Friday, June 22, 2012

Penawar - not from the drugs

Salam.

Saya baru guna- 2 minggu tapi Alhamdulilah ada rasa perubahan. Hanya Allah yang maha penyembuh..dalam tercari-cari ubat yang bukan berasaskan dadah huhu...aunty saya suggest utk makan benda ni..murah dan senang dapat. Tak pasti utk orang lain tapi apa salahnya cuba dan tawakallah kepada Allah - Dia yang maha penyembuh.

Khasiatnya- melalui pembacaan: boleh legakan sakit-sakit sendi, darah tinggi, kencing manis, buang toxin, masalah sembelit dan boleh kuruskan badan? Aduh yang terakhir tu agak sukar mempastikannya kerana ubat kurus yang sebenar adalah KURANGKAN MAKAN haha..

Apa kebendanya ye yang saya cerita ni..? 

Ia adalah physilium husk..bleh google - byk ceritanya - ada yang pro dan cons so anda semua boleh pertimbangkan sebaik-baiknya.

Cara Makan - Pagi-pagi sebelum sarapan.

kalau makan dia saja mestilah tak sedap..

Air suam - agak2 1/2 cawan

Madu 2 sudu teh

Cuka epal/Kurma

1 Sudu teh physilium husk

Bancuh semua dan minum segera..jangan tangguh sebab ia akan kembang nanti sure tak lalu nak telan. So..MINUM SEGERA!

Kat mana nak beli ?

Madu - syifa buleh, hiraq buleh pendek kata apa je asalkan madu

Cuka Epal - Kedai arab di KL ni byk Insya allah, kat jusco pun kekadang ada kiosk jual

physilium husk - saya beli kat tesco - section makanan organic

Cuma kena berhati-hati sebab ada sesetengah orang mungkin tak sesuai utk dimakan ketika hampir nak datang bulan. Sebab kalau tekanan darah rendah akan bertambah rendah dan mungkin menyebabkan pening dan pusing..

Apapun semua yg Allah jadikan ada manfaatnya, tinggal kita yang tidak tahu dan tidak bersyukur atas nikmat yang telah diberikan..


Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(An-Nahl 16:69)


pokok physilium husk






No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...