Thursday, November 4, 2010

Bentuk pengabdian diri kepada selain Allah

Apakah rupa pengabdian diri kepada selain Allah? Antara rupa pengabdian diri kepada selain Allah itu ialah:

(1)Memuja hawa nafsu.
Firman Allah – Ta'ala: “Jangan engkau mengikut hawa nafsu, kelak ia menyesatkan engkau dari jalan Allah.”(38:26)

(2)Terikut2 kawan.
Firman Allah – Ta'ala: “Pada hari org ygzalim menggigit jarinya, ia berkata: “Alangkah baiknya jika dahulu aku mengikut jalan yg lurus bersama Rasul. Alangkah celakanya, kenapa dahulu aku mengambil si polan sbg teman baikku. Ia tlh menjauhkankanku drp al-Qur'an sesudah ia datang kepadaku.” (25:27-29)

(3)Terikat dgn tradisi nenek moyang. 

Firman Allah – Ta'ala “Apabila dikatakan kpd mrk: “Ikutlah apa yg Allah tlh turunkan (al-Qur'an) & apa yg Rasul bawa (al-Sunnah).” Jawab mrk: “Cukuplah kami mengikut nenek moyang kami,” walaupun nenek moyang mrk tidak mengetahui apa-apa & tidak mendapat petunjuk.” (5:104)



4)Mengutamakan suara majoriti. 

Firman Allah – Ta'ala: “Jika kamu mengikut org ramai yg terdapat di muka bumi ini, mrk akan menyesatkan kamu drp jalan Allah. Mereka itu tiada lain adalah mengikut sangkaan. Mereka itu tidak lain adalah melakukan
kebohongan trhdp Allah.” (6:116)



(5)Mendewa2kan pemimpin. 

Firman Allah: “Tatkala disembamkan muka org yg ingkar itu ke dlm neraka, mrk berkata: “Alangkah baiknya jika dahulu aku taatkan Allah (ikut al-Qur'an) dan taatkan Rasul (ikut al-Sunnah).” Kata mrk: “Kami dulu mengikut pemimpin & pembesar kami, lalu ia menyesatkan kami dr jln yg lurus.” (33:66/7)



(6)Taksub kepada “Tok Guru” walaupun berhujah tanpa dalil. 

FirmanAllah – Ta'ala: “Mereka mengambil para pendeta dan pemimpin agama mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah.” (9:31)



(7)Berdamping dengan syaitan. 

Firman Allah: “Jgnlah kamu mengikut jejak langkah syaitan krn ia adalah musuh yg nyata bgmu. Kerjanya hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan, mengerjakan perbuatan sumbang & bercakap ttg Allah apa yg kamu tiada pengetahuan mengenainya.” (2:168/9)


Sumber: Ustaz Baharuddin Ayuddin

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...