"Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi
Bila hati kian bersih
Pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih
Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan di kejar musuh
Dengan Allah kian jauh...
Bila terpandangkan lirik lagu tu serentak kaki pun bergoyang sama seakan terdengar2 penyanyinya mengalunkan nasyid ini.... Qalb/hati banyak dikaitkan dengan empunya diri..Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”. (Hadis riwayat Bukhari)
Tahukah kita bahawa kata-kata dalam hati kita adalah sebenarnya ourself thought..yang mendorong pemikiran dan tindakan kita sehari2...ketika duduk sorang2 atau ketika dikhalayak ramai..self thought sering memainkan peranan..
Contoh paling mudah ketika kita memandu...bila ada orang pandu di lane laju tapi bawa slow...apa perasaan kita..?
Skrip yg pertama yang akan muncul dalam hati kita " ish lembabnye dia nie..." kita mula nak tunda keta dia...tapi dia masih tak ketepi juga..keluar plak skrip kedua.."eii dah tau bawak lembab..keta punya besar bagak tapi xxxxx%#"
Skrip pertama keluar 4 perkataan je tapi skrip kedua berjela2 dan selepas overtake orang yg bawa slow tadi dah berbakul2 kemarahan kita keluar..
Tentu dalam kehidupan kita seharian, kita tak terlepas dari kenakalan kata2 hati kita..dan tahukah kita atau sedarkah kita bahawa sekiranya ia dipandu ke arah yang negatif sebenarnya ia telah dipengaruhi oleh Syaitan...
Sebagaimana permohonan syaitan kepada Allah...
16] Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
17] "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
Surah Al-A'raf ayat 16-17
Kita tidak tahu syaitan duduk di mana..malah kita tak nampak kewujudan dia pun..yang maha mengetahui hanyalah Allah..dan manusia seperti kita tidak mampu untuk melawan syaitan yang berkuasa hanyalah Allah..tapi Allah bekalkan kita dengan senjata " Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.." atau dikenali ta'awuz..
Cuba semak balik..bila kita baca ta'awuz..? yang pasti bila nak baca Quran..kalau ada orang ingat bila keluar rumah..bila nak tido..extra sikit kalau lepas tengok citer seram... tapi tahukah kita setan tak pernah cuti dari menggoda manusia sampai hari kiamat..dia minta juga dengan Allah supaya umurnya dipanjangkan sampai hari kiamat sebagaimana surah berikut:
14] Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
Surah Al-a'raf ayat 14
So bacalah taawuz setiap kali skrip negatif pertama kita keluar..lintasan yang seterusnya akan tercantas..Insyaallah..yakin dan istiqamah dalam mengamalkannya..
Bacalah doa-doa yang diajarkan nabi dalam kegiatan harian kita..supaya perisai sentiasa tersedia..
Katalah subhanallah kalau melihat yang cantik dan la haulawala quwata illa billah/ innalilahiwa inna ilaihi raji'un..kalau melihat yang tidak elok..atau menerima musibah.
Allah telah bagitau kita bahawa syaitan itu musuh manusia yang nyata..(Alquran 7:22) maka kita perlu perangi mengikut yang diajarkan oleh Allah supaya matlamat akhir kita mengaut keuntungan Akhirat akan tercapai..
No comments:
Post a Comment