pegang kuat2 tangan bonda..tapi tidak pada perjalanan ramadhan kali ini. Mudahan tahun yang akan datang ye ibu..! Termangu2 dalam masjid lepas subuh ada seorang makcik menegur saya..hendak tawaf nak..? Saya terkejut dan terharu kerana saat saya terkenangkan ibu..Allah hantar penggantinya. Saya bawa makcik ini bertawaf, meredah khalayak yang ramai membanjiri dataran kaabah saat lepas subuh. T T....berlinang2 air mata saya.


Setiap hari begitulah..ada pelbagai peristiwa yang berlaku...lebih2 lagi saya bebas menempatkan diri di mana sahaja dalam ruang solat di masjidilharam itu (kecuali tempat ar-rijal) bergerak seorang, bebas dan lepas. Syukur Allah makbulkan doa saya untuk bersendirian dan hanya ditemaniNya. 

Saya bertemu orang Syria. Sedih sayu dan syahdu mendengar dia bercerita. Saya faham jugalah sikit bahasa Arab - biiznillah..saat menunggu berbuka puasa..barisan saf saya itu terselit orang syria..bersungguh kami mendengar ceritanya..Dugaan Allah sangat berat dia telah kehilangan semuanya..anak, harta dan keluarga. Maghrib kami pada hari itu dibasahi dengan linangan air mata kesedihan kerana mengenangkan sahabat kami ini tidak boleh tertahan-tahan..semua dalam barisan saf itu menangis kesedihan. Saat mau pulang, saya mendoakan dia tenang dan sabar dengan ujian Allah. Dia peluk dan cium saya...! Ajaibnya makhluk Allah yang bernama kasih sayang...walau tidak kenal, beza bangsa, bahasa dan budaya tapi itu bukan halangan kerana kasih sayang menyatukan hati.

Begitu juga ketika taraweeh satu hari tu saya bersebelahan perempuan turkey, gerakan kami sama, lintasan hati kami sama dan dia bantu saya ingat rakaat taraweeh..Semoga Allah merahmati dia. Kami bersalaman dan saling mendoakan saat berpisah malam itu.

Paling diingati..seorang ummi dari Iraq..dia jadi guru saya tadarus quran. Saya duduk dengan dia dari waktu zuhur hinggalah lepas taraweeh. Ya allah..dia bantu menegur bacaan saya. Dia kata bacaan saya baik dan bertanya di mana saya belajar..saya jawab dalam bahasa arab lancar..masyaa allah..boleh saya faham dia cakap dan saya boleh bercakap dengan dia. Itu yang lebih membuatkan saya bercita-cita untuk tinggal di negara Arab. Allahu rabbi...mudahan menjadi kenyataan dan bukan khayalan saya semata.

Berhari raya di Makkah tahun ini. Meriah di hati saya. Berbunga-bunga..!

Hari raya kedua ziarah makam Rasulullah...rasa macam mimpi menjejak kaki di bumi rasulullah.

Alhamdulilah. Sebanyak-banyaknya..atas kurniaan ini ya Allah..

Rezekikan juga orang yang membaca tulisan ini untuk berpuasa dan bertaraweeh di Haramain..

Semoga dapat bertemu lagi dengan baitullah dan masjidinabawi.

Taqabalallahu minna wa minkum. Eid Mubarak.

Pulang ke Malaysia 12 Ogos 2013.









Al Faqir Ilallah.
18 Syawal 1434H


No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...