Wednesday, June 22, 2011

Sesal sekarang banyak gunanya..


Selalu kita dengar orang kata – bila bersara nanti boleh lah aku belajar agama, faham quran betulkan tajwid..ada juga yang kata ala kitakan muda lagi..nanti dah tua taubatla..yang lain pula kata..faham quran ni Cuma kerja ustaz, kita orang biasa-biasa ni tak perlu nanti jadi gila isim…yang lagi ekstrem – orang yang dok bagi dalil quran  ni orang wahabi..(ramai orang tau sebut tapi tak faham pun wahabi tu apa..). Percayalah Orang yang lalai akan menyesal.

 Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman. (Maryam 19:39) |


Sedarlah bahawa Kita ini adalah khalifah Allah 

 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)


Sesuai dengan peranan sebagai khalifah – kerja kita bukan mudah..Allah turunkan Alquran sebagai petunjuk supaya kita dapat kembali kepada Allah dan meraih syurga sebagai balasannya. Bagaimana? Anggaplah Al-quran itu sebagai peta yang membawa kita kepada destinasi akhirnya iaitu SYURGA. Jika tidak faham baca peta bagaimana mungkin kita boleh sampai ke destinasinya? 

True. Our ultimate goal sebenarnya menjadi ahli syurga..
 
Tapi biasalah manusia ni ada yang degil, ada yang lupa, pura-pura lupa, malas..dan yang paling teruk tidak mahu terima- menolak sebulat-bulatnya atas alasan hukum Allah tidak sesuai pada zaman ini..(Allahu musta’an). 

Sebagaimana Allah sebut:


 Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). (Al-Baqarah 2:18)



Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya. (Al-Kahfi 18:57)


Tahu kah kita jika terus berdegil dan terus berpaling, Allah akan tutup terus hati kita…? Tak takut kah..? 

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2:7)


Segala urusan itu (kecil atau besar) adalah milik Allah. Kitab amal kita akan dipertontonkan. Jadi bertawakallah dan usaha berbuat baik dan beramal soleh bersungguh kerana Allah tidak pernah tidur..sentiasa memerhatikan hamba-hambanya..

 
Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk). (Qaaf 50:43)





(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu. (Al-Jaathiyah 45:15)

Pengelihatan, pendengaran, gerak hati, minda dan perlakuan KESEMUANYA akan menjadi saksi kita..

 
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (Fussilat 41:21)

 
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). (Fussilat 41:22)
 
 
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa' 17:36) |

Ketahuilah sesal sekarang – selagi ada hayat banyak gunanya. Tetapi jika sesal setelah nyawa bercerai dari badan
Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!" (Az-Zumar 39:58)


Jika sesat kembalilah ke pangkal

Jika payah carilah ilmu

Jika buntu kembalilah pada yang satu…


Bergeraklah menuju redha ilahi – semoga kemenangan abadi milik kita..


No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...