Thursday, June 21, 2012

Perkongsian Bacaan : Anti Poligami?

Apabila wanita anti poligami, sebenarnya mereka telah mengecewakan wanita lainnya. Bahkan anti-poligami itu merupakan perbuatan yang zalim. Contohnya seorang lelaki yang sudah bergelar suami berkenalan dengan wanita lain lalu wanita itu sangat mencintai si lelaki. Jika poligami dihalang, maka wanita tersebut akan kecewa dan merana batinnya. 

Apabila cinta disekat, maka ia menjadi suatu yang sangat menyakitkan. Paling tidak apabila lelaki tersebut berpoligami, isteri pertama masih menjadi isteri dan tidak diceraikan. Namun, tidak boleh bagi lelaki untuk berpoligami jika dia tahu dia tidak mampu berlaku adil kelak.

[ JANGAN TERUSKAN MEMBACA NOTA INI SEHINGGA TAMAT JIKA ANDA TIDAK DAPAT MENGHADAM 'ENDING'NYA. ]

Mungkin ada yang bertanya, " Mengapa wanita tidak boleh berpoligami ?". Saya katakan, silalah jika anda ingin dilaknat, ingin nasab bercelaru, para suami berbunuhan atau bertumbuk tanpa dapat dikawal, dan berlakunya percanggahan fitrah dari segi biologi dan psikologi. Apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia adalah demi kebaikan ummat.

Mungkin juga ada yang bertanya " Bagaimana jika seorang isteri tidak mencintai suaminya tetapi menaruh perasaan pada lelaki lain ? ". Saya katakan perasaan cinta itu bukan satu dosa ! Nabi pernah membubarkan perkahwinan seorang wanita hanya kerana wanita tersebut tidak lagi cinta atau tidak lagi suka kepada suaminya yang ada walaupun suaminya itu lelaki yang baik. 

Isteri Thabit bin Qais pernah datang kepada Rasulullah s.a.w dan mengadu:

“Wahai Rasulullah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya ( mahar dari Qais ketika pernikahan ) ? Jawabnya: “Ya”. Lalu Rasulullah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia” (Riwayat Bukhari).

'Membenci kekufuran dalam Islam' yang terkandung dalam hadis di atas bermaksud penderhakaan terhadap suami yang akhirnya menyerupai kaum yang tidak beriman. Mungkinkah wanita boleh taat jika hatinya tidak lagi cinta ?

Apabila talak di tangan lelaki, bukan bermakna wanita tidak boleh membubarkan perkahwinan. Mereka boleh membubarkan perkahwinan tetapi hendaklah melalui khidmat Qadi yang dilantik oleh ulil amri. Dan Qadi itu hendaklah mengikuti sunnah yang tulen. Jika Qadi seorang yang jahil dan tidak mengikuti sunnah yang tulen, dia sebenarnya telah membunuh seluruh sistem perkahwinan Islam yang sangat seimbang dan tidak ada cacat-celanya walaupun sedikit.

Ingat ! Suami dan isteri kedua-duanya mempunyai kuasa untuk membubarkan perkahwinan hanya dengan alasan " Tidak lagi cinta ". Cuma lelaki kuasanya di mulut dan wanita kuasanya melalui Qadi. Jangan salahkan Islam jika ia kelihatan seolah-olah berat sebelah tetapi salahkan pemahaman manusia yang tersasar dari Islam yang tulen. Bertanyalah tentang agama kepada orang yang diyakini ilmunya.



FB: Mohamad Nasri

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...