Tuesday, August 28, 2012

Eid Mubarak@Madinah 1433H

Salam,

Sama sekali tidak menyangka. Tidak dalam perancangan. Jauh sekali berangan-angan.

Tapi yang pasti - termasuk dalam doa-doa yang pernah dipohon sebelum ini. Berpuasa dan berhari raya di tanah suci. Merasai nikmat sebagai hamba di sana. Mengabdikan diri sepenuh hati. Syukur yang teramat...mimpi jadi nyata.

Subuh di Nabawi pada hari raya pertama dan Solat Eid selepas waktu syuruk ketika tu waktu baru menunjukkan 6.30 pagi. Solat di sebelah ibu tercinta dan ribuan umat manusia yang lain- majoriti orang arab tentunya. Pandang sekeliling - macam tak puas menikmati saat sehening itu. Takbir bersahutan - tanda kemenangan. Jihad melawan nafsu. 

Takbirnya juga berbeza dari di tanahair kita..byk selawat atas nabi. Dek terlalu leka memerhati anak-anak dan mak-mak arab melaram di pagi raya..sampai lupa nak rakam. huhu..

Cerita bab melaram - memang amazing lah..subuh di Madinah masuk waktu Jam 4.35pagi..maknanya diorang datang tentu lebih awal..jam 3.30 dah berebut tempat..anak-anak ni melaram baju baru dan kasut gemerlapan warna biru.merah..dan ada yang  sarung dress macam princess aduhai bergaya betul..! Mak dia pulak tentulah berjubah blink-blink..hari tu terpandang satu kat safwa towers jubah bertatah batu swarovski - harga mak aii..alfun riyals!

Ini adalah sebahagian dari kisah hidup saya..yang pasti ibrah dari perjalanan ini amat banyak dan ketahuilah dalam apa pun keadaan - syukurlah kerana bersyukur amat susah untuk dilakukan kerana sifat semulajadi manusia adalah suka membantah. 

Firman Allah: 

Nikmat Allah terlalu luas kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah. Jika kamu bersyukur, Allah pasti akan tambah. (14:7)

Semoga Allah terima puasa kita dan semua amal soleh yang kita lakukan. Kita tak mau yang lain - hanya mau syurga sebagai balasannya..!


Wednesday, August 1, 2012

Resepi Hidangan Barakah: Nasi Terbalik (Almaqlubah) n Tomato salatah


Salam,
Resepi hari ni sangat mengancam...Tak boleh tahan!



Tomato salatah  - walaweh...kecur air liuq!


Silakan mencuba ye puan2 - beras nasi arab dijual di pasar kajang (kedai india) dekat dengan tempat jual ayam - berasnya panjang2 dan sedap. Harga: RM14.00 per KG. well mahal sikit tapi berbaloi2. Basmathi pun OK je..

Ada byk benarnya kata2 ini:

"Hidup ini tumpang menumpang. Di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita. Alangkah kerdilnya kita di bumi Allah ini... Maka siapakah kita untuk menolak agama Allah?" 


:::Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:::

Tuesday, July 24, 2012

Hidangan Barakah

Salam,

TV Alhijrah paparkan rancangan baru - hidangan barakah bersama chef Ammar El Ali. Best sangattt..dapat resepi masakan arab. Semua nampak sedap..boleh like fan page Hidangan Barakah di FB. Peluang ke Arab Saudi tentulah melalui Umrah/Haji. Paling lama stay tentulah masa tunaikan haji. Balik dari sana - rindu sangat2 masakan arab..roti talamnya..nasi mandy nya kabsa nya..isy semuanya menyelerakan..- dengan harapan makan makanan arab nanti boleh pandai cakap arab- isy..mana ader..?

Alhamdulilah..rancangan ni setiap hari Jam 5.30 petang bersiaran di TV Alhijrah. Siaran Ulangan setiap hari juga jam 12.00 malam. Yang tinggal di luar negara jangan risau..boleh tonton di Alhijrah live streaming..! Resepi kalau tak sempat salin pun tak apa - chef Ammar akan upload di FB. Saya memang tak lepas peluang menonton dan mencuba resepi tu..bulan puasa ni balik awal - sbb masuk kerja awal! 

