Tuesday, June 7, 2011

Perkongsian bacaan: part of the comments - Surat Jiwang untuk Bi...


Bacaan ini diambil dari blog seorang sahabat - sebenarnya antara komen2 yg wujud dalam artikel yang ditulis dalam blog beliau - Namun sangat membukakan minda utk berfikir..

Aqidah yang sahih membuatkan kamu tidak lupa untuk tunduk dan sujud kepada Allah apabila tiba waktunya. Patuh kepada suruhannya dan berlaku lembut serta ehsan kepada hamba-hamba-Nya.

Itulah aqidah yang sahih yang membuatkan kamu sentiasa ingat dan takut kepada-Nya.

Aqidah yang mampu membawa manusia mengharungi segala ujian dan cabaran kehidupan di atas muka bumi. Itulah isi dan itulah inti pati ajaran Al-Quran dan As-sunnah.

Islam bukan agama zahiri tetapi penuh hikmah dan kaya dengan rahsia kehidupan yang perlu diselesaikan sepanjang zaman dan akan menghuraikan hikmahnya menurut kesesuaian manusia yang pelbagai keadaan.

Ayat Al-quran banyak membawakan cerita berkenaan umat-umat terdahulu tetapi tiada suatu pun di dalamnya yang membawakan butiran fakta secara tepat berkenaan lokasi, waktu dan watak yang terlibat secara terperinci. Ini kerana fokusnya ialah pada hikmah dan pengajaran bukan kepada fakta dan butiran.

Allah swt berfirman yang bermaksud : "Dan Katakanlah: "Beramal-lah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dkmbalikan kpd Allah Yg Mengetahui akan yang ghaib dan yg nyata, lalu diberitakan-Nya kpd kamu apa yg tlh kamu kerjakan"(9: 105)

Nabi s.a.w bersabda: “Tidaklah menimpa Seorang muslim itu sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu akan dosa-dosanya.” (Bukhari)

Ramai org mendakwa aliran pemikirannya itu ialah yang paling benar. Ianya sunnah dan ianya Al-Jamaah serta terjamin daripada kesesatan. Dikhuatiri itu hanyalah dakwaan yang sangat dangkal dan dipenuhi oleh kekaburan dan kepalsuan.

Pemikiran yg sahih n benar drpd Allah srta yg dikehendaki oleh Allah swt akn dapat membuatkan seseorang itu bersabar dan berlaku adil walau kepada musuh dan pihak yang lemah dan berada di bawah kekuasaan dan kemampuan kita.

Pemikiran yang sahih itu jugalah akan mbuatkan manusia x berputus asa, tidak menyerah kalah n tidak mudah terpedaya olh dunia.

Ianya adalah bkn sekadar pemikiran yg disusun olh ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis rasulullah semata-mata tetapi turut mengandungi makna-makna dan khasiat daripada kedua-duanya serta mampu menjadi akar yg utuh dlm kehidupan manusia sebagai peneguh dan penguat yang mampu menjulangkan amal sehingga ke langit tinggi.

Renungkan firman Allah dlm surah:(14:24-26)

Itulah aqidah Islam dan itulah fahaman yang sahih daripada Al-Quran dan as-sunnah.

Ianya tidak memerlukan nama.
Bubuhlah ia dengan apa jenama baik wahabi, sufi mahupun salafi. Langsung semua penjenamaan ini tidak akan mempengaruhi apa-apa kepada peribadi yang jiwanya teguh dan utuh oleh khasiat daripada Al-Quran dan as-sunnah ini.

Nabi memanggil agama ini sebagai Islam, ad-dean, millah Ibrahim, al-hanif dan sirath al-mustaqim tetapi semuanya bersumber pada hakikat yang sama iaitu daripada Allah dan untuk membawa manusia kepada Allah Swt.

Panduannya tetap sama iaitu Al-Quran dan as-sunnah rasulullah.

Demikianlah manusia yang ada di atas muka bumi ini. Penilaian kita mungkin mengelarnya dengan pelbagai nama dan jenama tetapi di sisi Allah, cuma ada dua kelompok manusia sahaja iaitu apakah ahli syurga atau pun ahli neraka.

Wallahu’alam.



credit to meera

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...