Thursday, November 4, 2010

Semat Al-Quran

Salam,
Telah lebih setahun mengikuti kelas kendalian Ustaz Baharuddin, banyak perkara telah membuka minda, akal fikiran dan keinsafan..betapa diri ini kerdil. Allah Maha Besar dan yang lain kecil belaka...berikut adalah petikan dari FB ustaz dan di dalam kelas-kelas sebelum ini disebut selalu...

Bimbingan al-Qur'an (1): Siapakah org yang beriman? Org yang beriman itu ialah org yang hidup berpegang teguh dengan al-Qur'an dan al-Sunnah. Firman Allah: "Sesungguhnya org-org yang beriman itu hanyalah org2 yg beriman kpd Allah (al-Qur'an) dan Rasul-Nya (al-Sunnah), kemudian mrk tidak ragu2 dan mrk berkorban dgn harta benda dan jiwa raga mrk pd jalan Allah, mrk itulah org2 yang benar (dakwaan iman mrk)." (49:15)

Bimbingan al-Qur'an (2): Apakah b'bingan al-Qur'an dan al-Sunnah? B'bingannya m'ajak manusia ke jln yg lurus. Firman Allah: "Wahai manusia, sesungguhnya tlh dtg kpdmu burhan drp Tuhanmu & tlh Kami turunkan nur yg terang. Adapun org2 yg beriman kpd Allah & b'pegang teguh kpd-Nya, nescaya Dia memasukkan mrk ke dlm rahmat drp-Nya, Dia limpahkan kurniaan-Nya & Dia berikan hidayah kpd mrk ke jln yg lurus." (4:174/5)

Bimbingan al-Qur'an (3): Apakah yg dmaksudkan dgn jln yg lurus? Jalan yg lurus itu ialah jln yg memimpin manusia kpd hidup mengabdikan diri kpd Allah. Firman Allah: "Hdklah kamu hidup mengabdikan diri kpd-Ku. Inilah jalan yg lurus." (36:61)

Bimbingan al-Qur'an (4): Apakah makna hidup mengabdikan diri kpd Allah? Maknanya ialah sbgmn firman Allah: "Sesungguhnya salatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah utk Allah Rabb al-'alamin. Tiada sbrg sekutu baginya dan yg demikian itu aku diperintah dan aku adalah org yg pertama2 tunduk patuh." (6:162/3)

Bimbingan al-Qur'an (5): Apakah akibat jika hidup mengabdikan diri kpd selain Allah?
Akibatnya membawa kpd kerugian krn kesudahannya adalah ke neraka. Firman Allah: “Abdikanlah dirimu kpd apa shj yang kamu suka selain drp Allah. Katakanlah: Sesungguhnya org yg paling rugi ialah org yang merugikan diri sendiri dan ahli keluarganya pd Hari Kiamat kelak. Ingat, yg demikian itu adalah kerugian yg nyata.” (39:15)
Sumber: Ustaz Baharuddin Ayudin

Jazakallah, ustaz!!

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...