Golongan pertama yang memeluk Islam:
Nama beliau ialah Jaafar bin Abi Talib bin Abdul Muttalib. Manakala gelaran beliau pula ialah Abi Masakin kerana terlalu suka kepada fakir miskin serta berlemah-lembut dan berbuat baik kepada mereka.Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w. Jaafar bin Abi Talib memeluk Islam bersama-sama kumpulan pertama yang mendahului orang lain. Oleh itu beliau tergolong di dalam golongan orang yang awal memeluk Islam.
Penghijrahan beliau ke Habsyah:- Oleh kerana Jaafar dan isterinya Asma' binti Amis menghadapi penyeksaan yang sangat kuat dari kaum musyrikin, akhirnya mereka diizinkan oleh Rasulullah s.a.w untuk berhijrah bersama orang-orang yang berhijrah ke Habsyah tempat Raja Najasyi.
- Setelah Quraisy mengutuskan Amru bin Al-As (sebelum beliau memeluk Islam) dan Abdullah bin Abi Rubai'ah menemui Raja Najasyi dengan membawa hadiah kepadanya dan kepada paderi-paderinya supaya Raja Najasyi menyerahkan kembali muhajirin dari kalangan umat Islam. Peranan Jaafar bin Abi Talib mula terserlah di dalam percakapannya dengan Raja Najasyi. Ummu Salamah r.a yang merupakan salah seorang dari kalangan umat Islam yang berhijrah ke Habsyah berkata: "kemudian Raja Najasyi meminta kami supaya berjumpa dengannya. Sebelum berjumpa dengan beliau, kami membuat perbincangan di antara kami. Lantas sebahagian di antara kami berkata: Sesungguhnya raja akan bertanya tentang agama kamu dan sudah pasti kamu akan membongkar segala keimanan kamu ini, biarlah Jaafar sahaja yang bercakap di kalangan kamu manakala yang lain hendaklah diam sahaja". Ummu Salamah berkata lagi: Kemudian kami berjumpa dengan Raja Najasyi dan kami dapati beliau telah menjemput para paderinya yang berada di sebelah kiri dan kanan beliau dalam keadaan memakai pakaian labuh dan memakai penutup kepala mereka sambil membuka kitab yang berada di tangan mereka dan kami dapati Amru bin Al-As serta Abdullah bin Abu Rubai'ah juga berada di sisi Najasyi tersebut. Setelah kami mengambil tempat masing-masing di dalam majlis tersebut Najasyi terus berpaling kepada kami dan berkata: Apakah dia agama yang kamu cipta untuk diri kamu ini menyebabkan kamu memecahbelahkan agama kaum kamu dan kamu tidak memeluk agama aku dan kamu juga tidak memeluk mana-mana agama dari agama ini?.

Lalu Jaafar bin Abi Talib bangun dan berkata: Wahai Raja, ketika kami berada dalam jahiliah kami menyembah patung-patung, memakan bangkai, melakukan perbuatan keji, memutuskan hubungan silaturahim, menyakiti jiran serta golongan yang kuat menindas golongan yang lemah. Kami berada dalam keadaan demikian sehinggalah Allah mengutuskan kepada kami seorang rasul dari kalangan kami sendiri yang kami kenal keturunannya, kebenarannya, amanahnya dan kesuciannya. Lalu dia mengajak kami kepada Allah supaya mentauhidkanNya, menyembahNya dan membuang semua jenis penyembahan yang disembah selain daripada Allah yang dilakukan oleh kami dan datuk nenek kami seperti penyembahan batu dan patung-patung. Dia juga menyuruh kami supaya bercakap benar dan menunaikan amanah, menghubungkan hubungan silaturahim, berbuat baik kepada jiran, tidak melakukan perkara haram, menumpahkan darah dan menghalang kami dari melakukan perbuatan keji, bercakap dusta, memakan harta anak yatim, melakukan tuduhan melulu terhadap perempuan-perempuan yang suci dan menyuruh kami supaya menyembah Allah Yang Maha Esa dan tidak berlaku syirik kepadaNya dengan sesuatupun, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu kami membenarkannya, kami beriman kepadanya dan mengikuti apa yang dibawa olehnya daripada Allah sehingga kami menghalalkan apa yang telah dihalalkan kepada kami dan kami mengharamkan apa yang telah diharamkan kepada kami.
Tidak ada apa yang dilakukan oleh kaum kami wahai raja kecuali mereka menjadi musuh kepada kami. Lalu mereka menyeksa kami dengan seksaan yang sangat dahsyat, agar kami meninggalkan agama kami dan kembali kepada menyembah berhala. Setelah kami diseksa, dizalimi dan menerima tekanan demi tekanan, lalu kami mencari penyelesaian dengan keluar ke negeri kamu ini dan kami hanya memilih kamu berbanding dengan Raja yang lain dan kami ingin menjadi jiran kamu dan kami mengharapkan agar kami tidak dizalimi di bawah kekuasaan kamu.
Kata-kata Jaafar bin Abi Talib ini banyak memberi kesan kepada Raja Najasyi, lalu beliau berkata: Adakah kamu memiliki sesuatu yang di bawa oleh nabi kamu daripada Allah? Jaafar berkata: Ada. Najasyi berkata: Bacalah kepadaku. Lalu Jaafar membaca kepadanya surah Maryam:
Yang bermaksud: Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad. (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (Surah Al-Maryam, Ayat: 1-4). Sehingga sampai separuh surah tersebut.
Ummu Salamah berkata: Lalu Raja Najasyi menangis sehingga basah jambangnya dengan air mata, begitu juga dengan paderinya sehingga basah kitab suci mereka ketika mendengar ayat-ayat Allah itu. Di sini Raja Najasyi berkata kepada kami: Sesungguhnya apa yang di bawa oleh nabi kamu dan apa yang di bawa oleh nabi Isa adalah semata-mata untuk mengeluarkan umat manusia dari satu ceruk. Kemudian beliau berpaling kepada Amru dan Abdullah serta berkata kepada mereka berdua: Pulanglah, demi Allah tiada keselamatan bagi kamu berdua buat selama-lamanya.

