Tuesday, May 29, 2012

Hargai Ilmu

Salam,

Ilmu yang baik tidak wajar disia-siakan. Peluang adalah kata kunci utama kepada kemahuan. Bertitik tolak dari situ, saya mula rajin mendengar dan mencari - ilmu yang bermanfaat dari pelbagai sumber program di radio, TV media cetak, peluang hadir kursus, internet apatah lagi..hatta kepada orang yang ditemui semasa dalam perjalanan, perjumpaan dan apa saja - prinsipnya mesti positif dan membina serta mempunyai hikmah dan ibrah..

Baru-baru ini ada terdengar rancangan motivasi kelolaan Ustaz Hasrizal (Abu Saif) - berkaitan realistic thinking dan antara isu yang turut dibincangkan ialah mengenai aduan orang ramai/sahabat beliau sendiri yg merasakan bahawa mereka tidak pandai menulis..dan saya sendiri - pada mulanya sangat mengagumi penulis-penulis yang pandai menulis artikel, dan merasakan diri saya sama seperti apa yang orang lain rasa - tidak cukup ilmu dan pengalaman untuk menulis. Justeru itu, saya menjadikan blog ini sebagai platform menggilap bakat penulisan. Sungguh - saya memang suka menulis. Kalau diberi peluang mahu menjadi kolumnis dan mengajar. Saya boleh mengajar bahasa Arab - walaupun untuk sekolah rendah, saya boleh menterjemah Quran Tafsir yang berbahasa Arab - hasil bimbingan Ustaz kesayangan saya walaupun saya bukan berkelulusan BA bahasa Arab. Kerjaya saya berkait rapat dengan penulisan kertas cadangan. Malah saya telah menegakkan panji-panji bahawa saya lebih rela menulis dari mengira! 
Prinsip Abu Saif mudah - Kadang kala kita perlu dipaksa sebelum menyukai sesuatu..baru ia akan datang minat..dan pada pendapat beliau kebolehan bercerita/menerangkan adalah timbul dari kefahaman yang mendalam tentang sesuatu perkara dan pemerhatian dari hati nurani. Katanya lagi - semua orang ada kebolehan untuk menulis - bezanya ialah persepsi seseorang ke atas peristiwa / pengalaman yang berlaku. Jika berdasarkan kepada pengalaman hidup - orang yang berusia 20 tahun bermakna telah ada 20 tahun pengalaman hidup dan jika ia meningkat maka bertambah tingkatan pengalaman tadi. So...janganlah memperkecilkan pengalaman hidup anda..kita perlu menukar perpektif pengelihatan..ada banyak beza melihat dengan mata fizikal dan mata jiwa.

Melalui penulisan, ilmu dapat dikongsikan bersama pembaca yang lain.

Saya suka tu...



No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...