Puan-puan boleh cuba..masakannya mudah dan menyelerakan - yg penting sihat dan barakah. Air tangan isteri kan? Barang dan bahan masakan jangan risau..now ni kat Giant pun dah start jual produk arab..- saya selalu shopping di At-Tayseer/ Berkat Madinah, Ampang - Taman putra sulaiman/ Ampang residensi. Boleh dikatakan semua bahan masakan tu ada dijual di situ.

Bila memasak jangan lupa sambil berzikir..tabarakallah, subhanallah, selawat dan doa. Sungguh Allah jua yang membantu kita..!

Masak dari hati, Masak dengan iman - ni tagline chef Ammar..


Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan 1433

Salam,

Sahabat yang disayangi. Bermula perjalanan ramadhan pada hari ini. Mudah-mudahan kita dapat manfaatkan sepenuhnya rasa kecintaan dan kehambaan dalam bulan yang penuh barakah ini.


Kata-kata ini dari page FB yang saya suka:

Di dalam Ramadhan, Allah SWT buka peluang keampunan seluas-luasnya. Sepatutnya kita yang banyak dosa ni, rasa kasih sayang Allah SWT tu tumpah pada diri kita.
Masih lagi Dia sudi berikan peluang, dengan memberikan Ramadhan kepada kita.

[Langitilahi.com]

Posted by Picasa

Saturday, July 7, 2012

Kita Kena banyak menangis

Salam, 

Dalam usia yg hampir menjangkau 40 tahun - alhamdulilah dengan izin Allah berbagai ragam manusia yg dihadapi. Bukan sedikit juga bilangan yg benar-benar menguji kesabaran dan keimanan. 

Namun hampir pasti, kita tidak mampu untuk mengubah orang dan tidak akan mampu jika tidak dengan pertolongan rabb yg maha tinggi! Dalam siri motivasi yg selalu akak ikuti setiap pagi@ ikim jam 7:30am - memberi manfaat yg besar. Kita tak boleh ubah orang tapi kita boleh ubah diri kita kepada tahap yg lebih baik. Caranya bagaimana? 

Tegakkan islam dalam diri kamu nescaya akan tertegak islam disekeliling kamu. Spill efect ini hanya boleh diperolehi berkat dari kesabaran dan limpahan nur serta rahmat dari Allah berpunca dari usaha kita mendekatkan diri denganNya. Kalau dulu rajin baca quran sekarang mungkin perlu dipertingkatkan dgn memahami kalam Allah ini. Kalau dulu tutup aurat sekadarnya sekarang perlu diubah kepada tudung yg lebih sempurna. Kalau dulu kita bangun malam utk tgk bola tapi sekarang boleh bangun malam utk solat tahajud. Begitulah contohnya...amal soleh yg kita lakukan dgn ikhlas - Insya allah ganjaranNya besar. 

Allah melihat kepada amalan yg paling baik (al-mulk 67:2). Kekalkan silaturrahim dan mintalah bantuan dariNya atas apa saja masalah yg dihadapi kerana dia yg maha mengetahui. Menghadapi org yg kafara (ingkar) perlu byk sabar, byk berdoa supaya dia berubah, byk menangis utk munajad kpd Allah. Lelehan airmata itu juga satu doa kerana ia meluncur laju bersama isi hati dan Allah maha mengetahui segala isi hati (al-luqman 31:23). 

Akhirnya kita akan faham bahawa setiap inci kehidupan ini tiada yg kita boleh declare sebagai kita punya. Semua Allah beri pinjam dan bila dikehendaki utk dipulangkan, kita perlu lakukan - suka atau tidak. Malah kita akan ditanya pulak selama tempoh pinjaman itu apakah kita ikut terma dan syarat yg ditetapkan oleh Allah. Jadi tiada apa yg perlu dibanggakan kerana semua milik Allah. 

Sekadar renungan: 

Hiduplah sebagaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan mati, cintalah siapa yang kamu mahu sesungguhnya kamu akan berpisah dengannya, dan buatlah sebagaimana kamu mahu sesungguhnya kamu akan ditanggungjawabkan." (imam al- Ghazali)

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...