Usaha Amru supaya berlaku pertempuran di antara Najasyi dan umat Islam di tolak oleh Jaafar:
Ummu Salamah berkata: Setelah kami keluar dari tempat Raja Najasyi, Amru bin Al-As berjanji kepada kami dan berkata kepada sahabatnya: Demi Allah, esok aku akan berjumpa dengan raja dan aku akan memenuhi dadanya dengan kemarahan dan membakar semangat kebenciannya kepada mereka malah aku akan berusaha untuk memerangi mereka sehingga ke akar umbi.
Lalu Abdullah berkata kepadanya: Janganlah kamu lakukan perkara itu wahai Amru, walaupun mereka tidak bersama dengan kita tetapi mereka terdiri dari kalangan kaum kerabat kita. Amru berkata kepada Abdullah: Walaupun apa katamu, demi Allah aku akan menceritakan perkara itu untuk menggetarkan kaki-kaki mereka. Demi Allah aku akan katakan kepada raja: Bahawa mereka (Jaafar dan kawan-kawannya) menyangka bahawa Isa bin Maryam seorang hamba. Keesokan harinya Amru masuk berjumpa dengan Raja Najasyi dan berkata kepadanya: Wahai Raja! Sesungguhnya mereka ini (Jaafar dan kawan-kawannya) yang kamu jaga dan kamu kawal berkata kepada Isa bin Maryam suatu kata-kata yang agung. Lalu raja Najasyi mengutuskan utusan berjumpa dengan Jaafar dan bertanya tentang apa yang dikatakan itu.
Ummu Salamah berkata: Apabila kami mengetahui perkara sedemikian, kami terus berjumpa sesama kami dengan perasaan yang cukup sedih dan pilu, tidak pernah kami rasakan seperti itu. Kemudian kami berbincang sesama kami: Apakah yang akan kamu katakan tentang Isa apabila ditanya oleh raja?. Lalu kami berkata: Demi Allah kami tidak berkata apa-apa pun tentang Isa kecuali apa yang telah dikatakan oleh Allah dan tidak pernah terkeluar dari perintahNya sedikitpun dari apa yang dibawa oleh nabi kami, dengan apa yang kami pegang ini tidak mungkin berlaku apa yang dikatakan itu. Kemudian kami bersetuju untuk bercakap dengan mewakilkan kata-kata kami itu kepada Jaafar bin Abi Talib juga.
Setelah kami dipanggil oleh Raja Najasyi kami masuk dan kami dapati keadaan para paderinya sama sebagaimana yang kami lihat dahulu dan kami dapati di sana juga terdapat Amru bin Al-As dan temannya itu. Apabila kami berada di antara mereka, kami ditanya dengan kata-katanya: Apakah yang telah kamu katakan terhadap Isa bin Maryam? Jaafar bin Abi Talib berkata kepadanya: Tidak ada apa yang kami katakan melainkan apa yang telah dikatakan oleh nabi kami s.a.w. Lalu Najasyi beJaafar: Apakah yang dikatakan oleh nabi kamu terhadap Isa? Jaafar menjawab: Nabi kami berkata: Bahawa dia adalah hamba Allah dan rasulnya serta Rohullah dan Kalimahnya yang telah dicampakkan kepada Maryam yang perawan.

Setelah Najasyi mendengar kata-kata Jaafar itu, dia terus menepuk tangannya ke bumi dan berkata: Demi Allah! Apa yang dikatakan oleh nabi kamu terhadap Maryam semuanya betul dan sedikitpun tidak terkeluar walau sehalus rambut. Lalu para paderi merungut mengkritik apa yang dikatakan oleh Najashi itu. Lantas Najashi berkata: Walaupun kamu merungut mengkritik! Kemudian dia berpaling dan berkata: Pergilah kamu semua, sesungguhnya kamu telah aman dan sesiapa yang mencela kamu menerima kerugian dan sesiapa yang menghalang kamu akan menerima balasan. Demi Allah aku tidak suka sekiranya aku memiliki bukit emas sedangkan salah seorang daripada kamu disakiti. Kemudian Najasyi melihat kepada Amru dan sahabatnya lalu berkata: Kembalikan hadiah dua lelaki ini kepada mereka, aku tidak memerlukannya.
Ummu Salamah berkata: Amru dan Abdullah keluar dengan hati yang penuh sangat sedih dan cukup kecewa, sedangkan kami tetap berada di sisi Najasyi mendapat perlindungan dan menjadi jiran yang dihormati.
Kemudian Jaafar bersama para sahabatnya meninggalkan Habsyah kembali ke Madinah pada tahun ke tujuh Hijrah selepas Rasulullah s.a.w pulang dari Khaibar dan selepas peristiwa pembukaan Kota Mekah sehingga Rasulullah s.a.w gembira dengan kedatangan mereka itu.

Kewafatan Jaafar bin Abi Talib:
Jaafar bin Abi Talib gugur syahid di dalam peperangan Mu'tah bersama Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Rawahah. Kematian ini menyebabkan Rasulullah s.a.w sangat sedih.

No comments:
Post a Comment