Thursday, March 17, 2011

Cerita beg yg hilang (sebenarnya tak hilang)..

Alhamdulilah..setinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaMu Ya Allah..yang memberikan rezeki, kesihatan yang baik serta peluang. Kami datang lagi..kali ini membawa Ayah, ibu serta anak kami. Perjalanan bermula pada 25 Februari 2011 ke Jakarta dengan menaiki Garuda Indonesia..transit selama 2 hari - disediakan makan minum dan tempat tinggal serta melancong ke Mangga Dua dan Tanah Abang..sangat mengagumkan hingga bercita-cita akan kembali lagi ke Jakarta..Insyallah..kalau uangnya mengijinkan hehe

9 jam 30 minit terbang dari Soekarno Hatta Airport ke Jeddah - sangat meletihkan tambah pulak air-cond tak berapa elok bertambah panas..kejap2 aku bangun utk meredakan sakit pinggang sbb duduk lama..

Sebaik tiba di King Abdul aziz airport dan selesai urusan imigresen, kami dibawa pula ke Madinah dengan menaiki bas. Pain killer menjadi teman..untuk meredakan kesakitan. Aku sayu bila sampai ke madinah..alhamdulilah - aku dijemput lagi untuk berziarah ke makam nabi. Sepanjang perjalanan tido tapi sesampai saja di Madinah, bagai dikejutkan dan tidak sabar untuk menatap tempat yang sentiasa dirindui...rindu yang meruntun hati..


2 hari dipenuhkan dengan ziarah, ibadah dengan penuh khusyuk dan tawaduk..semuanya milik Allah dan tiada apa yang ada pada Kita ini..ke raudhah dan sekitar madinah..Salam disampaikan buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w begitu juga yang dikirimkan oleh saudara mara dan sahabat..

Selepas 2 hari di Madinah - tibalah masa untuk berangkat ke Makkah, kami bertolak dari Masjid Zulhulaifah tepat jam 6 ptg dan dijangka tiba di Makkah pada jam 11 malam. Dalam keadaan ihram - sesampai di Makkah, hari telah lewat malam..namun dikuatkan hati untuk menyudahkan ihram. Semua beg-beg telah dipunggah dari perut bas..namun dugaan untukku, beg pakaian kepunyaan ku tidak ditemui...aduhaii...risaunya hati bukan kepalang..mana ada pakaian lain selain dari pakaian ihram ni..dan juga sehelai seluar yg diletakkan dalam beg anakku hana..

Sedih juga..sebab aduan mcam tak diendahkan..dalam hati terdetik - ini ujian ALLAH utk hambaNya..dalam fikiran masa tu mungkin kena bagi masa 2-3 hari untuk membolehkan mereka trace semula beg tu..

Masuk hari ke empat..still tiada berita..aku pasrah memang sah hilanglah ni agaknya..tapi susah nak lawan dari dok teringat sebab ada jubah yg aku baru beli dari Jakarta n juga Madinah. huhu...dalam tawaf n solat aku berdoa supaya hati ini tidak cenderung kepada barang yg hilang hingga menyebabkan aku lupa yg aku ni berada di masjidil haram! Aku mohon Allah berikan keyakinan dan kesabaran atas ujian/musibah.

Alhamdulilah- I manage to go through..bila rasa teringat tu cepat-cepat ingat Allah n mohon supaya kalau dijumpai mudahan orang yg jumpa tu tergerak utk hantarkan pada kami semula..huhu..

Beg yg hilang tu mengandungi baju-baju, hp BB dan dompet duit. Pikir2 semula - tak per lah dokumen2 tu boleh buat baru..duit ilang - mudahan Allah ganti balik dengan yg lebih baik..BB ilang (huhu..) dapat Iphone 4 agaknya hehe gitu la aku pikir. Hubby pun cakap cam tu jugak.

Sekembalinya kami ke Malaysia - dari Makkah gerak jam 10 pagi - sedih dan hiba mudahan diluaskan lagi rezeki dan dapat datang lagi...penerbangan ke Jakarta jam 7.55 malam tapi takut urusan imigresen lambat tu yg bertolak awal. Tepat jam 12.30 tengahari da sampai airport Jeddah.

Jam 9.50 pagi 12 Mac 2011 kami sampai ke Jakarta - setelah 9 jam 30 minit penerbangan tapi kena tunggu connecting flight ke KLIA jam 6.00 petang. Letih, sakit, badan tak selesa (sbb jet lag) dan berbagai rasa lagi..memang tak larattt...uii beza masa pegi haji dulu masa sihattt..Alhamdulilah..sampai juga walaupun dalam sakit! Selamat sampai ke KL jam 8.00 mlm mendarat di KLIA. What a long journeyy..

Selepas 2 hari di rumah berehat - hari selasa tu (15 Mac 2011) pegi buat report polis atas kehilangan beg dan dokumen, buat surat kepada andalusia utk tuntut sebahagian kos kehilangan. Pegi JPN, JPJ dan last baru pegi Andalusia - sbb nak hantar surat...

ALLAHU AKBAR..! masa nak naik tangga ke tingkat atas untuk menyampaikan surat, kami terpandangkan beg yg sangat familiar...looks very alike dgn beg aku yg hilang tuuh...bila tengok dekat - SAHH memang beg aku cuma dah ditanggalkan pengenalan yg aku lekatkan di beg tersebut dan ada tulis nama aku kecikkk je..bila tengok tag penerbangan tu Saudi Arabian Airline n tarikh yg tertera 3 Mac 2011 - maknanya dia da balik malaysia dulu dari aku..!
Melompat kegembiraan kami suami isteri..! Sujud syukur dengan linangan air mata..!! Penat gi beratur buat lesen, IC dan report polis hehehe...

Rupa-rupanya tak hilang - semoga Allah limpahkan rahmat kepada orang yg menjumpai beg aku tu, yg sudi menyorongkannya dari Airport Jeddah, melepasi urusan kargo, melepasi urusan kargo di tempat transit (kebanyakan jemaah transit di pelbagai tempat - abu dhabi, bahrain), mengambilnya pula di baggage belt dan sorong pula ke kenderaan, bawa balik ke rumah dan menghantarkannya pula ke ANDALUSIA travel hingga membawa kepada pertemuan semula...Alhamdulilahi Rabbil Alaminnn!


Bila balik rumah check barang2 semua ada - dompet duit, hp BB dan baju-baju, souvenier beli di Jakarta.

BIG smile!



2 comments:

  1. Allahu Akbar..:) AlhamdulilLah..

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita sebijik dengan cerita aku..tapi hari ini da masuk seminggu masih belum ada khabar berita..hope dipertemukan kembali..

    ReplyDelete

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...