Friday, August 31, 2012

Perkongsian Bacaan: Tuduhan yang biasa ditanya kepada perempuan yang berpoligami

Salam, 

Terbaca mengenai perkara ini di salah satu blog yg saya minati - Tuduhan yang biasa ditanya kepada perempuan yang berpoligami

Tidak malukah mencuri suami orang?

1. Jika dikatakan sebagai mencuri, mungkin lebih baik bertanya pada ALLAH dan mengharap jawapan dariNYA. Malah segala persoalan yang dilontarkan jawapannya ada pada ALLAH yang sempurna mengatur urusan hambaNYA. 

Tidakkah rasa berdosa kerana berbahagia atas kesedihan isteri yang lain?

2. Tidak perlu rasa bersalah, tapi yes perlu rasa  empati dan simpati. Poligami bukan ujian yang calang-calang untuk perempuan esp isteri pertama. Jemputlah masuk ke alam poligami, insyaALLAH baru tahu akan rasa kesakitannya dan kemanisannya. Its Allah's plan. We just have to trusts Him.

Betulkah Takdir? 

3. Saya tak salahkan takdir, saya hanya mengusahakan takdir saya semampunya, at the end ketetapan ALLAH yang menentukan sejauh mana usaha dan niat saya itu menjadi kenyataan.

Tidak ada lelaki bujang yang lain?

4. Tentu ada! Tetapi Allah maha kaya - dalam ramai lelaki bujang itu tidak seorang pun ditakdirkan menjadi jodoh.

Ketahuilah..adakalanya tuduhan-tuduhan ini adalah dari kalangan saudara mara terdekat dan bertindak menjauhi diri atas alasan takut jika takdir yang sama akan menimpa mereka/suami mereka. Inilah yang paling pahit dan zalim. Zalim kerana memutuskan silaturrahim dan zalim kerana menidakkan takdir yang Allah telah tentukan. 

Firman Allah:

Menuduh orang mukmin lelaki atau perempuan tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat maka orang itu sedang berdusta dan nyata sedang memikul dosa.(Al-Ahzaab 33:58)


Walau siapapun kita, apapun pangkat kita, apapun status kita..- sebenarnya kita ini adalah hamba kepada Allah yang mengatur setiap inci langkah dalam kehidupan ini. Matlamat hidup kita di dunia dan cita-cita kita adalah untuk masuk ke syurga Allah yang paling tinggi. Maka kita perlu sibuk mengatur strategi utk hidup yang lebih kekal abadi dari sibuk memikirkan hal dunia yang bersifat sementara.

Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).

No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...