Salam,
Setiap hari ada saja tragedi - terbunuh atas sebab kemalangan, membunuh kerana dengki/hasad/dendam kesumat.. Dalam entry kali ini, saya lebih cenderung untuk bercerita tentang membunuh kerana hasad dengki/ dendam/ amarah dan sebagainya.
Apa pun niat asal perbuatan itu dilakukan - hanya si pelakunya sahajalah yang tahu. Carilah ruang mana yang Allah tidak nampak akan perbuatan jahat kamu itu..nescaya kamu tidak akan berjaya menutupinya. Berpunca dari pembunuhan kejam seorang kanak-kanak berusia 5 tahun - terfikir dalam hati sendiri bahawa orang yg tergamak melakukan perkara ini telah hilang rahmat dari Allah. Allah tarik rasa kasih sayang dan ihsan dalam diri insan tersebut hingga menyebabkan ia hilang pertimbangan. boleh baca di sini untuk cerita lanjut tentang Dirang. Itu pembunuhan anak, dan yg terkini dipercayai suami bunuh isteri yang sedang hamil..puncanya kerana marah. Boleh klik di sinun untuk maklumat lanjut berkaitan pembunuhan isteri malang tersebut.

