Dalam zaman teknologi yang semakin canggih ini, perbuatan ramalan nasib juga canggih - selaras dengan kemajuan. Tengok saja di FB ada aje aplikasi-aplikasi yang meramalkan bentuk badan, ramalan tapak tangan, jenis darah, horoskop, tuah nombor tertentu, warna-warna dan bulan kelahiran. Ada yang melalui iklan, SMS, dan pelbagai jaringan sosial yang lain.
Tak perlu keluar rumah untuk bertemu dukun atau tukang tilik..semuanya telah ada di depan mata dan dihujung jari sahaja..so berhati-hati dengan aplikasi di FB..walaupun niatnya hanya untuk suka-suka..
Sabda nabi:
Sesiapa sahaja yang mendatangi tukang ramal, lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam (HR Muslim)
Jika hanya dengan bertanya saja telah ditolak amalan solat selama 40 malam, apatah lagi jika mempercayainya...oleh itu..berhati-hati dengan setiap amal perbuatan, perkataan dan lintasan hati kerana apa juga konsep ramalan seperti ini adalah termasuk dalam perbuatan syirik dan mampu untuk meleburkan sefala bentuk nilai amalan kebajikan yang pernah kita usahakan...
firman Allah:
Jika mereka mensyirikkan Allah, nescaya lenyaplah amalan-amalan kebaikan yang telah mereka usahakan (6:88)
Berhati-hatilah jika memforward aplication di FB..ramalan-ramalan seperti ini jauh dari manfaat, tidak ilmiah malah miskin dari aspek agama...
No comments:
Post a Comment