Thursday, May 20, 2010

A'uzubillahi min qalbi la yakhshak..

Menjaga hati supaya khusyuk adalah tidak mudah..namun mohonlah bantuan Allah..
Kerana Allah sebut dalam surah 107 : Celaka bagi orang yang menunaikan solat dan berkeadaan lalai dalam solat..contoh lalai yang disebutkan ini berbagai2 dan dipermudahkan dalam bentuk gambar yang disertakan bersama-sama ini...

Selamat Beramal.


أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
[1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

وَلَا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
[3] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
[4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
[5] (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

الَّذِينَ هُمْ يُرَاؤُونَ
[6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
[7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).


No comments:

Post a Comment

Selepas 7 tahun berlalu..:)

Cepat benar masa berlalu kerana diam tak diam sudah melepasi 7 tahun (2011 - 2018) saya mengalami kecederaan tulang belakang di Lumbar (L4/...