Thursday, May 20, 2010

ALLAH AKAN GANTI...

24 Jam yang Allah bagi bagaikan tidak cukup...macam2 aktiviti seharian kita..Namun janganlah kita dilalaikan dengan urusan dunia sehingga lupa tanggungjawab kita kepada Allah. Muhasabah diri setiap hari utk melihat kembali apakah amalan soleh yang telah kita lakukan...sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi :

Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh).

Apabila kita mati hanya tiga perkara sahaja yang boleh membantu kita kelak iaitu belajar dan mengajarkan ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh dan sedekah jariah yang berkekalan sampai akhirat..So mulai sekarang boleh lah memikirkan projek yang boleh bermanfaat kepada diri kita utk Akhirat..pandanglah dunia ini dari Jendela Akhirat..dan banyak berserah diri kepada Allah.

Kita mulai projek kita dengan selalu bersedekah..fadhilat menafkahkan sebahagian rezeki kita di jalan Allah sangat besar dan inilah saving sebenar kita di Akhirat..ramai orang terkeliru bahawa konsep sedekah mengurangkan harta tetapi hakikatnya Allah akan tambah/ganti lagi dalam bentuk yang tidak kita ketahui..Jangan kita hina orang yang meminta sedekah kerana tugas kita adalah MEMBERI..Allah melaknat pencela-pencela orang yg meminta sedekah..(surah al humazah)

Dalam Quran selalu digandingkan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat..- tafsir secara ringkasnya : utk mendirikan solat seseorang itu memerlukan ilmu dan dengan ilmu itu dapatlah dia menunaikan solat yang sempurna..Untuk mendapatkan ilmu pula perlu kan tempat/orang yg mengajar/sumber utk mengajar-Alquran,buku2 dan sebagainya..SEMUANYA MEMERLUKAN BELANJA..

Di sinilah tugas kita wahai muslimin dan muslimat saudara-saudara ku sekelian..mengingatkan kamu bererti saya juga mengingatkan diri saya..terdirinya pusat2 tahfiz/sekolah2 agama akan mengembang biakkan barakah kita bersedekah dan mudah2an pahala dari sisi Allah yang kita harapkan..

Allah memperingatkan kita supaya kita tidak dilalaikan oleh perhiasan dunia..dan bersedekah/zakat sebelum kita mati kerana Allah menggambarkan bahawa jika kita tahu kebaikan bersedekah kita akan meminta supaya ditangguhkan ajal kematian untuk kembali ke dunia dan berpeluang utk bersedekah...Jadi janganlah hendaknya kita dikalangan orang2 yang menyesal! Allah tidak bertangguh dalam hal kematian..
(Surah 63 ayat 9-11)

[9] : Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.

[10] : Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit lagi, maka aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang salih.

[11]: Dan Allah tidak akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya; dan Allah Maha Mengetahui mengenai segala yang kamu kerjakan.


DIRI KITA INI SANGAT KERDIL DI HADAPAN ALLAH

1 comment:

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...